Pages

Friday, June 05, 2009

IKATAN TALI LEHER

Tali leher merupakan pakaian orang barat pada asalnya. Dahulu ia hanya dipakai oleh golongan tertentu saja khusnya orang-orang barat. Namun kini keadaannya telah berbeza. Sejak dari sekolah rendah lagi pemakaian tali leher telah dipraktikkan khususnya bagi golongan lelaki. Nampak lebih kemas.

Sebenarnya banyak cara mengikat tali leher ni. Jom belajar mengikat tie. * click gambar untuk besarkan gambar


Small knott (ikatan yang paling mudah ada 6 step saja)



Four in hand (kalau nak ikat macam ni pun boleh, masih 6 step)



Prince Albert



Cross knott



Half windsor (yang ni nampak rumit sikit)



Windsor (sampai 9 step baru siap)



Seri tak reti nak ikat tie ni. Kalau nak ikat yang colour merah (lupa nama yang kat leher Seri tu) tahu la. Baru Seri tahu sama saja macam nak ikat tie. Sebijik macam ikatan small knott cuma yang bahagian hujung diselitkan supaya tak nampak. Sekali dua boleh minta tolong kawan ikatkan. Tapi memikirkan kena pakai benda tu untuk beberapa sem memang ambil tindakan drastik belajar. Mula-mula tak kemas juga, lama-lama tu boleh la. Sem depan kena sarung lagi uniform ni lagi.



Nampak lebih kemas dan comel murid-murid Seri ni dengan tambahan tie. Tapi kalau diikat terlalu pendek nampak lagi buruk. Patutnya hujung tie mencecah tali pinggang baru smart. Tidak terlalu panjang atau pendek.


p/s: Kalau nak senang beli tie yang ada getah. Jimat masa, kemas pun ya.

1 comments:

hasan uddin said...

Camne nak ikat tali leher sekolah rendah.....?

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator