Seri akui setiap perempuan inginkan tubuh yang langsing dan menarik. Bentuk badan sebegitu dapat menambah keyakinan seseorang. Tapi kalau dah macam jerangkung cantik ke? Golongan sebegini sanggup menyiksa badan. Mereka sentiasa beranggapan diri mereka gemuk dan tidak pernah berpuas hati dengan bentuk tubuh mereka padahal BMI bawah 18.
Nervosa terbahagi kepada dua jenis:
- Anorexia nervosa - makan dalam kuantiti yang sangat sedikit
- Bulimia nervosa – makan seperti biasa/ kadang kala banyak tetapi memuntahkan kembali makanan selepas makan
Buat apa menyiksa badan. Anda sihat. BMI anda normal. Berat badan anda tidak naik mendadak. Namun pastikan anda mengambil makanan dengan betul. Betul yang macam mana? Mudah, ikut piramid makanan. Jangan lupa bersenam....
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
Firman-Nya dalam surah sama ayat 172 yang bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, makanlah mana yang baik di antara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah-Nya.”
Boleh makan asalkan tidak berlebihan. Makanlah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu makan jika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Pesanan Allah dalam Surah Al-A’araaf ayat 31 yang bermaksud, “Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu pada setiap sembahyang. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”
p/s: Final exam bermula hari ini.
2 comments:
Salam Seri,
kenapa org kata kurus tu cantik.... kalau saya pulak bila dah berisi nie sikit suami lagi suka.....
wsalam
memang dah set dalam kepala agaknya
terima kasih kak atie singgah blog Seri
Post a Comment