Selamat hari lahir angah
Yang ke-20 tahun
Semoga hidup dirahmati dan dikasih Allah. Menjadi anak yang soleh.
Rasa sekejap masa berlalu. Dulu apa sahaja yang Seri beli mesti angah nak begitu juga sebaliknya. Teringat lagi Seri ada botol air bentuk telefon warna pink. Angah pun ada juga tapi warna biru. Memang masing-masing tak mahu mengalah. Mak ayah cuba berlaku adil pada kami. Kalau tak dapat biar dua-dua tak merasa.
Seri lahir dua tahun lebih awal dari Angah. Dengan kelahiran Angah maka lengkaplah sepasang anak En Musa dan Pn Zaleha. Agak lama juga kami berdua sahaja menjadi penyeri hidup mak ayah sehinggalah Ainin lahir lapan tahun kemudian.
Tentang Angah:
- Nama penuh Akhmal Hakim bin Musa
- Panggilan di rumah: Kamal, Angah
- Panggilan di luar: Kamal, Akhmal, Hakim, Jang
- Masa kecil Angah yang paling berisi antara kami adik-beradik tapi sekarang dia yang paling kurus.
- Seorang yang aktif bersukan.
- Lauk kegemarannya ayam masak merah. Hari-hari lauk yang sama pun tak apa.
- Orangnya kemas. T-shirt siap bergosok. Tak pernah keluar rumah tanpa menyikat rambut terlebih dahulu walaupun rambut tak panjang mana pun.
- Luar nampak tegas tapi hati lembut.
0 comments:
Post a Comment