Pages

Sunday, September 27, 2009

RAYA LAGI

Salam semua...


Saya dan mak saya

Baru pukul 4 pagi, perut pula meragam minta dikeluarkan segala isi dah telah diproses. Biasanya dah lepas hajat makin lega ini lain pula jadi. Perut rasa memulas-mulas. Sakitnya tak terkata. Tak pernah rasa sakit perut macam ni. Baju yang Seri pakai habis lecun dek peluh. Tunggu 5 minit, 10 minit tak elok-elok juga. Sakitnya makin menjadi-jadi.


"Mak, mak" Panggil Seri. Mak segera datang ke bilik air.

"Kenapa ni" Tanya mak.

"Sakit perut" Jawab Seri.

"Kita pergi hospital, mak tak tahu nak buat apa. Kau tiap kali raya memang macam ni. Tak boleh makan macam-macam sebenarnya. Jap, mak panggil ayah, kita pergi hospital"

"Nak mandi" Minta Seri. Seri masih tak beranjak. Nak angkat gayung pun rasa tak larat. Hilang daya upaya.

"Nak mak mandikan" Mak menawarkan diri. Seri hanya mampu menggangguk.

Bluekk, muntah pula.


Mak mandikan, sabunkan, lapkan anak gadisnya yang berumur 22 tahun. Masa kecil mak yang buat semua itu untuk Seri. Kini mak lakukannya sekali lagi untuk Seri juga. Sedangkan Seri tak pernah mandikan mak walau sekali. Betapa besar pengorbanan mak. Kasih sayang mak tak ternilai harganya.


Doa untuk ibu bapa:


"Long bila nak beraya ni. Orang lain raya kau sakit perut. Mak nak gi beraya ni. Kalau ada apa-apa telefon. Jangan lupa makan ubat. Jangan makan rendang. Sup tu ada" kata mak sambil meletakkan kerongsang terakhir ke tudungnya. Seri kena tinggal lagi.



p/s: Ibu dan ayah sanggup membuat apa sahaja untuk anaknya. Sebagai anak layanilah kedua ibu bapa kita sebaiknya selagi mereka masih hidup. Sesungguhnya keberkatan anak terletak oleh keberkatan ibu bapanya.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator