Pages

Friday, June 05, 2009

BELAJAR DARI PENGALAMAN

Ku susuri jalan itu


Kisah 1: Murid yang bijak

Selesai menukar baju kami (guru pelatih) mengambil peralatan untuk meneruskan kerja-kerja mengecat mural.

Akmar: Tiner dah habis, tinggal botol kosong je.

Seri: Siapa pula yang ambil?

Kak Nurul: Ni mesti kerja budak-budak ni. Pagi tadi cat line kuning kat tepi longkang. (sekolah masuk pertandingan sekolah selamat) Guna tiner kita buat basuh tangan.

Zawawi: Dah disuruh cat tapi tak bagi tiner kat budak-budak tu.

Akmar: Pandainya budak-budak ni cari tiner. Habis tiner kita mereka bedal.


Kisah 2: PPD observe.

Dalam bilik mesyarat. Taklimat dengan beberapa orang PPD

PPD:.......bla....bla.....bla..... Saya nak tengok cikgu-cikgu mengajar.

GPK: Sekolah ni ada menerima guru pelatih. Tengok mereka mengajar.

PPD: Siapa guru pelatih tu.

Seri dan Akmar mengangkat tangan. (masa ni Kak Nurul dan Zawawi belum datang lagi di sekolah ni)

Bayangkan kena mengajar dalam bilik mesyuarat tanpa sebarang persediaan, depan PPD dan guru-guru termasuk GPK (pengetua tiada pada masa ni) Lecturer dan guru pembimbing pun belum observe lagi.

* Pengalaman yang amat berharga. Komen yang amat berguna bagi kami guru-guru pelatih. Terima kasih daun keladi mana tahu lain kali kita bertemu kembali.


Kisah 3: Cikgu penipu

Sehari sebelum cuti sempena Hari Raya Aidilfitri

Seri: Selamat bercuti, hati-hati semua

Murid A: Cikgu nak duit raya

Seri: Raya nanti datang rumah tapi duit raya tu tak ada. Cikgu mana ada gaji lagi.

Murid A: Cikgu tipu, kakak saya macam cikgu juga dia dapat duit.

Seri: Cikgu belum kerja lagi. Tak ada elaun pun, guna duit PTPTN dan mak ayah lagi. Murid A: Cikgu tipu....

Seri: Cikgu tak tipu......... (kataku dalam hati, melihat murid A berlalu meninggalkan aku)

* Seri bukan tajaan KPM, bukan pelajar IPGM, mahupun KPLI atau DPLI dan sewaktu dengannya. Tiada elaun sepanjang menjalani latihan mengajar. Namun amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Nanti di akhirat macam mana nak jawabkan. Seri tak tipu dan bukan penipu.


Kisah 4: Si kembar

Tamat amali masak. Budak-budak ni masak mi goreng. Seri hanya terangkan, mereka buat sendiri. Bukan main seronok lagi budak-budak ni. Lepas masak makan sama-sama.

Seri: Mana yang tak habis tu bungkus bawa balik. Dah nak balik ni. Ana, Ina (si kembar) bungkus sekali la. Duduk satu rumah pun.

Ana: Tak pe cikgu saya....... alasan tak mahu bungkus sekali mi dengan kembarnya.

Ina: A’ah cikgu............sama juga bagi alasan supaya Seri bagi plastik lagi satu.

* Ina dan Ana ni kembar seiras. Memang susah nak bezakan. Yang Seri perasan mereka ada geng masing-masing. Kalau masih tak dapat beza tengok kawan yang kat sebelah tu.


Kisah 5: Meehun sup

Kali ni Seri dan rakan-rakan ditugas guide murid-murid lelaki masak. Cikgu kh mereka minta tolong kami. Menu mi goreng atau meehun goreng.

Seri: Apa yang dalam botol kamu pegang tu?

Murid 3: Stok ayam. Mak saya dah buat kat rumah.

Seri: Buat apa stok ayam? Kita masak mi goreng, bukan nasi ayam.

Murid 3: Saya nak buat mi sup cikgu.

Ser: Err.......

Kak Mai: Tak pe, tadi budak-budak tu dah cakap dengan akak nak buat mi sup

* Lari tema la pulak.


Kisah 6: Rokok

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai

Murid 4: Sorang je cikgu?

Seri: A’ah. Kamu ramai-ramai ni nak pergi mana?

Murid: Jalan-jalan.

Seri berborak dengan budak-budak ni sampai tak terasa perjalanan yang jauh. Kalau pergi kedai dari kuartes guru berpeluh juga la.

Bukan Seri tak perasan salah seorang dari mereka pegang rokok yang berasap. Tapi depan Seri memang budak tu tak sedut. Rugi juga rokok tu habis tanpa dihisap. Tapi lagi rugi duit yang hangus. Agaknya apa nasihat paling sesuai untuk budak tu? Merokok membahayakan kesihatan atau membazir kamu beli rokok ni?emm... atau kamu tahu tak merokok boleh menyebabkan mati pucuk. Kalau ditanya mati pucuk tu apa nak jawab pula.


Kisah 7: Lecturer hendsome

Seri: Minggu depan mungkin pensyarah saya datang. Buat perangai elok-elok.

Murid 5: Pensyarah cikgu tu mesti dah tua.

Murid 6: Takutnya saya cikgu.

Seri: Aik, Budak ni! Patutnya Seri yang takut

* Tapi lecturer yang observe tu muda lagi umur 28 tahun. Belum kahwin lagi. Andainya murid 5 tak tepat. Pada mulanya Seri tak kenal pensyarah tu sebab dia dari jabatan matematik.


Kisah 8: Seri yang cool

Murid 6: Cikgu saya tersalah potong kain.

Seri: Kenapa kamu potong bahagian yang berlipat ni. Dah pergi ambil kain lain. Gunting yang baru.

Murid 7: Lain kali tanya cikgu dulu baru gunting. Ni memandai je...bla..bla...bla

Murid 7 tolong Seri marahkan murid 6. Seri tengok je gelagat mereka. Murid 6 macam redha je kena marah. Seri malas nak marah-marah, bukan kain tu boleh bercantum balik pun. Cukup sekadar nasihat. Orang kata marah tandanya sayang. Kalau Seri tak marah tanda tak sayang ke?


Kisah 9: Dari kerana mata

Masa taklimat LM ada seorang guru pesan jangan tenung murid kalau tak yakin.

Seri pernah cuba. Ada seorang murid ni terlupa bawa buku teks. Dah 2-3 kali juga di tak bawa. Lepas tu pandang Seri macam Seri pula yang bersalah. Seri tenung dia. (macam main lawan mata) Dan... Seri menang, murid tu tundukkan pandangannya. Sekadar isyarat dia yang bersalah.


Kisah 10: Rotan

Penggunaan rotan tidak dibenarkan digunakan di sekolah. Tambahan guru pelatih macam Seri. Tak tak bermakna tak boleh bawa. Fungsinya telah bertukar bukan lagi untuk merotan murid. Ada sekali tu Seri jalan ke belakang kelas, rotan Seri tinggalkan di depan. Ada pula seorang murid ni dok merotan kawannya guna rotan Seri. Bukan main seronok lagi mereka bergurau senda. Lepas kejadian tu Seri tak bawa rotan ke kelas. Nanti kalau apa-apa Seri dipersalahkan. Tak pasal-pasal kena mengulang LM.


Kisah 11: posting

Hari terakhir Seri di sekolah

Murid 10: Cikgu nanti lepas habis belajar minta pindah kat sekolah ni.

Terharu pula Seri rasa.


Kisah 12: Add math

Kami guru-guru pelatih kena jadi mentor murid tingkatan 5 untuk subjek add math. Kak Nurul dan Zawawi DPLI tapi masa degree mereka berdua ambil engineering (ada juga belajar calculus, statistik masa di U), Akmar memang pendidikan matematik. Seri pula pendidikan KH. KH dan add math. Jauh beza tu. Kali terakhir belajar math masa matrik. Dah berkarat bab-bab math ni. Memang kena juga belajar balik add math.


Banyak lagi kisah-kisah Seri sepanjang menjalani latihan mengajar. Yang baik dijadikan pengajaran yang kurang enak patut disangkut di pintu pagar sekolah. Yang pasti kisah-kisah di atas ni memang Seri tak boleh lupa. Suka, duka, asam garam kehidupan.



p/s: Nantikan kehadiranku........... sekolah menengah......apa ya

3 comments:

Jalak Lenteng said...

Menjadi guru..amat mencabar....memang x semudah yg disangka..arap cikgu dapat mehadapi rintangan tersebut dgn berjaya...

acha said...

cikgu ke nih? huhuhu.. demi menjawab pertanyaan seri, ya, malaysia satu2nya yang berjaya menentang komunis dengan jayanya... negara2 len ada yang berjaya, tetapi bil. yang mati ramai, tetapi malaysia berjaya kurung mereka dengan taktik yang betul.

Cik Seri said...

to jalak lenteng:
tq. moga jalak pun dapat hadapi rintangan sebagai guru dengan jayanya.

to acha:
tq untuk jawapan tu
tiada tempat kamu di sini chin peng
jadikan chin peng sebagai person non grata di tanah Malaysia ni.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator