Pages

Saturday, June 06, 2009

SOCIAL ENGINEER mengajar bakal ENGINEER

SENYAP... peperiksaan sedang dijalankan.
Kalau dalam dewan peperiksaan pensel jatuh satu dewan boleh dengar.
Tapi situasi ini amat berbeza jika peperiksaan engineering drawing/ lukisan kejuruteraan sedang dijalankan. Bukan setakat pensel jatuh kalau drawing board jatuh tiada siapa yang peduli dan marah. Situasinya memang begitu. Agak pelik pula kalau senyap saja dewan tu.


Mari mengenali engineering drawing


Kelengkapan asas belajar engineering drawing



Kelengkapan lain:
jangka lukis
set square
t square
pensel
pemadam


Memang kena keluar duit sikit belajar engineering drawing ni terutama budak-budak sekolah teknik. Semua kena dibeli sendiri. Kalau sekolah harian biasa peralatan ni memang dibekalkan di sekolah. UNTUK KEGUNAAN DALAM KELAS SAHAJA, TAK BOLEH BAWA BALIK. Sebenarnya sekolah teknik ada juga dibekalkan dengan perlatan tersebut tapi tak cukup memandangkan majori muridnya ambil subjek ni.


Sapu tangan/tuala muka


Jangan lupa bawa sapu tangan/ tuala muka. Digunakan untuk mengelap habuk karbon yang ada di pembaris dan lukisan dan membuag sisa pemadam pada lukisan yang ditinggalkan selepas memadam. Habuk karbon muncul apabila anda guna mata pensel diseret pada pembaris. Hasilnya kertas lukisan tidak comot. Markah akan ditolak sekiranya kertas lukisan kotor/comot.



Basic knowledge


Engineering drawing mampu mengukur daya imaginasi seseorang. Ramai orang kata lelaki lebih terror dari perempuan untuk subjek ni. Seri masih meragukannya. Hanya kerana lelaki punya pemikiran yang 'nakal' dan sering berimaginasi maka dikaitkan dengan subjek ni. Memang tidak nafikan pelajar lelaki lebih menguasai subjek ni sebab.... sekolah teknik memang lebih ramai pelajar lelaki.


Orthographic projection


Tips dari Seri:
  • Untuk hasil yang lebih baik sambil membuat garisan pusingkan pensel tersebut. Ketebalan garisan menjadi sekata.
  • Banyakkan latihan terutama kepada mereka yang kurang menguasai subjek ni. Pengorbanan masa memang menjadi tuntutan. Kadang kala mengambil masa lebih 1/2 jam hanya untuk menyiapkan 1 soalan.
  • Tak perlu tenung soalan/ lukisan jika rasa anda tak mampu selesaikannya setelah berusaha sehari semalam. Adalah lebih baik bertanya pada kawan, guru.
  • Pastikan anda memahami konsep dan term dalam engineering drawing. Macam belajar matematik juga mesti ingat formula atau sejarah menghafal keypoint saja sudah cukup jika anda benar-benar faham.


Lukisan kejuruteraan berbantu komputer (AUTOCAD)


Selain menggunakan tangan dan segala macam peralatan terdapat juga alternatif menggunakan komputer. Lazimnya menggunakan program AUTOCAD. Memang menarik belajar AUTOCAD siap boleh warnakan objek, letak light effect, pusingkan objek 365 darjah dan lain-lain lagi. Dari objek 2D atau 3D boleh dapatkan lukisan ortografik, oblik, perspektif objek tersebut. Memudahkan kerja dan jimat masa.

5 comments:

zatiMJ said...

hi seri! amek engineering ker? wah best lukis2 nie tp zati tak pndai lukis pon. hee. salam kenal.

Cik Seri said...

hi zatiMJ. Seri bukan bdk engineering. ambil pendidikan. engineering drawing dan lukisan lain. Kalau bab-bab melukis ni Seri pun tak pandai. Lukis orang lidi boleh la. hehe

MycadNik said...

Perkhidmatan Melukis 2D & 3D menggunakan AUTOCAD, CATIA V5, SOLIDWORKS, AUTODESK INVENTOR

Lukisan yang siap akan di e-mail melalui format .(Dwg,CATpart,ipt) cepat dan mudah berurusan melalui e-mail sahaja.

Kami juga menyediakan plan untuk Renovation Rumah dan tawaran istimewa kepada anda. Kawasan kami sediakan di shah alam, puchong, Petaling jaya dan sekitar lembah klang. Bagi luar kawasan, kami juga menyediakan perkhidmatan, akan tetapi menerusi email dan hubungi telefon sahaja.

Kepada syarikat @ individu dan pelajar universiti yang berminat mendapatkan perkhidmatan sila hantarkan ke e-mail berikut:-

Email : mycadcae@yahoo.com
mycadcaexs@gmail.com
Skype :
ID YM : mycadcae
Blog : http://myblognikwell.blogspot.com
Twitter : http://twitter.com/mycadnik_forum

Caj perkhidmatan boleh dirundingkan.

Nazhiif Nazmie said...
This comment has been removed by the author.
Nazhiif Nazmie said...

Ada perkhidamatan untuk lukis 2d and 3d menggunakan tangan?

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator