Salam semua.....
Dah lebih seminggu baru nak post. Cerita dah basi. Memang nak post tapi macam dah lambat.
PENILAINAN DAN PAMERAN HASIL REKACIPTA PELAJAR PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP UTM
Setelah 14 minggu berusaha keras. Pelbagai kisah suka duka sepanjang proses menyiapkan projek untuk subjek Rekacipta 2. Subjek ni tak ada final exam, tak ada kuiz, semuanya bergantung kepada projek, proposal, laporan, pembentangan, peer evaluation.
Tarikh: 19 Oktober 2009
Tempat: Sekitar bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam, N30, UTM Skudai
Masa: 8 pagi hingga 2 petang
Antara projek yang dipamerkan: (banyak lagi sebenarnya)
Pengajaran dari rekacipta 1 yang Seri ambil masa tahun 2:
Projek ringkas markah pun ringkas.
Projek gempak markah gempak.
Pengajaran dari rekacipta 2:
Projek ringkas tapi dibuat sendiri markah lebih banyak dari projek gampak tapi 'tiba-tiba' boleh siap. Bunyinya ajaib.
Alhamdulillah projek kami dapat tempat keempat Grand Invention Project. (TRIO PIAN, ZU dan SERI). Tiga tempat ke atas kumpulan dari seksyen lain yang sapu. Walaupun RM 50 yang kami dapat tak mampu menampung kos perbelanjaan projek tapi rasa gembiranya tak boleh digambar dengan kata-kata. Rasa pengorbanan berbaloi. Terima Kasih kepada semua pihak yang banyak membantu.
p/s: Sorry.... tak balas komen. Nanti kalau free Seri balas. Entri kali ni pun cincai je. Nak sambung stadi, esok ada exam lagi.
6 comments:
wah no 4 tu, tahniah2!!
best plak tgk orang reka2 ni.. hishh!!
uiksss..korang ni mcgyver ke?
wow..rekakreatif..bgus2 nih..t try apply grant dr mdec..leh wat duit nih..
gdluck exam..hehehe
nobuta:
tq
pais chaos:
best+pening+blur+penat
loyar lelaki:
lebih kurang kot
JMR:
belum sampai tahap nak jual
kerol:
tq
Post a Comment