Situasi 1: Tangan kau basah......tegur seorang rakan.
Situasi 2: Errr, tak pe. Tangan aku basah....(Seri mengelak dari bersalam)
Situasi 3: Baik aku yang buat wiring tu. Sebab kena test nanti. Takut terkena renjatan.... kawan yang memahami.
Proses perpeluhan menunjukkan kita sihat kerana peluh antara cara badan mengeluarkan bahan toksik. Namun sesetengah orang mengalami masalah peluh keterlaluan sepanjang masa sehingga menyebabkan mereka berasa kurang selesa.
Fakta hiperhidrosis:
- Keadaan berpeluh berlebihan ini dipanggil hiperhidrosis
- Kajian menunjukkan 3% penduduk Asia Tenggara mengalami masalah ini.
- Tidak berbahaya tetapi menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya.
- Boleh berlaku pada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur
- Biasanya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.
- Terbahagi kepada dua jenis, iaitu primer (atau idiopatik iaitu tidak diketahui puncanya) dan hiperhidrosis sekunder yang disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopaus.
- Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka, ketiak (aksilari), tangan (palmar) dan kaki (plantar).
- Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat.
- Hiperhidrosis boleh diwarisi.
Masalah yang dihadapi pesakit hiperhidrolisis bahagian tangan dan kaki:
- Tangan selalu berpeluh, tak kira panas ke, sejuk ke, tenang atau gelisah mesti berpeluh. Yang peliknya hanya bahagian tangan dan kaki.
- Sentiasa bawa sapu tangan. Kalau tak rasa tak selesa. Nak peganga sesuatu mesti kena lap dulu.
- Mengelak dari bersalam dengan orang. Malu dengan kawan-kawan yang tak faham. Lepas salam mesti ada yang lap tangan tangan mereka.
- Kena scan jari berkali-kali sebab tak jadi-jadi, sekarang banyak urusan kena scan jari.
- Kalau nak tulis mesti lapik tangan dengan tisu atau sapu tangan. Paling sukar apabila buat lukisan kejuruteraan. Lukisan jadi comot.
- Bila dah basah tangan dan kaki jadi sejuk walaupun dalam cuaca panas.
- Kena pakai stokin sebab kaki licin. Hari-hari kena tukar stokin. Kasut kena pilih betul-betul nanti tak selesa.
- Kalau berperluh sampai meleleh-leleh. Bila dah berpeluh tangan jadi lembut. Bila duduk dalam aircond tangan jadi sangat kering. Macam tak cukup air dalam badan.
Rawatan:
§ Produk antipeluh yang kuat atas preskripsi doktor - yang mengandungi aluminium klorida heksahidrat.
§ Iontoforesis - sejenis alat yang menyalurkan arus elektrik melalui kulit dengan menggunakan air paip.
§ Ubat makan - yang diberi nama antikolinergik untuk mengurangkan perpeluhan.
§ Botoks (botulinum toksin) - baru-baru ini sahaja diluluskan di Amerika Syarikat oleh FDA untuk merawat perpeluhan aksil(pada ketiak) yang berlebihan.
§ Pembedahan - iaitu simpatektomi toraks, sebagai usaha terakhir.
Sumber:
http://www.iluvislam.com
http://www.gamat2u.com
http://ijn.com.my
Mula-mula memang segan/malu terutama masa sekolah. Ramai yang tegur. Lepas solat nak salam lapik dengan telekung. Bila dah masuk UTM kawan-kawan semua senang nak faham keadaan Seri. Tiada rungutan. Mungkin masing-masing dah dewasa untuk memahaminya. Terima kasih kawan-kawan.
Dalam keluarga Seri saja yang menghidapinya. Sejak dari sekolah menengah lagi. Mula-mula tu mak risau dia pegang tangan dan kaki Seri rasa sejuk. Siap gunting artikel dari surat khabar suruh Seri baca. Masa tu terharu sangat walaupun penyakit ni tak serius.
Kalau nak buat pembedahan ada kesan sampingan. Siapa yang nak jadi partner Seri kena faham benda-benda macam ni. Lagipun masalah ni cuma pada tangan dan kaki saja. Buat apa nak malu. Setiap orang pasti ada kekurangannya.
Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk hambaNya.
4 comments:
erm...we have the same prob..
i oso ad hyperhidrosis ni..
bila nk jwb exam..tgn berpeluh2..abis basah paper..huhuh..
tp klu mai time dia kering..kering btol..
mee too.
but i slalu berpeluh dekat ketiak even i aktive bersukan..
macam mane nak buat eh?
saye pun ade masalah yg sama mcm kak seri...mula-mula saye x sedar tntang keadaan tu,tp umi dgn abah saye yang bgtau..mereka kate saye mcm tu sejak bayi lagi..mmg rase segan tp sesiape yang dh kenal saye diorg fham tntang keadaan tu...kekadang tu bila cousin sendiri saje je nak buat saye rase mcm pelik,saye rase sgt sedih...
Kos pembedahan di Iheal medical centre di mid valley KL..dalm rm 10500 menggunakan kan teknologi terkini iaitu teknik klip saraf pakai titanium plat dkt saraf..bukan secara kaedah memotong saraf yang lama..sememang nya tidak dpt direverse operation..keberkesanan adalah 98% di tangan dan 80% di tapak kaki..
Perlu diingatkan penyakit ini adalah saraf abnormal @ tidak normal ..selepas pembedahan peluh masih akan cuba keluar di mana mana bahagian tubuh yang lebih sensitif pada suhu seperti di bahagian kepala belakang badan dan pada permukaan yang kulit nipis ..
Peluh yang keluar adalah dianggap biasa memandangkan saraf Hanya dipotong atau dikepit saluran daripada penerimaan isyarat peluh..
Tidak banyak ubatan alternatif menjanjikan kesan 100% penyembuhan tetapi sekadar melambatkan dan merencatkan sahaja
Antara produk yang saya pernah guna ialah ..PERSPIREX rm 60
Ubat sapuan oral ..kandungan aluminium clhoride ..tidak berkesan
Rawatan akupuntur dan homeopati
Rm 40 sekali rawatan ..tidak berkesan ..
Rawatan perubatan elektronik Terengganu..menggunakan rawatan DNA seperti sampel rambut dan kuku pesakit untuk dibuat ubat .
Keberkesanan ..ambil masa 6bln untuk tengok kesan ..lagipun kos rawatan ubat sahaja rm50 sekali sebln.
Rawatan ALIRAN ELEKTRIK ATAU IONTHOPERASIS menggunkn MESIN hidrex GS -400 rm 2600 (termasuk duti import)saya ada beli 2 mesin ini satu digunakan untuk travel dan satu disimpan di rumah
kesan: bergantung pada individu ..dan tingkat serius penyakit..
Ada testimoni kekeringan seawal 3hari -3 minggu rawatan
Kesan: 70% hingga 80% kering..sekiranya menggabung kan makanan tambahan seperti vitamin b kompleks dan jus tomato masak ranum setiap hari..INSYALLAH
Rawatan herba iaitu SAGE
Boleh dirujuk pada internet ..Sage telah lama digunakan dalm rawatan HYPERHODROSIS. Di negara barat telah dipatenkan sebagai herba merawat HYPERHODROSIS
Di Malaysia,Sage kurang dikenali tetapi di boleh cuba ditanam di halaman rumah seperti yang dibuat saya sekarang ini..
Jika berminat mencuba boleh dapatkan dengan nazhan Kamal herba Sage yang kering untuk dibuat teh selaku pemilik HYPERHODROSIS centre di Indonesia
Just taip dalam Google sahaja ..
# Selamat beramal dan mencuba ..
Post a Comment