Pages

Wednesday, September 01, 2010

BISKUT RAYA

Salam semua.....


(bermonolog) Mak pesan tak elok cakap sorang-sorang. Jadi Seri taip apa yang Seri rasa.


Macam mana nak buat kuih raya kalau oven rosak?

Memang tak ada harapan nampaknya tahun ni nak main tepung. Bila Seri usulkan kat mak beli oven baru, mak kata tak perlu. Mak suruh simpan duit gaji masa Seri jadi guru ganti.


Masa ni Seri dah membayangkan yang balang kuih raya atas meja berisi

(1) rempeyek

(2) kuih siput

(3) muruku

(4) kuih kapit/ sepit

(5) kuih goyang/ ros

(6) kacang botak

Ala kuih-kuih bergoreng yang tak perlu guna oven. Tak ada kek coklat, tak ada kek cawan tapi diganti dengan kek kukus.


Tapi manusia hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Kadang-kadang ada perkara yang datang tak di sangka-sangka. Seri tahu mak nak sangat buat kuih raya. (^_^)


Terima kasih makcik Nora kasi kami pinjam oven. Semoga murah rezeki cik Nora. Mulanya berat juga nak terima. Takut menyusahkan pula. Banyak sudah berbudi. Tapi bila mak fikir-fikir balik..... mak terima. Mak, nanti baju cik Nora dan anaknya mak kasi diskaun tau. Orang berbudi kita berbahasa. Hehe...


Tahun lepas Seri memang kecewa. Balik rumah tengok kuih raya dah siap tersusun. Mak buat kuih raya tak tunggu Seri balik pun. Sedih... sob, sob. Tapi memang patut pun mak tak tunggu Seri. 3 hari nak raya baru balik rumah. Bukan tak nak balik awal tapi mana boleh balik sesuka hati. Habis mid-term exam baru boleh balik. 3 hari mana nak sempat. Mesti sekarang student yang kat ipt/ poli/ asrama tengah menghitung hari nak balik rumah. Murid tahun 6 cikgu nak pesan jangan beria-ria sangat beraya. Lepas cuti raya terus UPSR.


Kalau kat rumah mak yang jadi master chef. Seri ni belajar je masak kat UTM dengan pensyarah yang ada pangkat DR tapi mana boleh lawan air tangan mak. Mak belajar dengan CHEF WAN. Rajin tengok tv, baca majalah, belajar dari kawan-kawan, dulu masa bakat. (kemahiran mana boleh dipelajari dengan membaca tapi perlu mencuba, setakat baca mana boleh pandai) Lagi pun masa kat UTM Seri belajar yang asas sahaja. Persediaan nak jadi guru KH bukannya CHEF.


Bukan susah pun nak buat biskut raya.


Gentel bulat-buat.



Susun atas dulang. Tekan guna garfu.



Letak cip coklat dan sapu kuning telur atas biskut. Bakar sehingga kuning keemasan.



Angkat, biarkan sejuk dan susun dalam bekas.


* Gamabar semasa mengadun doh tak ada. Agak sukar nak tangkap gambar bila dua-dua belah tangan bertepung.


Semalam kami buat kuih tat gulung dan almond london. Gambarnya ada kat blog Seri yang lagi satu. (Blog bergambar)



p/s: Sekarang Seri membayangkan oven yang bila kuih/ kek dah masak dia bunyi ting, bukannya iphone, blackberry atau laptop yang canggih-canggih tu.

3 comments:

diba said...

wah..nak stu balang ley TAAK?/hee nmpk sedap pose2 ni;)

ajim said...

rasa cam nk buat biskut gak la.tp aku pandai mkn je.apakn daya...

Seri said...

diba->
boleh tapi kena ambil sendiri. hehe

ajim->
tak cuba lagi mana nak tahu

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator