Pages

Thursday, December 16, 2010

TAK SEMPURNA ITU INDAH

Salam semua.....


Banyak juga urusan nak pindah rumah. Bukan setakat bawa kain baju. Seri tak 'cuci kaki masuk rumah'. Cuci kaki: tradisi lama yang semakin dilupakan setiap kali masuk rumah. Dulu-dulu tepi tangga ada tempayan berisi air yang digunakan untuk basuh kaki setiap kali masuk rumah. Kat rumah baru Seri tak buat. Nanti marah orang bawah tangga basah. Maklum saja tinggal di rumah flat. Tapi bukan 'cuci kaki' yang itu Seri maksudkan. Alah 'cuci kaki'. Mana mana ek nak terangkan. Ermm, begini. Contohnya, seorang lelaki yang telah sediakan rumah dan segala kelengkapan isi rumah. Bila dia berkahwin isterinya hanya 'cuci kaki' masuk rumah. Begitu juga sebaliknya.


Seri tenyeh lantai/ dinding dulu sebelum masuk rumah. Tak sampai 2 minggu pun pindah. Jadinya janganlah harap rumah 'baru' Seri seperti baru mendapat sentuhan 'penghias dalaman'. Piramid di Mesir pun tak mampu disiapkan dalam tempoh sehari. Nak kuruskan badan pun tak cukup dengan satu sesi senaman. Semuanya perlukan masa.


Klik sini untuk melihat keadaan rumah sebelum dibersihkan.


Pabila tak sempurna itu indah.


Botol berisi air untuk mengelakkan air menitik. Sesendal dah haus.



Langsir rumah tak ada. Hanya gunakan surat khabar.



Tak ada tikar getah, karpen. Hanya gunakan selipar. (seperti selipar jamban kerana harganya lebih murah berbanding selipar cute dalam rumah)



selipar cute dalam rumah (sumber gambar)



Masa tinggal dalam kampus apa-apa masalah terus buat report. Sekarang kena lebih berdikari. Kena repair sendiri. Tahun depan kalau panjang umur kena bayar zakat fitrah sendiri. PTPTN kena mula bayar.

11 comments:

FaizalSulaiman said...

kemas dah rumah anak dara neh:) hehehehe..

rumah baru, jom wt kenduri:)

diba said...

btul2..kdng tu yg trbaik..bia pn kurang smpurna ckit kn..he;)

She is f.A.z.A said...

alaa x per seri.. slow2 okey..

p.s: kalau ader magic x pyh penat2 kan hehe

E.d.Y said...

kasi pelan2 kemas rumah tu...

Seri said...

Faizal Sulaiman->
belum cukup kemas lagi

diba->
kalau sempurna sangat tak seronok

She is f.A.z.A->
kalau ada doraemon pun ok gak

E.d.Y->
sekarang cuti patutnya boleh habiskan kemas. bila dah mula kerja nanti sibuk pula

Un Phat Lee said...

takpe2.lame2 nanti lu upgrade lah benda tu semua.letak ps3...HDTV 42 inci. dan .... ehe

mR.sYaH said...

klu nak cantik lgi pggl eric leong.. hehe..

xtahulah rumah sewa saya mcm mana plak..

E.d.Y said...

hehe...xpe..cuti lama lg..haha

Seri said...

Un Phat Lee->
wah. tinggi citarasa. boleh kopak duit

mR.sYaH->
panggil eric leong pun dah beribu. belum beli barang lagi

E.d.Y->
cuti dah nak habis la

MSOM said...

Selamat berpindah ke rumah baru.
Dan selamat berdeco-deco selepas ini.

Seri said...

okay. setakat ni semuanya selamat

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator