Pages

Monday, September 13, 2010

AMBILLAH...

Salam semua.....


gambar hiasan (sumber)


Usah dibangga harta yang ada. Walaupun setiap bulan duit pencen masuk. Kalau sakit siapa yang nak tolong keluarkan duit itu. Ada beras tapi tak ada orang yang tolong masakkan manakan boleh beras bertukar jadi nasi, jadi bubur. Nanti bila sakit dah melepek orang tak tanya mana harta kau. Orang tanya mana anak-anak kau.


Usah dibangga harta yang ada. Walaupun ada tanah berhektar-hektar. Geran tanah berkeping-keping tak payah nak heboh-heboh. Kita tak ada tanah pun nanti bila mati ada orang akan bagikan tanah. Tak perlu bayar. Tak perlu bergeran bagai. Cukup sekadar batu nisan.


Usah dibangga harta yang ada. Walaupun ada rumah sendiri. Kalau duduk sorang-sorang apa gunanya.


Mak... usahlah mak sedih. Nanti kat mahkahmah jangan tuntut apa-apa.

Dia ada pencen sampai mati. Mak ada kasih sayang anak selagi mak masih bernyawa.

Mak kan selalu pesan. Allah tak akan sia-siakan hambaNYA...


Mak kata nak tengok anak mak bahagia. Kami pun nak tengok mak bahagia juga.



p/s: Jika tak pernah merasa susah bagaimana hendak hargai kesenangan. Jika tak pernah rasa derita bagaimana hendak hargai kebahagiaan.

3 comments:

Faizal Sulaiman said...

harta, wang ringgit, tanah semua tak boleh bawa masuk ke dalam kubur. kasih sayang juga elemen terpenting.

moga seri tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup yg mendesak

seamat hari raya!

Shukri Mohd Ali said...

masuk syurga kerana redha Tuhan, bukan kerana harta =)

kudabesi said...

sabar

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator