Pages

Tuesday, October 27, 2009

CERITA BASI YANG DAH MASAM

Salam semua.....


Dah lebih seminggu baru nak post. Cerita dah basi. Memang nak post tapi macam dah lambat.


PENILAINAN DAN PAMERAN HASIL REKACIPTA PELAJAR PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP UTM


Setelah 14 minggu berusaha keras. Pelbagai kisah suka duka sepanjang proses menyiapkan projek untuk subjek Rekacipta 2. Subjek ni tak ada final exam, tak ada kuiz, semuanya bergantung kepada projek, proposal, laporan, pembentangan, peer evaluation.


Tarikh: 19 Oktober 2009

Tempat: Sekitar bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam, N30, UTM Skudai

Masa: 8 pagi hingga 2 petang


Antara projek yang dipamerkan: (banyak lagi sebenarnya)
















Pengajaran dari rekacipta 1 yang Seri ambil masa tahun 2:

Projek ringkas markah pun ringkas.

Projek gempak markah gempak.


Pengajaran dari rekacipta 2:

Projek ringkas tapi dibuat sendiri markah lebih banyak dari projek gampak tapi 'tiba-tiba' boleh siap. Bunyinya ajaib.


Alhamdulillah projek kami dapat tempat keempat Grand Invention Project. (TRIO PIAN, ZU dan SERI). Tiga tempat ke atas kumpulan dari seksyen lain yang sapu. Walaupun RM 50 yang kami dapat tak mampu menampung kos perbelanjaan projek tapi rasa gembiranya tak boleh digambar dengan kata-kata. Rasa pengorbanan berbaloi. Terima Kasih kepada semua pihak yang banyak membantu.



p/s: Sorry.... tak balas komen. Nanti kalau free Seri balas. Entri kali ni pun cincai je. Nak sambung stadi, esok ada exam lagi.

Monday, October 26, 2009

JANGAN TAK MAKAN

Salam semua.....

mumia hidup

Seri akui setiap perempuan inginkan tubuh yang langsing dan menarik. Bentuk badan sebegitu dapat menambah keyakinan seseorang. Tapi kalau dah macam jerangkung cantik ke? Golongan sebegini sanggup menyiksa badan. Mereka sentiasa beranggapan diri mereka gemuk dan tidak pernah berpuas hati dengan bentuk tubuh mereka padahal BMI bawah 18.


Mereka dikenali sebagai Nervosa


Nervosa terbahagi kepada dua jenis:

  • Anorexia nervosa - makan dalam kuantiti yang sangat sedikit


  • Bulimia nervosa – makan seperti biasa/ kadang kala banyak tetapi memuntahkan kembali makanan selepas makan


Buat apa menyiksa badan. Anda sihat. BMI anda normal. Berat badan anda tidak naik mendadak. Namun pastikan anda mengambil makanan dengan betul. Betul yang macam mana? Mudah, ikut piramid makanan. Jangan lupa bersenam....


Dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


Firman-Nya dalam surah sama ayat 172 yang bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah-Nya.”


Boleh makan asalkan tidak berlebihan. Makanlah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu makan jika lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Pesanan Allah dalam Surah Al-A’araaf ayat 31 yang bermaksud, “Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu pada setiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”


Terima diri anda seadanya. Buat apa dicari lelaki yang hanya mementing kecantikan luaran yang tidak akan kekal.


p/s: Final exam bermula hari ini.

Sunday, October 25, 2009

SEWAKTU KECILKU

Salam semua.....

Faezah, Seri pun nak letak gambar masa bayi dan kanak-kanak.

Hehe... tiru


=)

sewaktu kecil

belajar berkawan

O...som

di subuh hari

dua beradik (kini bertiga)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.


p/s: Sekarang Seri dah 22 tahun. Apa yang sudah jadi pada kain putih yang dulu?

LA.LA.LA...

Salam semua.....

Betapa aku gembira dengan perubahan ini
Mungkin ini dinamakan syurga dunia
Jangan dipersia peluang kedua

Yang diberi kepada kita

p/s: Memanjat Syukur pada YANG ESA

Saturday, October 24, 2009

BLOG INI UNTUK APA?

Salam semua.....


Orang suruh saya buat.

Semua cikgu-cikgu kena buat blog sendiri. Saya akan ajar macam mana nak buat blog. Cikgu-cikgu ikut ya. Sebelum program ini tamat cikgu-cikgu kena hantar url blog pada saya...... <- Salah satu program semasa Seri menjalani Latihan Mengajar tahun lepas.


Orang bagi cadangan saya ikut.

Macam mana nak tahu awak tak boleh kalau awak tak pernah mencuba…..


Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Akal yang waras mampu berfikir baik buruk sesuatu perkara. Nasihat yang baik patut diterima. Cadangan yang elok harus dipertimbangkan. Kita punya pilihan.....



p/s: Blog dah macam rojak. Apa pun seronok bila jari mula menaip.

KENAPA DIAM?

Salam semua.....


Seri: kita tunggu siapa?


Kawan Seri: Ada kawan kita belum sampai.


Seri: Dah pukul berapa ni? Lambatnya. Jom kita pergi dulu. Aku dah lapar.


Kawan Seri: Sabarlah. Pentingkan diri pula kalau kita pergi dulu


Seri: Siapa yang pentingkan diri sendiri? Kita yang meninggalkan mereka atau mereka yang membiarkan kita tertunggu-tunggu.


Kawan Seri: Errr...


Seri: .... senyum..... kenapa terkejut?



p/s: mungkin selama ini Seri hanya mendiamkan diri

KATA HEBAT

Salam semua.....


Aku hanya tersenyum bila kau kata kau hebat
Aku masih tersenyum bila kau kata aku tak sehebat mereka
Aku terus tersenyum dan terus mendengar

Aku sedar aku hanya gadis biasa
Aku sedar aku tak punya apa lebihnya
Aku sedar banyaknya kekurangan diri

Aku tahu aku pasti akan kalah jika bertikam lidah dengan kau
Aku tahu hatiku pedih disaat kau mematahkan kata-kataku nanti
Ada baiknya jika aku diam...

Kata hebat
Boleh buat itu ini
Bangun pagi pun liat
Subuh pula entah kemana
Tak kan tak mampu?

p/s: hanya gadis biasa..... Seri

Friday, October 23, 2009

SAYA DAH JUMPA

Salam semua...

Sebelum tukar layout blog Seri ada bela kura-kura. Bila tukar layout tak tahu kemana kura-kura Seri menghilang. Puas juga cari. Pencarian Seri membuahkan hasil. Akhirnya jumpa juga. Macam-macam ada. Bukan setakat kura-kura.

kura-kura


hamster


boleh tengok lagi di sini
Internet slow...... =(


p/s: Sebelum tukar layout back up dulu. Jika tak hilang semua gadget.

GOOD LUCK

Salam semua.....

SAYA DAH NAMPAK

Salam semua....

Salah ke?

Tak kan?

Dah ternampak


Soalan elektro-hidraulik (curi-curi snap)


Lampu bengkel ni terang sanggat sampai boleh nampak soalan amali walaupun En Fa’iz dah terbalikkan kertas soalan tu dan letak atas meja. Macam masuk pertandingan yang dalam tv, pilih soalan untuk dijawab. Kalau betul dapat hadiah. Tapi kali ni kami (trio Zu, Ina dan Seri) mempunyai misi yang lagi penting. Tanpa hadiah pun mampu memotivasikan kami menyelesaikan soalan tersebut. Ini semua gara-gara TEST AMALI ELEKTRO-PNEUMATIK DAN ELEKTRO-HIDRAULIK yang membawa carry mark 15%.


Adus!!! Berdebar-debar macam ambil test kereta. Ni yang den tak suko ni. Test kereta kalau fail boleh mengulang (berbayar) test sampai lulus. Tapi dalam test amali kalau tak jadi tak kan nak mengulang subjek pada semester akan datang. Memang tak sanggup walaupun pensyarah yang mengajar tu hensem/ cantik dan baik hati sangat-sangat. Banyak benda lagi nak fikir.



contoh amali eletro-pneumatik


Berbalik kepada test amali...

Ada 5 pilihan soalan untuk soalan elektro-pneumatik dan 3 pilihan soalan untuk soalan elektro-hidraulik. Satu kumpulan hanya perlu memilih satu soalan elektro-pneumatik dan satu soalan elektro-hidraulik. Seri diberi mandat memilih kedua-dua soalan tersebut. Bukan nampak banyak pun. Pada bahagian tepi kertas ada nombor2 (tu mesti komponen yang kena guna) dengan maklumat tersebut Seri membuat andaian bahawa itu soalan bagi 'sistem kawalan terus'. Sememangnya sistem jenis ini lebih mudah dan senang. Itu soalan elektro-pneumatik, untuk soalan elektro-hidraulik Seri tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya tunggu kumpulan lain ambil soalan dulu. Soalan mana yang tinggal itu yang Seri akan ambil. Ikut nasib la... ada soalan senang ada soalan senang. Dah, dah, jangan banyak complain kalau dapat soalan susah buat saja.



contoh amali elektro-hidraulik


Bila soalan elektro-pneumatik dapat diselesaikan memang gembira la dalam hati. Masing-masing senyum melebar je. Hey, jangan lupa misi kita belum selesai. Tapi, bila lihat kawan-kawan yang buat soalan elektro-hidraulik macam susah je. Siap En. Fa’iz beri masa tambahan. Habislah tempat tu (untuk menjalankan amali hidraulik) dah berminyak-minyak. (Seksyen Seri ada lima kumpulan. 3 kumpulan buat soalan elektro-pneumatik dan lagi 2 kumpulan buat soalan elektro-hidraulik. Dah selesai jawab tukar tempat.) Mesti susah nak pasang hos pada kompenen. Seri memang awal-awal lagi dah surrender bab-bab pasang hos. Memang fail, tangan basah + minyak (bendalir hidrolik) = hos gagal dipasang. Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni mesti tahu Seri ada penyakit hyperhidrolisis.


Aik! Kata jawab soalan apa kaitan dengan hos pula?

Mula-mula lukis litar. Lepas tu kena pasangkan komponen berdasarkan litar yang dilukis. Nama pun test amali. Kalau test amali (penyediaan makanan) lagi seronok. Macam masuk pertandingan memasak. Uniform pun dah macam chef.


Yeah... Alhamdulillah berjaya. Kedua-dua soalan berjaya diselesaikan. ....Kepuasan terletak pada usaha buka pencapian - mahatma ghandi..... Jika dapat buat mesti lagi puas kan kan... (dengan usaha sendiri)

Tuesday, October 20, 2009

TOLONG JANGAN PISAHKAN

Salam semua...


Kreatif dan pemikiran kritikal merupaka dua perkara yang mesti bergerak selari. Bak kata P.Ramli ibarat irama dan lagu.


Pemikiran kreatif:

Pemikiran kreatif melibatkan mencipta sesuatu yang baru atau asli. Melibatkan kemahiran berfikir, memberi idea, pengubahsuai idea/ produk asal, menerangkan sesuatu dan sewaktu dengannya. Objektif daripada berfikir secara kreatif adalah untuk merangsang rasa ingin tahu.


Pemikiran kreatif


Seri tertarik dengan pandangan Lim Kok Wing dalam artikel Project Malaysia, an experiment in nation project.

(sumber: http://www.projectmalaysia.org/2009/05/redesigning-the-malaysian-mind/all/1)


Lim Kok Wing berpendapat, betapa pentingnya orang-orang yang kreatif di muka bumi ini. Mereka mencipta perniagaan, pasaran, gaya hidup, trand baru. Dalam usaha mewujudkan idea ini meraka meneroka, merekacipta, menginovasi , menghubungkait dan berkomunikasi. Lazimnya, negara maju lebih kreatif dan innovatif. (selalu buat reseach dan penambahbaikan)


Lagi cantik jika pemikiran kritis digabungkan dalam kreatif


Pemikiran kritis

Apa itu pemikiran kritis:

Pemikiran kritis melibatkan pemikiran logik termasuk kemahiran seperti perbandingan, klasifikasi, pengurutan, mengenalpasti punca, peramalan, perancangan, hipotesis, dan kritik.



Bom dan peperangan

Tanpa pemikiran kritis manusia itu tidak mengendahkan kesan buruk penciptaan sesuatu benda/ perkara terhadap alam sekitar, manusia lain. Maka dicipta bom bagi tujuan peperangan.

.... dan segala macam muslihat, penipuan, dan penganiayaan......

HAPPY BIRTHDAY ANGAH

Salam semua.....


Selamat hari lahir angah

Yang ke-20 tahun

Semoga hidup dirahmati dan dikasih Allah. Menjadi anak yang soleh.


Rasa sekejap masa berlalu. Dulu apa sahaja yang Seri beli mesti angah nak begitu juga sebaliknya. Teringat lagi Seri ada botol air bentuk telefon warna pink. Angah pun ada juga tapi warna biru. Memang masing-masing tak mahu mengalah. Mak ayah cuba berlaku adil pada kami. Kalau tak dapat biar dua-dua tak merasa.


Seri lahir dua tahun lebih awal dari Angah. Dengan kelahiran Angah maka lengkaplah sepasang anak En Musa dan Pn Zaleha. Agak lama juga kami berdua sahaja menjadi penyeri hidup mak ayah sehinggalah Ainin lahir lapan tahun kemudian.


Tentang Angah:

  • Nama penuh Akhmal Hakim bin Musa
  • Panggilan di rumah: Kamal, Angah
  • Panggilan di luar: Kamal, Akhmal, Hakim, Jang
  • Masa kecil Angah yang paling berisi antara kami adik-beradik tapi sekarang dia yang paling kurus.
  • Seorang yang aktif bersukan.
  • Lauk kegemarannya ayam masak merah. Hari-hari lauk yang sama pun tak apa.
  • Orangnya kemas. T-shirt siap bergosok. Tak pernah keluar rumah tanpa menyikat rambut terlebih dahulu walaupun rambut tak panjang mana pun.
  • Luar nampak tegas tapi hati lembut.
 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator