Pages

Monday, October 25, 2010

MAHKOTA UNIK

Salam semua.....



gambar hiasan (fokus tang rambut)



~ 1994 ~

Yang mengejek: Rambut maggi, rambut maggi….

Yang diejek: Nanti bila korang dah besar, rambut korang pulak yang akan kerinting.


Bila diingat semula, rupa-rupanya Seri nakal juga masa zaman kanak-kanak. Suka mengejek orang. Ejek nama ayahlah, ejek orang badan besarlah, rambut orang lain pun boleh jadi bahan ejekan. Bukan mak ayah tak ajar tapi anaknya memang degil. Depan mak ayah pijak semut tak mati. Yang diejek pula kawan sekelas. Rambut dia kerinting dan kembang macam Hafiz AF. Siap ajak kawan-kawan konvoi ejak macam pasukan sorak. Kasihan budak tu. Masa buat tak fikir pun.


Glup. Kata-kata itu doa. Doa orang teraniaya diangkat Allah. Doa kanak-kanak juga diangkat Allah. Apakah yang akan terjadi pada masa akan datang?



gambar hiasan



~ 2010 ~

Huh, check rambut. Tak berubah pun. Masih seperti dulu. Tapi sekarang persepsi Seri dah berubah. Jika duhulunya dok mengejek kini dok puji-puji rambut Hafiz AF. (Seri tak minat orangnya, suka tengok rambut macam tu) Rambut Alleycats pun sama. Suka tengok. Unik. Yang peliknya kenapa sekarang ramai benar nak buat rambut teknik rebonding. Entah, Seri tak minat pun.


Kalau diputar kembali masa mesti Seri dah puji habis rambut budak tu. Main pegang-pegang rambut dia. Macam sweet je. Haha. Untung sih. Tak perlu selalu sikat rambut, sibuk nak ikat rambut. Nak buat rambut pun tak perlu. Dah semula jadi begitu. Letak riben dah cantik.


Rambut kerinting dipengaruhi oleh genatik. Mahu anak kerinting kena cari lelaki rambut kerinting la alamatnya.

Rambut itu ibarat mahkota.



* tiba-tiba teringat kenangan lalu. Mana agaknya kawan Seri tu dulu?

Tahun 1994. Kelas 1 Biru. Sek Keb Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.

14 comments:

Unknown said...

dulu sy slalu anti bila ada kwan2 yg ejek nma bapa. XD

Qamaruls said...

rambut saye kerinting sikit.. hehehe

Seri said...

Coco->
oh, Seri sudah insaf

qamarul->
berambut ikal

diba said...

mngejek tu xelok..tpi budk2 kn suke la..rmbut kinting nice la..hee

Taufik Jusoh said...

Aku nak wat rambut cam Hafiz. Mesti ensem! HAHA

Azuan said...

rambut hafiz memang ade aura...sebb tu jd juara kot..ekeke

F. said...

alaa biase laa tu seri..
zmn budak2 kan..sgt laa fun..

tapi jgn smpai besar plak bwk perangai nyer.. haha :D

lelaki okey laa kot rmbut cmtu tapi gurl cpt2 wat rebonding kan :P

Unknown said...

dulu pernah ejek kawan gagap kat sekolah, skrg rasa macam diri sendiri dah gagap..adui..

Kak Amy said...

salam...

drop here baca entry, suka hafiz terutama rambut dia tue stylo siut hehehehe...amy follow sini juga jemput ke sinar raudah ye

Seri said...

diba->
setuju. rambut kerinting nice

Privacy_Resident->
cuba jangan tak cuba

She iS f.A.z.A->
selalu buat rebonding nanti boleh rosak rambut pula

E.d.Y->
tak elok kan ejek orang

Amy Syaquena->
Seri suka Hafiz tang rambut je

Kak Amy said...

morning..

amy datang bertandang pagi sambil mencari juadah baru, x update lagi erk...

Unknown said...

tu la..menyesal sampai skrg..nasib dha mintak maaf

Un Phat Lee said...

nice beb rambut kerinting tinggi tu.nampak cool.ehe XD

Seri said...

Amy Syaquena->
tak sempat nak update. sibuk menanda kertas exam. harap sabar menunggu. sudi2 kan lah singgah sini lagi

E.d.Y->
mujur dah minta maaf. Seri tak minta maaf lagi

Un Phat Lee->
ramai juga yang suka rambut kerinting

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator