Pages

Thursday, September 09, 2010

KENA TAHAN

Salam semua.....


juadah hari raya (sumber)


Kata orang

Gendang gandut tali kecapi

Kenyang perut suka hati


Jika bulan Ramadan perut berehat selain melatih diri menahan nafsu. Jangan pula Hari Raya kita hendak menderanya pula. Maklumlah semua hidangan ada depan mata. Makan biar berpada. Yang ada kencing manis, darah tinggi dan masalah kesihatan yang berkaitan jangan buat-buat lupa. Nanti ada yang beraya kat hospital.


Seri tak nafikan makanan yang ada depan mata memang menggoda jiwa. Ada lemang, ketupat, rendang, dodol, kuih raya dan macam-macam lagi yang kita hanya jumpa masa hari raya. Mak masak mustahil nak ambil bau saja. Beraya rumah saudara/ kawan tak kan nak tengok saja. Nanti apa pula kata mereka. Silap-silap dikata menyombong pula. Serius, Seri dah terkena. Bukan menolak rezeki tapi Seri memang batul-betul dah kenyang. Memang boleh masuk lagi tapi Seri tak nak paksa diri.


Bila tengok adik-adik makan masa Hari Raya memang Seri cemburu. Semua boleh makan tanpa limit. Selagi boleh masuk gamaknya. Makan itu. Makan ini. Tapi Seri tak boleh. Kalau ikutkan adik-adik Seri makan mesti kena punya. Biasanya memang 2 Hari Raya sakit perut sampai menggigil-gigil, berpeluh-peluh dan cirit-birit. Seri tak ada penyakit, tak ada alahan makanan, tapi perut jenis tak tahan makan macam-macam.


- Tahun lepas kena pukul 5 pagi. Awal pagi itu juga pergi hospital ambil ubat.

- 2 tahun lepas kena masa kat kubur. (kampung Seri ziarah kubur pada 2 Hari Raya) memang tak tunggu habis baca tahlil terus pergi hospital.

- 3 tahun lepas tak kena sebab Seri dah tak puasa beberapa hari sebelum raya. Perut tak terkejut agaknya bila hari raya.


Tolong la jangan buat Seri serba-salah. Kalau sini nak jamah sikit. Sana jamah sikit tu biasanya buat Seri sakit perut. Air pun dah pelbagai warna berkocak dalam perut. Hanya untuk 1 Hari Raya kena tahan. 2 Hari Raya pun kurang stabil lagi. Dah masuk 3-4 Hari Raya baru boleh balun.


Yang paling penting, jangan buat rumah terbuka pada 1 Hari Raya. kalau yang tu memang nak kasi Seri ambil bau saja. Yelah, senduk sekali mak jeling, senduk dua kali mak datang cubit Seri. Tahan Seri. Tahan. Ingat kisah tahun lalu. (2 Hari Raya mak yang mandikan kau gara-gara sakit perut)





Kad Raya Seri untuk kamu semua



Hari ni mantai. Esok dah raya. Dikesempatan ini Seri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengomen, followers, silent reader, dan sesiapa yang yang sedang membaca entri ini terutama sekali kaum muslimin dan muslimat. Seri memohon maaf sekiranya penulisan Seri dalam blog ni menimbulkan rasa kurang senang atau kecil hati pembaca. Seri juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang peduli dengan blog Seri kerana mereka sebenarnya yang menghidupkan blog ini.

2 comments:

zatul akmar said...

selamat hr ry seri :)
maaf zahir batin

Seri said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Akmar
Maaf Zahir & Batin

Jemput datang rumah
Kalau tak sempat nanti jumpa masa konvo

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator