Pages

Sunday, October 31, 2010

MAHU BERGAYA JUGA

Salam semua.....


Jika keluar berjalan-jalan, bersiar, ke pekan Seri lebih selesa pakai t-shirt lengan panjang, seluar jeans, dan tudung 4 segi sama (tudung bawal). Jarang nak pakai blaus atau kemeja. Seri tak suka pakai baju berlapis-lapis. Apatah lagi nak pakai cardigan, vest, jaket atau t-shirt lengan pendek yang kena pakai handsock. Macam lemas je. Lagipun kebarangkalian nampak ketiak tinggi kalau dok mengangkat tangan.


Mungkin juga satu tindakan yang selamat sebab Seri sememangnya tak reti nak berfesyen. Stail tudung pun tak berubah dari dulu sampai sekarang. Bukan Seri tak pernah cuba pakai selendang/shawl. Geli weh dok berselirat kat tengkuk. Tak selesa. Nak pakai pun mengambil masa. Tengok orang lain pakai nampak cantik je tapi bila diri sendiri cuba macam tak elok.


Masa belajar dulu ada kawan sekuliah Seri tegur.

“Kau ni asyik pakai baju kurung je pergi kelas. Cuba berfesyen sikit. Tengok kawan kita tu lagi tua dari kau. Tengok yang tu pula, badan macam ni (straight, tak ada cutting) masih boleh bergaya…..bla.bla.bla”. Alamak, dah tersilap tempat duduk. Lecturer lambat pula masuk. Tak fasal-fasal dapat nasihat perunding imej tak bertauliah dari lelaki lembut.


Balik rumah

Kalau Seri pakai blaus atau kemeja mak bukan main lagi puji. Tapi bila Seri pakai t-shirt sebelah mata pun dia tak pandang. Katanya nak tengok juga anaknya bergaya.


Pakai t-shirt nampak selekeh ke?

Entah, tak dapat Seri menjawabnya.



-*****-


Wah, dah lama Seri tak shopping. Selama ni hanya window shopping. Sekali beli 4 helai baju. Bagi Seri banyak tu. Perempuan mana tak suka shopping. Lelaki juga ada yang kaki shopping. Yang penting tak lebih dari bujet yang ada. Bujet semalam RM150. Tak rancang pun. Semalam adik lelaki balik dapatlah berjalan jauh sikit. Kali ini kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah.


Kali ni Seri beli baju lain dari kebiasaannya. Cukup kot koleksi t-shirt yang ada. Mak kata elok. Harga pun berpatutan. Cuma mak pesan. “Jangan tak pakai pula”



Mujur tak lari bujet. Ada lebih nak beli cardigan.


Dua baju yang bawah Seri nak pakai dengan cardigan. Baru nak mencari. Seri mana ada sehelai cardigan pun sebelum ni. Kalau dapat macam gambar di bawah pun ok gak.



cardigan yang berwarna putih dalam gambar (sumber)


Tak dapat cardigan, bolero pun ok juga


bolero yang berwarna putih dalam gambar (sumber)


Masa tengah beratur adik lelaki hulur spender dia dan duit suruh Seri bayarkan sekali. Sebelum ni dia minta tolong mak Seri belikan sebab katanya segan casher yang jaga kaunter biasanya perempuan. Kali ni Seri pula yang segan sebab casher lelaki. Dia entah mana hilang. Sabar je lah.



p/s: Pakai t-shirt juga yang best.

Thursday, October 28, 2010

PILIHAN HATI

Salam semua.....


Hari ini masih setia. Mana tahu esok lusa Seri akan berpaling tadah.


Bab-bab duit ni Seri cukup concern. Bukan senang nak cari duit. Disebabkan duit juga mak dan ayah selalu gaduh.


gambar hiasan



Sebulan RM 71.05

Setahun RM 858.00


Itu harga yang perlu Seri bayar sekarang bagi menikmati perkhidmatan internet. Gaji sehari bekerja dan ada lebih buat tambang bas pergi-balik sekolah untuk 3 hari. Orang lain tak tahulah tapi bagi Seri angka tu sudah cukup besar. Jika masih bergelar pelajar rasanya Seri tak terlalu kedekut kerana internet memang satu keperluan. Tapi kini Seri mula menimbang-nimbang tak nak guna broadband.


Secara kasarnya sehari Seri layari internet 4 jam. Sabtu – Ahad 6 jam. Rasa macam tak berbaloi. Lagi pun, kat sekolah dah ada WIFI. Tak pernah dengar pula cikgu merungut-rungut fasal WIFI yang lembap atau bermasalah.


Dulunya,

4 tahun di UTM, 3 tahun setengah ada perkhidmatan internet dalam bilik percuma. Bukannya wireless tapi LAN (cable). Bila balik rumah Seri pergi CC (siber cafe). Kat sekitar bangunan Majlis Daerah Tampin pun ada WIFI percuma.



gambar hiasan



Bukannya kedekut sehinggakan semua nak yang percuma. Tapi mula fikirkan bila broadband tak digunakan sepenuhnya.

Monday, October 25, 2010

MAHKOTA UNIK

Salam semua.....



gambar hiasan (fokus tang rambut)



~ 1994 ~

Yang mengejek: Rambut maggi, rambut maggi….

Yang diejek: Nanti bila korang dah besar, rambut korang pulak yang akan kerinting.


Bila diingat semula, rupa-rupanya Seri nakal juga masa zaman kanak-kanak. Suka mengejek orang. Ejek nama ayahlah, ejek orang badan besarlah, rambut orang lain pun boleh jadi bahan ejekan. Bukan mak ayah tak ajar tapi anaknya memang degil. Depan mak ayah pijak semut tak mati. Yang diejek pula kawan sekelas. Rambut dia kerinting dan kembang macam Hafiz AF. Siap ajak kawan-kawan konvoi ejak macam pasukan sorak. Kasihan budak tu. Masa buat tak fikir pun.


Glup. Kata-kata itu doa. Doa orang teraniaya diangkat Allah. Doa kanak-kanak juga diangkat Allah. Apakah yang akan terjadi pada masa akan datang?



gambar hiasan



~ 2010 ~

Huh, check rambut. Tak berubah pun. Masih seperti dulu. Tapi sekarang persepsi Seri dah berubah. Jika duhulunya dok mengejek kini dok puji-puji rambut Hafiz AF. (Seri tak minat orangnya, suka tengok rambut macam tu) Rambut Alleycats pun sama. Suka tengok. Unik. Yang peliknya kenapa sekarang ramai benar nak buat rambut teknik rebonding. Entah, Seri tak minat pun.


Kalau diputar kembali masa mesti Seri dah puji habis rambut budak tu. Main pegang-pegang rambut dia. Macam sweet je. Haha. Untung sih. Tak perlu selalu sikat rambut, sibuk nak ikat rambut. Nak buat rambut pun tak perlu. Dah semula jadi begitu. Letak riben dah cantik.


Rambut kerinting dipengaruhi oleh genatik. Mahu anak kerinting kena cari lelaki rambut kerinting la alamatnya.

Rambut itu ibarat mahkota.



* tiba-tiba teringat kenangan lalu. Mana agaknya kawan Seri tu dulu?

Tahun 1994. Kelas 1 Biru. Sek Keb Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.

Wednesday, October 20, 2010

BANYAK LEMAK BESAR SELULITNYA

Salam semua.....


dibesarkan di restoran makanan segera


Seri bukan dibesarkan dengan ayam KFC atau burger McD. Jauh sekali BURGER KING yang sebiji burgernya sampai RM10. Cukup sekadar menikmati ayam goreng dan burger pasar malam. Jadi hasilnya tak setembam seperti kanak-kanak di atas. Ya, Seri menyalahkan restoran makanan segera kerana 'berjaya' meningkatkan kadar kegemukkan rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak. Ibu bapa, sila mainkan peranan untuk mengawal anak anda.


Oh, zaman kita berbeza. Seri dan kanak-kanak seperti dalam gambar di atas. Dulu bila terasa nak makan ayam goreng bertepung dan burger mana reti nak minta beli kat restoran makanan segera. Masa tu pizza pun macam benda asing nak masuk dalam perut. Masa Seri sekeluarga tinggal di Kuala Terengganu hanya ada A&W. Ada lah setahun 2X masuk. Ayah Seri kata baik beli beras dari makan kat sana. Tapi sekurang-kurangnya merasa juga kan, kan, kan.


Pindah Kuala Lipis Seri memang tak tanya fasal A&W. Ralit menikmati ayam goreng pasar malam. Lagi pun apa ke jadah minta benda yang memang tak ada. Setahun dua tinggal di sana barulah KFC dibuka. Satu-satunya restoran makanan segera di Kuala Lipis.


Bila pindah Tampin segalanya berubah. KFC telah sedia ada. Tak lama selepas tu Marrybrown, Burger King, Pizza Hut muncul. Cuma yang masih kekal sehingga sekarang KFC dan Pizza Hut. Yang ramainya kat KFC. Pizza Hut selalunya lengang.


Dari zaman kanak-kanak bertukar ke remaja. Masa ni dah ada keinginan makan sedap-sedap. Ayam pasar malam dah tak layan. Ayah tak mahu layan pun tak apa, duit biasiswa sendiri ada. Dah pandai pergi pekan sendiri. Masuk sekolah teknik kat Seremban kenal dengan kawan baru (McD). Kawan baru dirasa lebih memahami nafsu KFC tolak tepi. Dengan kawan baru memang Seri setia. Belajar di Skudai pun bawa sekali.


Walaupun makan di restoran makanan segara dianggap masih mampu dinikmati oleh pelajar-pelajar tapi lama-lama boleh rabak juga poket. Jadinya, pilihan yang lebih menjimatkan adalah..........



beli ayam goreng bersalut tepung sejuk beku, kentang goreng sejuk beku, sosej sejuk beku dan makanan sejuk beku yang sewaktu dengannya. Dah lama dah Seri sedar tapi bila kat asrama/ IPT mana pula tempat nak main masak-masak. Sekarang beli makanan sejuk beku goreng sendiri. Nak lagi jimat, bersih dan berkhasiat buat sendiri. Goreng ayam menggunakan tepung goreng Adabi (contohnya), buat daging burger menggunakan daging/ ayam kisar, nuget pun boleh buat sendiri. Ingatkan makan daging burger, nuget dah kira cukup protein, padahal rupanya makan 'hampas'. Jadi elok buat sendiri.



dibesarkan dengan ayam dan burger pasar malam


Sebenarnya, Seri nak ucapkan selamat hari lahir pada adik Seri. Biasanya kami kutip seorang RM5 (termasuk birthday boy) adik-beradik beli ayam goreng bersalut tepung dan kentang goreng sejuk beku dan air bikarbonat. Lepas goreng kita makan sama-sama. Hari ni tradisi itu tak dapat dilakukan. Birthday boy di Shah Alam. Tunggu dia balik baru sambut sama-sama. Tak adanya nak sambut birthday kat mana-mana restoran makanan segera.



* KFC lokasi lama, Marrybrown, Burger King terletak di Pulang Sebang, Melaka. Pekan Pulau Sebang bersebelahan dengan Pekan Tampin.

Sunday, October 17, 2010

MENGAJAR DI DESA

Salam semua.....



gambar hiasan (sumber)


Sambungan entry ‘Terima atau tolak’


Terima kasih kawan2 yang memberi pendapat & cadangan.


Mulanya memang Seri nak tolak. Lepas ambil kira pandangan kawan-kawan yang komen kat blog & FB, nasihat mak, Seri terima. Tapi tak adanya Seri nak redah sungai maut dalam keadaan tak mahir berenang. Baik Seri naik sampan. Masih berisiko tapi sekurang-kurangnya tak keseorangan. Errr, macam merepek lak. Straight to the point.


Seri pergi-balik sekolah naik bas (Tampin-Gemas)

Bas pagi 6.35 pagi

Balik sekolah 3.30 patang, sampai rumah 4 petang

Tambang 2 hala (sehari) RM6.00


Sekolah tepi jalan besar. Tak perlu nak tukar bas. Rasa seram masih ada. Bas yang uzur dengan slamber potong lori kat double line. Tambah2 bila teringat kemalangan maut 10.10.2010. Tapi apa nak buat redha saja. Lagi pun nak pergi mengajar.


Bila posting?

Masih menjadi tanda tanya. Kalau tak hujung tahun, awal tahun depan.



p/s: Ni tak seberapa, cikgu kat pedalaman tu ada yang pergi sekolah naik bot, redah tanah merah.

'Cikgu, kat Gemencheh ni KFC pun tak ada.', kata seorang pelajar


* Gemencheh (tengah-tengah perjalanan Tampin-Gemas)

Saturday, October 16, 2010

SAYANGI MEREKA

Salam semua.....


Inilah Kak Ainin yang suka melayan


Assalamualaikum, Kak Ainin........


Kak Ainin, jom teman kita pergi kedai. Kejap je.


Kak Ainin nak air.


Kak Ainin, pinjam kosi (kerusi)


Kak Ainin, gitar






Publish gambar anak jiran tanpa kebenaran



Belum sempat adik Seri tukar baju sekolah dah ada peminat panggil. Adik Seri ni pula memang suka melayan budak-budak.


Jealous sih, pandai betul dia melayan budak-budak. Rasa tergugat pun ada. Mana entah ilmu dia belajar. Padahal anak bongsu, mana ada anak buah lagi, sepupu pun semua lebih tua dari dia.


Dulu masa mak Seri tanya ‘Ainin nak adik?’

Dengan muka confident jawapan muktamat dia beri ‘tak nak’

Sampai sekarang tak pernah nak minta adik.


Tapi awas! Kalau budak mengada, buat sepah, bising kalah zoo. Memang tanpa segan silu kena la. Bukan dia kira anak siapa. Tapi budak-budak tetap suka dia. Kawan pun ramai. Birthday kawan memang tak pernah lupa. Bukan sekadar ucapan mulut, mesej. Siap ada hadiah, buat kad. Hadiah murah je tapi tanda ingatan tu yang penting. Secara jujur, Seri belajar sesuatu dari dia. Banyak sebenarnya.


Tapi satu saja, Ainin ni mudah EMO.....

Seri ni jenis kaku. Memang sesuailah kita jadi adik-kakak.



Hormati yang tua, sayangi yang muda.......


Pernah pada suatu saat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencium Hasan bin Ali radhiyallahu ‘anhuma, cucunya. Waktu itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang duduk. Maka Al-Aqra’ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak pernah satu pun yang saya cium.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat kepadanya dan mengatakan:
“Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah Subhanahu wa Ta’ala).” (HR. Al-Bukhari no. 5997)



p/s: Seronok bila budak-budak datang rumah. Terasa meriah.

Apasal ada orang suka-suka hati buang anak, dera anak. Kalau yang ni memang buat Seri EMO. Benci tau.

Wednesday, October 13, 2010

KITA SANGAT BERTUAH

Salam semua.....


gambar hiasan


Bila dia kata ‘I HATE MYSELF’

Kita pun tertanya-tanya, kenapa? Kita tengok dia berpelajaran, ada rupa, berperwatakan menarik, suami bukan orang sebarangan, ada anak yang comel, berpeluang tinggal di negara orang. Kita lihat semuanya sempurna. Kita ingin jadi seperti dia.


Tak pun, bila kita sebut:

kau bolehlah..............., aku ni............


Hakikatnya kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia, melainkan kita betul-betul rapat sehinggakan dia boleh menceritakannya sendiri, melihat sendiri realiti kehidupannya. Mungkin orang sekeliling mengharapkan lebih dari dia mampu lakukan, dia rindukan keluarga di tanah air, dia masih dalam proses membiasakan diri dengan kehidupan yang baru atau masalah-masalah lain yang kita sendiri tak tahu dan mungkin tak terfikir pun.


Mak pernah cakap:

Kita tengok orang kaya memandu kereta mewah. Sebenarnya banyak benda yang difikirkan/ dirisaukan. Ingat orang kaya boleh hidup senang tanpa masalah.


Kita kurang yang sana kita lebih yang sini. Sebenarnya kekurangan yang ada tersimpan kelebihan yang kadang-kala kurang disedari.


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


(rasanya ada pembaca yang dah tahu/ pernah baca di mana-mana, Seri saja nak kongsikan)



Oleh itu, tak perlu merungut kerana ramai lagi yang ingin jadi seperti kita. Jangan dikata dunia ini tak adil kerana kita hidup bukan sekadar di dunia. Akhirat masih ada. Sebab itu adanya hari pembalasan.


“Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tidak seorangpun dirugikan walau sedikit, sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.” (Surah al-Anbiya’: 47)


Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya kita sangat beruntung. Cerita dalam entri ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.


“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



p/s: taksub, bangga diri, ego, masuk dalam tajuk lain

Monday, October 11, 2010

TERIMA ATAU TOLAK

Salam semua.....


rindunya (sumber)


Ada tawaran baik punya. Sayang kalau lepaskan. Tawaran sebagai guru ganti. Dari duduk rumah tanam anggur baik pergi kerja. Dapat juga timba pengalaman sebelum jadi 'guru yang sebenar', duit pun masuk, kasihan pula budak2 ni tak ada cikgu. Sekurang-kurangnya dapat berbakti kepada pihak yang memerlukan. Sekarang cikgu tengah sibuk persiapan akhir tahun dan hal-hal kekeranian sebelum tutup sekolah. Itu yang Seri nak belajar sebenarnya.


Cuma, ada satu masalah......

Jarak sekolah tu dari rumah lebih kurang 26 km. Seri tak pernah menunggang motor sejauh itu setakat ini. Kalau tengah jalan hujan, motor rosak, kena himpit bagaimana? Setakat perlu bangun awal balik lewat tak jadi masalah. Yang risaunya perjalanan pergi balik. Terutamanya pergi sekolah. Argh..... berharap benar Seri seorang minah rempit. Tapi ternyata tidak.


Sebelum ini ketiga-tiga sekolah yang Seri ganti dekat dengan rumah. Pergi-balik sekolah ikut jalan dalam. Nanti setiap hari kena lalu jalan besar yang banyak lori. Seram betul. Belum mahir menunggang motor. Jika dulu pagi-pagi hujan, motor tak boleh start Seri tumpang jiran. Tapi, nanti Seri ikut jalan lain. Nak tumpang siapa?


Esok kena bagi keputusan sama ada terima atau tidak. Jika Seri terima memang hari Rabu terus mula kerja. Mengajar subjek geografi dan pendidikan seni visual. Bunyinya menarik. Tadi masa PPD call Seri macam dah tolak atas alasan jauh. Dia pun terkejut bila Seri kata sebelum ini pergi-balik sekolah naik motor. Adakah dia jangka Seri naik kereta? PPD suruh fikirkan dulu.


Bila posting? Masih berteka-teki.

Sementara tunggu posting ada baiknya Seri jadi guru ganti. Masalah: kecut perut nak redah Tampin-SMK Dato' Mohd Taha. Kebaikannya: nanti boleh jadi macam minat rempit. Perasaan takut bertukar jadi berani. Persekolah tinggal 28 hari sahaja lagi untuk tahun ini.



p/s: Masih menimbangkan untuk terima atau menolak. Huh, keputusan yang sikar.

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

Salam semua.....




Pertama kali Seri join contest. Memandangkan masih dalam mood konvo dan bunga pun belum cukup kering lagi untuk dijadikan potpourri makanya keinginan menayang gambar konvo masih ada. Ibarat serampang dua mata tayang gambar dan join contest.


Contest ini dianjurkan oleh E.D.Y. (click pada nama dia pada sesiapa yang berminat dan untuk maklumat lanjut.



PIC KONVO


Gambar ini berada dalam simpanan Seri yang diambil dari FB seorang rakan. Gambar Seri agak kurang jelas di situ tenggelam dek kemeriahan dan kegirangan graduan2 yang berada dalam dewan.



28 Sept 2010


Masa ni baru terasa sebak. Dengan musiknya, belon dijatuhkan, buih sabun memenuhi ruang dewan. Semua orang bangun dan bertepuk tangan.


Seri juga mengajak (tag) mereka di bawah untuk turut serta dalam contest ini.

(1) Akmar

(2) Fiq

(3) Iera

(4) Ieda

(5) Su

Friday, October 08, 2010

BAYI, KANAK-KANAK

Salam semua.....


Comelkan (sumber)


Nanti bila dah kahwin Seri nak 4 orang anak. (terlebih 1-2 pun taka apa, meramaikan umat Nabi Muhammad)


2 lelaki 2 perempuan (macam boleh pilih jantina)


Tak perlu nak jarak-jarak rancang keluarga. Cukup 4 baru berhenti. Umur dah lanjut berisiko untuk mengandung dan bersalin. Tu lah siapa suruh kahwin lambat. Kalau umur masuk 30 tahun tapi masih bujang, Seri ambil anak angkat. Amacam perancangan?



Comelkan (sumber)



Masa bayi memang comel. Cuba bila dah pandai berlari, bila semua benda nak di capai, masuk dalam mulut. Dah pandai minta itu ini. Siap buat drama lagi dalam shopping complex. Mahu haru-biru. Dapat pula anak hyperactive. Memang kena banyak-banyak bersabar layan mereka.


Kalau dah marah jangan hukum. Kalau dah hukum jangan marah. Kena pilih salah satu. Setiap kali marah atau hukum kanak-kanak perlu bagi tahu kesalahan yang mereka telah lakukan dan nasihat. =)............. yang ni nasihat pensyarah yang mengajar subjek psikologi pada kami.


Layan gambar raya......

Gambar open house jiran depan rumah.








Depan rumah golongan makcik-makcik dan kakak-kanak. Bahagian ruang tamu kanak-kanak tengah tengok tv. Mulanya Seri duduk bahagian depan. Yalah Seri bukan budak sekolah lagi. Tapi bila.......


Ishhh, anak dara ada kat sini. Cover, cover.


Terus Seri masuk nak tengok tv konon-kononnya. Ala Seri tahu, kakak tu nak minta tips nak tambah anak. Katanya susah nak lekat.



Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... .

(Seri ambil dari sini)



p/s: Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa mencorakkan mereka.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator