Pages

Monday, December 13, 2010

LELAKI ITU

Salam semua.....


sabun ketul


Dulu hanya guna sabun ketul sahaja dari rambut sampai ke kaki. Kini tidak lagi. Sejak berhijrah ke kota raya dia benar-benar telah berubah. Adakah dia lelaki metroseksual?


Bagi Seri dia cukup menjaga dirinya. Sangat peka.

(1) Syampu siap dengan perapi.

(2) Tak lagi sikit dengan jari. Mesti guna sikat dan minyak rambut.

(3) Pakai bedak berubat nak elak panau kat badan.

(4) Muka tak sempat nak berminyak terus dinyahkan dengan pencuci muka.

(5) Lepas mandi conform Seri jadi pening. Wangi sangat.

(6) Selalu tanya pelbagai tips penjagaan diri (puas juga Seri nak menjawabnya)



Warna pink pilihan dia.



Siap pakai clean and clear oil control.



Dia letak semua barang penjagaan diri dalam satu beg khas. Setiap kali balik rumah mesti bawa beg tu sekali. Mak kata "Kalah anak dara".


Apa sudah jadi dengan adik aku?

Tapi bila dia cerita tentang awek Seri jadi lega. Straight lagi adik aku.


Yang bestnya adik lelaki Seri boleh diajak shopping. Pandai pilih baju perempuan. Boleh nak minta pendapat dia. Setakat ni pilihannya tak mengecewakan. Cuma Seri sahaja ragu-ragu nak beli dan pakai.


Dia tengah bengang dengan kawan-kawan yang ajak pergi Pizza Hut lepas kerja. Kalau ikut dia nak balik mandi dan tukar baju dulu.


Apa tu lelaki metroseksual? Kalau cari jawapan memang belambak boleh dapat kat Google. Tapi kalau ikut pandangan sendiri bagaimana pula.

9 comments:

nabilah_2908 said...

yupp...adik seri tu golongn lelaki metroseksual...senagkatan la mcm sorang pelakon ni Iqram Dinzly..

mmg patern lelaki zaman sekarang...mereka dah mula pandai jaga diri...tp tk bermaka mereka songsang... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN BAKAR

MR. SYAH said...

lelaki metroseksual ni bukan lelaki homoseksual..
diaorg ni pandai menjaga penampilan diri..

sayangnya saya xtergolong dlm kalangan metroseksual ini..

pakai yg ado jer.. heheh...

Seri said...

nabilah_2908->
risau gak tengok adik macam tu takut dia tak normal. tapi tu dulu masa dia mula2 berubah

mR.sYaH->
janji kemas dan bersih itu dah cukup bagi seorang lelaki. tak payah jadi lelaki metroseksual, banyak guna duit

Unknown said...

skrg semua lelaki dah pandai bergaya..dtg KL je kompem berubah imej tu..huhu

Seri said...

terpengaruh la tu. berubah ke arah kebaikan tak pe. jangan buat benda yang bukan2 sudah

Unknown said...

kadang2 kene tgk2 jugak..kang terpesong lg susah

azzam said...

almk,betul kee ? nk ckp tergolong pon cam yer,hurmm...jap2,ciri2 nie mmg metroseksual ea ?hahahah.bukn skadar nk jage kbersihn diri dan ksihatn kaaaa????:P
nice entry....like99!!!!:)

Seri said...

E.d.Y->
tu la. dah besar2 pun kena pantau

Azam Fadli->
lelaki metroseksual semua dia nak jaga. hehe

Anonymous said...

xpe. nmpk kemas ckit adik tu. :D

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator