SENYAP... peperiksaan sedang dijalankan. Kalau dalam dewan peperiksaan pensel jatuh satu dewan boleh dengar. Tapi situasi ini amat berbeza jika peperiksaan engineering drawing/ lukisan kejuruteraan sedang dijalankan. Bukan setakat pensel jatuh kalau drawing board jatuh tiada siapa yang peduli dan marah. Situasinya memang begitu. Agak pelik pula kalau senyap saja dewan tu.
Mari mengenali engineering drawing
Kelengkapan asas belajar engineering drawing
Kelengkapan lain: jangka lukis set square t square pensel pemadam
Memang kena keluar duit sikit belajar engineering drawing ni terutama budak-budak sekolah teknik. Semua kena dibeli sendiri. Kalau sekolah harian biasa peralatan ni memang dibekalkan di sekolah. UNTUK KEGUNAAN DALAM KELAS SAHAJA, TAK BOLEH BAWA BALIK. Sebenarnya sekolah teknik ada juga dibekalkan dengan perlatan tersebut tapi tak cukup memandangkan majori muridnya ambil subjek ni.
Sapu tangan/tuala muka
Jangan lupa bawa sapu tangan/ tuala muka. Digunakan untuk mengelap habuk karbon yang ada di pembaris dan lukisan dan membuag sisa pemadam pada lukisan yang ditinggalkan selepas memadam. Habuk karbon muncul apabila anda guna mata pensel diseret pada pembaris. Hasilnya kertas lukisan tidak comot. Markah akan ditolak sekiranya kertas lukisan kotor/comot.
Basic knowledge
Engineering drawing mampu mengukur daya imaginasi seseorang. Ramai orang kata lelaki lebih terror dari perempuan untuk subjek ni. Seri masih meragukannya. Hanya kerana lelaki punya pemikiran yang 'nakal' dan sering berimaginasi maka dikaitkan dengan subjek ni. Memang tidak nafikan pelajar lelaki lebih menguasai subjek ni sebab.... sekolah teknik memang lebih ramai pelajar lelaki.
Orthographic projection
Tips dari Seri:
Untuk hasil yang lebih baik sambil membuat garisan pusingkan pensel tersebut. Ketebalan garisan menjadi sekata.
Banyakkan latihan terutama kepada mereka yang kurang menguasai subjek ni. Pengorbanan masa memang menjadi tuntutan. Kadang kala mengambil masa lebih 1/2 jam hanya untuk menyiapkan 1 soalan.
Tak perlu tenung soalan/ lukisan jika rasa anda tak mampu selesaikannya setelah berusaha sehari semalam. Adalah lebih baik bertanya pada kawan, guru.
Pastikan anda memahami konsep dan term dalam engineering drawing. Macam belajar matematik juga mesti ingat formula atau sejarah menghafal keypoint saja sudah cukup jika anda benar-benar faham.
Lukisan kejuruteraan berbantu komputer (AUTOCAD)
Selain menggunakan tangan dan segala macam peralatan terdapat juga alternatif menggunakan komputer. Lazimnya menggunakan program AUTOCAD. Memang menarik belajar AUTOCAD siap boleh warnakan objek, letak light effect, pusingkan objek 365 darjah dan lain-lain lagi. Dari objek 2D atau 3D boleh dapatkan lukisan ortografik, oblik, perspektif objek tersebut. Memudahkan kerja dan jimat masa.
Lupa 1: Alamak. Kenapa macam pelik je. Oh tidak, kenapa Seri beli pencuci muka ni patutnya beli bedak. Bedak yang dah habis bukan pencuci muka. Rasanya sebelum bertolak tadi memang dah ingat. Sampai bilik baru perasan silap beli.
Lupa 2: Hari ni Seri nak makan nasi lemak tapi ter.. order nasi goreng. Seperti biasa kalau order di cafe UTM ni kena tulis. Apasal la Seri tulis nasi goreng padahal nak makan nasi lemak. Memang betul-betul tak ingat Seri tulis apa sehingga ditegur oleh pekerja cafe. Lepas tengok balik kertas order tu macam tak percaya je Seri tulis 'nasi goreng'. Memang Seri yang silap.
Nasi goreng itu
Menurut Atkinson & Shiffrn model (multistore memory model) short term memory yang masuk mudah lupa dan bersifat sementara. Kalau sesiapa yang belajar last minute memang apa yang baca tu akan ingat buat masa terdekat saja. Lepas tu comform lupa balik. Tapi kalau short term memory tu dah transform ke long term memory sesuatu benda atau perkara yang diingat susah untuk dilupakan.
Atkinson & Shiffrn model (multistore memory model)
STM= short term memory
Manusia pelupa
Walaupun manusia adalah makhluk Allah yang dimuliakan di muka bumi ini tetapi ia tidak dapat lari daripada melakukan salah dan silap serta tidak dapat mengelakkan diri daripada lupa. Yang demikian adalah kerana manusia adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak sempurna kerana kekuatan dan kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah S.W.T.
Begitu juga dengan tabiat lupa walaupun tidak menyebabkan dosa tetapi sekiranya kerap berlaku boleh merugikan seseorang semasa hidupnya di dunia ini. Disebabkan manusia melakukan kesalahan, terutama yang menyebabkan ia berdosa maka Allah syariatkan taubat sebagai cara membersihkan diri daripada dosa.
p/s: Mungkin juga Seri kurang beri perhatian ketika membeli dan menulis order. Tapi rasanya tak ada pun perkara yang mengganggu fikiran Seri. Kenapa ya?
Cuba tengok seluar jeans dalam almari tu ada tak rivet macam gambar di atas. Comform mesti ada. Kalau tak ada bukan jeans namanya. Pada awalnya Levi Strauss letak rivet pada jeans bagi menambah ketahanan bahagian hujung jahitan sebab pada masa tersebut buruh kasar (kerja lasak yang sewaktu dengannya) saja yang pakai jeans ni. Tapi sekarang orang pakai jeans untuk bergaya.
Berbalik pada Levi Strauss. Pada masa itu Levi Strauss seorang saje letak rivet pada jeans. Jacob Davis (Nevada tailor) menghantar surat penawaran pada Levi Strauss untuk menjadi rakan kongsi. Memang bijak, Levi Strauss ada idea yang bagus manakala Jacon Davis ada modal nak pattern kan design jeans yang ada rivet. Lepas pattern kan pada tahun 1873, syarikat atau individu lain tak boleh keluarkan jeans yang ada rivet ni. Nanti kena saman.
Sekarang dah lain. Jeans dan rivet memang tak boleh dipisahkan. Mana-mana syarikat yang keluarkan jeans mesti ada sekali dengan rivet. Bukan mereka berdua tak perbaharui lesen pattern tapi kalau ikut syarat (lupa la pulak masa belajar industrial design) lepas tempoh tertentu tempoh patern akan tamat dengan sendiri dan tak boleh diperbaharui lagi.
Tali leher merupakan pakaian orang barat pada asalnya. Dahulu ia hanya dipakai oleh golongan tertentu saja khusnya orang-orang barat. Namun kini keadaannya telah berbeza. Sejak dari sekolah rendah lagi pemakaian tali leher telah dipraktikkan khususnya bagi golongan lelaki. Nampak lebih kemas.
Sebenarnya banyak cara mengikat tali leher ni. Jom belajar mengikat tie. * click gambar untuk besarkan gambar
Small knott (ikatan yang paling mudah ada 6 step saja)
Four in hand (kalau nak ikat macam ni pun boleh, masih 6 step)
Prince Albert
Cross knott
Half windsor (yang ni nampak rumit sikit)
Windsor (sampai 9 step baru siap)
Seri tak reti nak ikat tie ni. Kalau nak ikat yang colour merah (lupa nama yang kat leher Seri tu) tahu la. Baru Seri tahu sama saja macam nak ikat tie. Sebijik macam ikatan small knott cuma yang bahagian hujung diselitkan supaya tak nampak. Sekali dua boleh minta tolong kawan ikatkan. Tapi memikirkan kena pakai benda tu untuk beberapa sem memang ambil tindakan drastik belajar. Mula-mula tak kemas juga, lama-lama tu boleh la. Sem depan kena sarung lagi uniform ni lagi.
Nampak lebih kemas dan comel murid-murid Seri ni dengan tambahan tie. Tapi kalau diikat terlalu pendek nampak lagi buruk. Patutnya hujung tie mencecah tali pinggang baru smart. Tidak terlalu panjang atau pendek.
p/s: Kalau nak senang beli tie yang ada getah. Jimat masa, kemas pun ya.
Selesai menukar baju kami (guru pelatih) mengambil peralatan untuk meneruskan kerja-kerja mengecat mural.
Akmar: Tiner dah habis, tinggal botol kosong je.
Seri: Siapa pula yang ambil?
Kak Nurul: Ni mesti kerja budak-budak ni. Pagi tadi cat line kuning kat tepi longkang. (sekolah masuk pertandingan sekolah selamat) Guna tiner kita buat basuh tangan.
Zawawi: Dah disuruh cat tapi tak bagi tiner kat budak-budak tu.
Akmar: Pandainya budak-budak ni cari tiner. Habis tiner kita mereka bedal.
Kisah 2: PPD observe.
Dalam bilik mesyarat. Taklimat dengan beberapa orang PPD
GPK: Sekolah ni ada menerima guru pelatih. Tengok mereka mengajar.
PPD: Siapa guru pelatih tu.
Seri dan Akmar mengangkat tangan. (masa ni Kak Nurul dan Zawawi belum datang lagi di sekolah ni)
Bayangkan kena mengajar dalam bilik mesyuarat tanpa sebarang persediaan, depan PPD dan guru-guru termasuk GPK (pengetua tiada pada masa ni) Lecturer dan guru pembimbing pun belum observe lagi.
* Pengalaman yang amat berharga. Komen yang amat berguna bagi kami guru-guru pelatih. Terima kasih daun keladi mana tahu lain kali kita bertemu kembali.
Kisah 3: Cikgu penipu
Sehari sebelum cuti sempena Hari Raya Aidilfitri
Seri: Selamat bercuti, hati-hati semua
Murid A: Cikgu nak duit raya
Seri: Raya nanti datang rumah tapi duit raya tu tak ada. Cikgu mana ada gaji lagi.
Murid A: Cikgu tipu, kakak saya macam cikgu juga dia dapat duit.
Seri: Cikgu belum kerja lagi. Tak ada elaun pun, guna duit PTPTN dan mak ayah lagi. Murid A: Cikgu tipu....
Seri: Cikgu tak tipu......... (kataku dalam hati, melihat murid A berlalu meninggalkan aku)
* Seri bukan tajaan KPM, bukan pelajar IPGM, mahupun KPLI atau DPLI dan sewaktu dengannya. Tiada elaun sepanjang menjalani latihan mengajar. Namun amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Nanti di akhirat macam mana nak jawabkan. Seri tak tipu dan bukan penipu.
Kisah 4: Si kembar
Tamat amali masak. Budak-budak ni masak mi goreng. Seri hanya terangkan, mereka buat sendiri. Bukan main seronok lagi budak-budak ni. Lepas masak makan sama-sama.
Seri: Mana yang tak habis tu bungkus bawa balik. Dah nak balik ni. Ana, Ina (si kembar)bungkus sekali la. Duduk satu rumah pun.
Ana: Tak pe cikgu saya....... alasan tak mahu bungkus sekali mi dengan kembarnya.
Ina: A’ah cikgu............sama juga bagi alasan supaya Seri bagi plastik lagi satu.
* Ina dan Ana ni kembar seiras. Memang susah nak bezakan. Yang Seri perasan mereka ada geng masing-masing. Kalau masih tak dapat beza tengok kawan yang kat sebelah tu.
Kisah 5: Meehun sup
Kali ni Seri dan rakan-rakan ditugas guide murid-murid lelaki masak. Cikgu kh mereka minta tolong kami. Menu mi goreng atau meehun goreng.
Seri: Apa yang dalam botol kamu pegang tu?
Murid 3: Stok ayam. Mak saya dah buat kat rumah.
Seri: Buat apa stok ayam? Kita masak mi goreng, bukan nasi ayam.
Murid 3: Saya nak buat mi sup cikgu.
Ser: Err.......
Kak Mai: Tak pe, tadi budak-budak tu dah cakap dengan akak nak buat mi sup
* Lari tema la pulak.
Kisah 6: Rokok
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai
Murid 4: Sorang je cikgu?
Seri: A’ah. Kamu ramai-ramai ni nak pergi mana?
Murid: Jalan-jalan.
Seri berborak dengan budak-budak ni sampai tak terasa perjalanan yang jauh. Kalau pergi kedai dari kuartes guru berpeluh juga la.
Bukan Seri tak perasan salah seorang dari mereka pegang rokok yang berasap. Tapi depan Seri memang budak tu tak sedut. Rugi juga rokok tu habis tanpa dihisap. Tapi lagi rugi duit yang hangus. Agaknya apa nasihat paling sesuai untuk budak tu? Merokok membahayakan kesihatan atau membazir kamu beli rokok ni?emm... atau kamu tahu tak merokok boleh menyebabkan mati pucuk. Kalau ditanya mati pucuk tu apa nak jawab pula.
Kisah 7: Lecturer hendsome
Seri: Minggu depan mungkin pensyarah saya datang. Buat perangai elok-elok.
Murid 5: Pensyarah cikgu tu mesti dah tua.
Murid 6: Takutnya saya cikgu.
Seri: Aik, Budak ni! Patutnya Seri yang takut
* Tapi lecturer yang observe tu muda lagi umur 28 tahun. Belum kahwin lagi. Andainya murid 5 tak tepat. Pada mulanya Seri tak kenal pensyarah tu sebab dia dari jabatan matematik.
Kisah 8: Seri yang cool
Murid 6: Cikgu saya tersalah potong kain.
Seri: Kenapa kamu potong bahagian yang berlipat ni. Dah pergi ambil kain lain. Gunting yang baru.
Murid 7: Lain kali tanya cikgu dulu baru gunting. Ni memandai je...bla..bla...bla
Murid 7 tolong Seri marahkan murid 6. Seri tengok je gelagat mereka. Murid 6 macam redha je kena marah. Seri malas nak marah-marah, bukan kain tu boleh bercantum balik pun. Cukup sekadar nasihat. Orang kata marah tandanya sayang. Kalau Seri tak marah tanda tak sayang ke?
Kisah 9: Dari kerana mata
Masa taklimat LM ada seorang guru pesan jangan tenung murid kalau tak yakin.
Seri pernah cuba. Ada seorang murid ni terlupa bawa buku teks. Dah 2-3 kali juga di tak bawa. Lepas tu pandang Seri macam Seri pula yang bersalah. Seri tenung dia. (macam main lawan mata) Dan... Seri menang, murid tu tundukkan pandangannya. Sekadar isyarat dia yang bersalah.
Kisah 10: Rotan
Penggunaan rotan tidak dibenarkan digunakan di sekolah. Tambahan guru pelatih macam Seri. Tak tak bermakna tak boleh bawa. Fungsinya telah bertukar bukan lagi untuk merotan murid. Ada sekali tu Seri jalan ke belakang kelas, rotan Seri tinggalkan di depan. Ada pula seorang murid ni dok merotan kawannya guna rotan Seri. Bukan main seronok lagi mereka bergurau senda. Lepas kejadian tu Seri tak bawa rotan ke kelas. Nanti kalau apa-apa Seri dipersalahkan. Tak pasal-pasal kena mengulang LM.
Kisah 11: posting
Hari terakhir Seri di sekolah
Murid 10: Cikgu nanti lepas habis belajar minta pindah kat sekolah ni.
Terharu pula Seri rasa.
Kisah 12: Add math
Kami guru-guru pelatih kena jadi mentor murid tingkatan 5 untuk subjek add math. Kak Nurul dan Zawawi DPLI tapi masa degree mereka berdua ambil engineering (ada juga belajar calculus, statistik masa di U), Akmar memang pendidikan matematik. Seri pula pendidikan KH. KH dan add math. Jauh beza tu. Kali terakhir belajar math masa matrik. Dah berkarat bab-bab math ni. Memang kena juga belajar balik add math.
Banyak lagi kisah-kisah Seri sepanjang menjalani latihan mengajar. Yang baik dijadikan pengajaran yang kurang enak patut disangkut di pintu pagar sekolah. Yang pasti kisah-kisah di atas ni memang Seri tak boleh lupa. Suka, duka, asam garam kehidupan.
p/s: Nantikan kehadiranku........... sekolah menengah......apa ya
Have a nice day Seri. 01 JUN 2009 Seri tak seceria seperti semalam mahupun kelmarin bukan disebabkan hari ini 'terpaksa bekerja' tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran sehingga menjadi gundah gulana. Risau yang amat sangat. Hari ni keputusan peperiksaan keluar. Internet pula buat hal. Malam tadi OK je. Macam mana nak tengok result ni.
Tiba-tiba si nud mencelah. Nud: Seri kol dapat 3.**. Tak pun lebih sikit. Seri: Penipu la ko. Sem ni aku rasa jatuh. Nud: Kalau betul ko nak bagi apa? Seri: Ok aku belanja nasi. Nasi putih. Seri benar-benar tak yakin waktu tu.
Nasi putih
Masa rehat tengah hari. Seri beli nasi bungkus dan air jagung. Punya la kalut sampai nak check result sampai plastik air jagung yang nak disangkut di tingkap terjatuh ke bawah. Hanya mampu tengok plastik air yang pecah dan air membasa hi lantai. Jatuh dari tingkat 3. Bertambah hampa internet masih tak ok. huhu
Air jagung
Masa kerja Crys tawarkan Seri dan kawan-ka wan tengok result guna broadband dia. Kami tak tahu pula dia ada broadband sebab kat sini ada internet free. Walaupun internet ni kejap-kejap ok kejap-kejap k.o. tapi masih 'terkawal'. Dapat juga tengok cerita korea yang panjang menjela di youtuba. Tak pun melayan ym hampir setiap malam.
Memanjat Syukur pada yang ESA. Result kali ni yang paling tinggi sepanjang Seri di sini. Alhamdulillah DIA yang menentukan segala-galanya. Terima kasih kepadafamili Seri, kawan-kawan yang menyokong, lecturer dan sesiapa sahajayang terlibat dalam hidup Seri. Bukan semua sebjek dapat A tapi berbaloi la usaha dengan subjek yang banyak, siap boleh ponteng, kerja buat last minute. Lepas ni tak boleh buat macam ni. Dua sem seterusnya ada PSM.
Keputusan peperiksaan semester 6 (click gambar untuk besarkan)
Kalau nak tahu pointer Seri kira sendiri. hehe
Teringat kata-kata Kak Ma masa Seri kurang puas hati masa tahu keputusan KPDP. "Buka buku, tido. Buka buku, tido. Ada hati nak dapat A" Adoi terkena Seri. Sepatutnya Seri bersyukur. Yang lain jangan kecik hati. Kamu semua banyak membantu Seri. GOOD LUCK rakan-rakan untuk sem depan.... =)
p/s: Nud nasi putih kat mana yang sedap. Lauk bayar sendiri.