Pages

Friday, October 08, 2010

BAYI, KANAK-KANAK

Salam semua.....


Comelkan (sumber)


Nanti bila dah kahwin Seri nak 4 orang anak. (terlebih 1-2 pun taka apa, meramaikan umat Nabi Muhammad)


2 lelaki 2 perempuan (macam boleh pilih jantina)


Tak perlu nak jarak-jarak rancang keluarga. Cukup 4 baru berhenti. Umur dah lanjut berisiko untuk mengandung dan bersalin. Tu lah siapa suruh kahwin lambat. Kalau umur masuk 30 tahun tapi masih bujang, Seri ambil anak angkat. Amacam perancangan?



Comelkan (sumber)



Masa bayi memang comel. Cuba bila dah pandai berlari, bila semua benda nak di capai, masuk dalam mulut. Dah pandai minta itu ini. Siap buat drama lagi dalam shopping complex. Mahu haru-biru. Dapat pula anak hyperactive. Memang kena banyak-banyak bersabar layan mereka.


Kalau dah marah jangan hukum. Kalau dah hukum jangan marah. Kena pilih salah satu. Setiap kali marah atau hukum kanak-kanak perlu bagi tahu kesalahan yang mereka telah lakukan dan nasihat. =)............. yang ni nasihat pensyarah yang mengajar subjek psikologi pada kami.


Layan gambar raya......

Gambar open house jiran depan rumah.








Depan rumah golongan makcik-makcik dan kakak-kanak. Bahagian ruang tamu kanak-kanak tengah tengok tv. Mulanya Seri duduk bahagian depan. Yalah Seri bukan budak sekolah lagi. Tapi bila.......


Ishhh, anak dara ada kat sini. Cover, cover.


Terus Seri masuk nak tengok tv konon-kononnya. Ala Seri tahu, kakak tu nak minta tips nak tambah anak. Katanya susah nak lekat.



Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... .

(Seri ambil dari sini)



p/s: Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa mencorakkan mereka.

7 comments:

Tina Farhana said...

anak kan anugerah, rezeki lagi tu. ehemm seri bila lagi? hee

Seri said...

kena cari ayah kepada bakal anak2 Seri dulu nampaknya. oh, dimanakah lelaki itu?.....

kudabesi said...

baby? kanak2?

banyak lupa dah belajar masa perkembangan kanak2 dlu

Seri said...

tak pe. nanti cikgu dah masuk sekolah hari2 dapat tengok perkembangan kanak2

mR.sYaH said...

insyaallah..
hrp2 apa yg seri rancang..
dikurniakan Allah..

:D

Un Phat Lee said...

tahniah2.dah ade anak rupenye lu.ehe :P

Seri said...

mR.sYaH->
amin

Un Phat Lee->
belum ada anak lagi, kahwin pun belum.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator