Pages

Saturday, October 16, 2010

SAYANGI MEREKA

Salam semua.....


Inilah Kak Ainin yang suka melayan


Assalamualaikum, Kak Ainin........


Kak Ainin, jom teman kita pergi kedai. Kejap je.


Kak Ainin nak air.


Kak Ainin, pinjam kosi (kerusi)


Kak Ainin, gitar






Publish gambar anak jiran tanpa kebenaran



Belum sempat adik Seri tukar baju sekolah dah ada peminat panggil. Adik Seri ni pula memang suka melayan budak-budak.


Jealous sih, pandai betul dia melayan budak-budak. Rasa tergugat pun ada. Mana entah ilmu dia belajar. Padahal anak bongsu, mana ada anak buah lagi, sepupu pun semua lebih tua dari dia.


Dulu masa mak Seri tanya ‘Ainin nak adik?’

Dengan muka confident jawapan muktamat dia beri ‘tak nak’

Sampai sekarang tak pernah nak minta adik.


Tapi awas! Kalau budak mengada, buat sepah, bising kalah zoo. Memang tanpa segan silu kena la. Bukan dia kira anak siapa. Tapi budak-budak tetap suka dia. Kawan pun ramai. Birthday kawan memang tak pernah lupa. Bukan sekadar ucapan mulut, mesej. Siap ada hadiah, buat kad. Hadiah murah je tapi tanda ingatan tu yang penting. Secara jujur, Seri belajar sesuatu dari dia. Banyak sebenarnya.


Tapi satu saja, Ainin ni mudah EMO.....

Seri ni jenis kaku. Memang sesuailah kita jadi adik-kakak.



Hormati yang tua, sayangi yang muda.......


Pernah pada suatu saat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencium Hasan bin Ali radhiyallahu ‘anhuma, cucunya. Waktu itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang duduk. Maka Al-Aqra’ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak pernah satu pun yang saya cium.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat kepadanya dan mengatakan:
“Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah Subhanahu wa Ta’ala).” (HR. Al-Bukhari no. 5997)



p/s: Seronok bila budak-budak datang rumah. Terasa meriah.

Apasal ada orang suka-suka hati buang anak, dera anak. Kalau yang ni memang buat Seri EMO. Benci tau.

5 comments:

ajim said...

oh adik yg aku jumpa time konvo aritu ke?nampak sgt dia ada pride sbg anak bongsu tapi pada masa yg sama ada keinginan nak ada adik sebenarnya.aku rasa la.hehe.

mR.sYaH said...

adik beradik perangai masing-masing lain.. sebab tu jd adik beradik yeke?

hahah..

Seri said...

ajim->
a'ah. tu la dia. x de nya nak adik. mak aku dah tutup kilang. tunggu je la anak saudara yang entah bila nak ada

mR.sYaH->
Seri dengan adik perempuan lain sikit perangai. kalau dengan adik lelaki lebih kurang sama. mungkin jarak umur jauh. anak zaman moden

diba said...

adik2 bradik yg bnyk ragam bru besh..tpi jgn wat hal xelok la..hu

pndai ke men gitar tu..he

Seri said...

tu gitar hiasan

dalam rumah ni tak ada pun yang tahu main gitar

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator