Nak update blog tapi cari punya cari tak jumpa pula. (abaikan kesalahan tatabahasa di situ) Seri cari buku catatan. Ala, buku rampaian warna coklat. Buku tulis masa kita sekolah dulu. Ada nampak tak?
Selalunya Seri buat draf entri dulu dalam buku. Kalau ada idea untuk blog terus tulis dalam buku. Tapi buku tu tak pula Seri khususkan untuk blog. Aktiviti conteng menconteng pun masuk sekali.
Tak ada buku tak update la jawabnya. Hanya gambar buat tatapan tetamu blog yang singgah. Sambil tengok gambar jemputlah minum air. Maaf, air bujang je. Maklumlah orang baru pindah.
Sekadar gambar hiasan air bujang. (sumber)
Sekitar rumah baru Seri. (padahal rumah kerajaan)
Gambar diambil pada 3 Disember.
Semalam angkut barang. Kira terus pindah. Puas juga nak angkat naik tingkat 3. Silap hari bulan boleh jatuh sistem peranakan angkat barang berat-berat. (ayat hiperbola semata). Teknik mengangkat barang dengan betul pun tak diaplikasi.
Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ingat senang nak cari rumah sewa kurang dari 5 hari. Puas kerani sekolah telefon sekolah lain menanyakan kuartess guru. Ada juga cuba cari rumah taman perumahan. Sewanya, RM350 sebulan. Nak masuk bayar deposit 3 bulan sewa, api, air mahu cecah seribu. Mana mahu cari, kami cikgu baru. Terima kasih pada yang membantu. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.
* Watermark pada gambar pun tak sempat nak letak
11 comments:
quit big gak umah tu seri..
lps cuci2 sure nmapk cantik..
p/s:selamat berpindah tmpat baru cikgu :)
terima kasih Faza. asalkan ada tempat berteduh. bayar pun tak semahal rumah sewa, dekat dengan tempat kerja. kalau ada apa2 yang nak repair kena guna duit sendiri
meza.. sewa sorg2 ke ngn kawan2?
waaa cikgu da duduk uma baru!!!
Iera Insyirah->
tinggal dengan mak dan adik
FaizalSulaiman->
baru pindah. rumahnya dah lama
mesti penatkan pindah rumah baru...
memang penat. naik tingkat tiga pula tu. tapi bila ramai yang menolong kerja jadi ringan
selamat berada di rumah baru cikgu.. :)
sy bygkan keadaan nak mencuci rmh tu..mesti letih kn? fuuhh..gud luck! (^^,)
banyk gak kerja yg perlu di lakukakn..hujung minggu ni sure letih mengemas jer kan... :)
so..selamat mengemas..nnti dh siap kemas..snap2 gambar tau...hehe.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BROKEN RELATIONSHIPS
Muhamad Zaki Zafir->
terima kasih
Yana MIB->
letih juga. mujur adik2 tolong
nabilah_2908->
dah punggah barang. tapi susun atur barang masih tak kemas. Insya-Allah nanti Seri snap gambar
Post a Comment