Pages

Wednesday, September 08, 2010

BAJU KURUNG UNTUK HARI RAYA

Salam semua.....


1 Syawal

Pada masa ini seluar jeans, kemeja, blaus, skirt, vest dll memang tak hairan. Asalkan dapat baju kurung baru walaupun sepasang sudah cukup. Tambah pula di pagi raya. Melainkan para pekerja yang tak dapat cuti raya dan terpaksa menyarung uniform yang tak pakai baju raya.


Masa rayalah nak tengok kakak-kakak dan adik-adik berbaju kurung (mak cik-mak cik dah biasa nampak pakai baju kurung). Masa rayalah baru koleksi baju kurung bertambah. Maklumlah baju kurung jarang pakai.


Untuk orang yang tak reti nak berfesyen seperti Seri baju kurung pula seolah-olah menjadi penyelamat. Tak perlu pening kepala nak fikir. Baju kurung memang selesa jika kena pada waktu dan jenis kain yang dipilih. Tapi mungkin ada yang lemas agaknya sehingga menegur pemakaian Seri.


Salahkan kalau berbaju kurung? Nak tunggu raya, kenduru kahwin, kenduri doa selamat, melawat orang meninggal, ke kubur baru boleh pakai. Bagi Seri baju kurung dan baju melayu memang rekaan agung sepanjang zaman. Boleh dibawa ke tepi dan ke tengah. Ada maksud yang tersirat dibalik penciptaannya. Walau ada beribu fesyen yang baru pasti ia akan juga berakhir zaman kegemilangannya. Baju kurung juga yang tetap di cari pada akhirnya. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


Lepas baca novel Manikam kalbu hari-hari nak pakai baju kurung. Bila ada drama magikal adaptasi dari novel Manikam kalbu pastinya Seri tak mahu ketinggalan menyaksikannya. (disiarkan di TV3, 7.30 malam, pada hari raya pertama dan kedua)


Seri suka pertanyaan seorang kanak-kanak perempuan dalam drama tersebut (iklan)

Kenapa semua orang pakai baju kurung?





p/s: Sebaik-baik pakaian itu adalah takwa

2 comments:

fiD said...

selamat ahri raya!

Seri said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri fiD

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator