Pages

Friday, October 23, 2009

SAYA DAH NAMPAK

Salam semua....

Salah ke?

Tak kan?

Dah ternampak


Soalan elektro-hidraulik (curi-curi snap)


Lampu bengkel ni terang sanggat sampai boleh nampak soalan amali walaupun En Fa’iz dah terbalikkan kertas soalan tu dan letak atas meja. Macam masuk pertandingan yang dalam tv, pilih soalan untuk dijawab. Kalau betul dapat hadiah. Tapi kali ni kami (trio Zu, Ina dan Seri) mempunyai misi yang lagi penting. Tanpa hadiah pun mampu memotivasikan kami menyelesaikan soalan tersebut. Ini semua gara-gara TEST AMALI ELEKTRO-PNEUMATIK DAN ELEKTRO-HIDRAULIK yang membawa carry mark 15%.


Adus!!! Berdebar-debar macam ambil test kereta. Ni yang den tak suko ni. Test kereta kalau fail boleh mengulang (berbayar) test sampai lulus. Tapi dalam test amali kalau tak jadi tak kan nak mengulang subjek pada semester akan datang. Memang tak sanggup walaupun pensyarah yang mengajar tu hensem/ cantik dan baik hati sangat-sangat. Banyak benda lagi nak fikir.



contoh amali eletro-pneumatik


Berbalik kepada test amali...

Ada 5 pilihan soalan untuk soalan elektro-pneumatik dan 3 pilihan soalan untuk soalan elektro-hidraulik. Satu kumpulan hanya perlu memilih satu soalan elektro-pneumatik dan satu soalan elektro-hidraulik. Seri diberi mandat memilih kedua-dua soalan tersebut. Bukan nampak banyak pun. Pada bahagian tepi kertas ada nombor2 (tu mesti komponen yang kena guna) dengan maklumat tersebut Seri membuat andaian bahawa itu soalan bagi 'sistem kawalan terus'. Sememangnya sistem jenis ini lebih mudah dan senang. Itu soalan elektro-pneumatik, untuk soalan elektro-hidraulik Seri tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya tunggu kumpulan lain ambil soalan dulu. Soalan mana yang tinggal itu yang Seri akan ambil. Ikut nasib la... ada soalan senang ada soalan senang. Dah, dah, jangan banyak complain kalau dapat soalan susah buat saja.



contoh amali elektro-hidraulik


Bila soalan elektro-pneumatik dapat diselesaikan memang gembira la dalam hati. Masing-masing senyum melebar je. Hey, jangan lupa misi kita belum selesai. Tapi, bila lihat kawan-kawan yang buat soalan elektro-hidraulik macam susah je. Siap En. Fa’iz beri masa tambahan. Habislah tempat tu (untuk menjalankan amali hidraulik) dah berminyak-minyak. (Seksyen Seri ada lima kumpulan. 3 kumpulan buat soalan elektro-pneumatik dan lagi 2 kumpulan buat soalan elektro-hidraulik. Dah selesai jawab tukar tempat.) Mesti susah nak pasang hos pada kompenen. Seri memang awal-awal lagi dah surrender bab-bab pasang hos. Memang fail, tangan basah + minyak (bendalir hidrolik) = hos gagal dipasang. Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog ni mesti tahu Seri ada penyakit hyperhidrolisis.


Aik! Kata jawab soalan apa kaitan dengan hos pula?

Mula-mula lukis litar. Lepas tu kena pasangkan komponen berdasarkan litar yang dilukis. Nama pun test amali. Kalau test amali (penyediaan makanan) lagi seronok. Macam masuk pertandingan memasak. Uniform pun dah macam chef.


Yeah... Alhamdulillah berjaya. Kedua-dua soalan berjaya diselesaikan. ....Kepuasan terletak pada usaha buka pencapian - mahatma ghandi..... Jika dapat buat mesti lagi puas kan kan... (dengan usaha sendiri)

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator