Pergh… Gigih sungguh Seri update blog fasal biskut raya. Dah masuk part III. (akhir) Cukup rasanya sampai entri yang ini. Preview baju raya, kenangan balik raya, photoshoot untuk pre-raya belum lagi. Mungkin ada yang dah muak. Buka blog yang tu cerita raya. Buka blog yang ni cerita raya lagi. Orang nak cari resepi kuih semperit tiba-tiba terbuka blog Seri. Lagi bertambah geram tengok gambar kuih raya Seri.
Seri dok bercerita fasal biskut raya ni bukan apa. Seronok sangat sampai tak terkata. Dapat buat sesuatu yang Seri memang suka. Seri tak nak kenangan yang indah ni terus berlalu. Jadi Seri abadikan dalam blog ini. Mana tahu lagi 10 tahun bila adik perempuan Seri sama umur dengan Seri pada waktu itu terbaca pula blog Catatan Seri terimbau pula kenangan kami bersama. (jauh berimaginasi)
Bukan tak sabar nak beraya dengan bercerita fasal biskut raya, baju raya, kad raya, mercun, lemang, ketupat, rendang cuma bagi Seri waktu sebegini pengisian persiapan raya, ucapan raya elok juga dilakukan. Lagi 2-3 bulan nak bercerita soal raya macam tak kena pula. Macam iklan tv3 raya yang ada santa claus. Lagi mengarut.
Biskut raya oh biskut raya.
Buat waktu siang Seri kurang selesa. Buat waktu malam tersengguk-sengguk kepala. Tapi apa salahnya sekali-sekala. Terkena dulang panas automatik segar mata. Mujur buatnya berdua dengan bonda. Kalau tak mahu rentung jadinya.
Kurang selesa: sesiapa yang rajin menyelongkar blog Seri tahu yang Seri hidap hyperhidrosis. Kalau buat biskut waktu siang takut termasin pula biskut. Waktu malam agak terkawal.
Sayang nak tinggalkan Ramadan sebenarnya. Bulan yang penuh mulia, berkat, rahmat...... Lambat lagi nak raya. Ucapan raya Seri simpan dulu. Kalau rajin buat e-card raya , kalau tak berapa nak rajin upload kad raya dari google.
p/s: Seri belum lagi jejakkan kaki ke bazar ramadan untuk tahun ni.
6 comments:
hehehe..mesti banyak gila biskut yg da siap kan??leh jual neh:PPP
nape tak buat bisnes?dpt duit lebih?
waahh..byknye kuih raye. bak sini ckit. heheh:D
Faizal Sulaiman->
tinggal kuih siput je yang belum buat
Pancacai Alim->
nanti dah ada oven sendiri baru boleh bisness
Tina Farhana->
meh la datang sini. kalau pos takut biskutnya pecah2
suka betul kuih raya yerk..
kenapa xjual?
suka main-main dengan tepung
tunggu nak ada oven sendiri baru boleh jual
Post a Comment