Bendera ini walau tiada nyawa, ia punya maruah. Walau pudar warnanya, walau carik tubuhnya ia tetap panji sebuah tanah berdaulat. Biarlah mereka mencacinya. Jangan kita tidak menghargainya.
Petikan ini Seri ambil dari FB seorang rakan.
* Bendera itu tidak bernyawa, tidak mampu menjaga dirinya sendiri. Mesti ada yang melindunginya agar dirinya terus terpelihara kesucinya.
Siapa yang perlu menjaganya?
Pastinya rakyat Malaysia.
Bendera itu ada maruah. Rakyat Malaysia yang perlu memastikan maruahnya tidak diperkosa oleh manusia durjana. Tetapi sedih juga bila mengenangkan maruah sendiri tidak mampu dijaga. Inikan pula maruah sebuah (Seri tak tahu penjodoh bilangan yang sesuai bagi bendera) bendera yang tak bernyawa. Nyawa manusia bagaikan tidak berharga dibuang begitu sahaja. Dalam longkang, tepi jalan, dalam lubang tandas, dibakar. Apatah lagi nilai bagi sebuah bendera yang sememangnya tidak bernyawa.
* Bendera itu panji sebuah negara.
Dalam peperangan panji menjadi tanda kemenangan atau kekalahan dalam peperangan. Panji akan dibawa ke medan perang. Pemegang panji akan berada di barisan utama (bahagian hadapan). Pemegang panji menanggung risiko berbanding tentera yang lain kerana panji menjadi sasaran utama musuh.
Sebuah kisah dari perang Mu’tah (sumber)
Dalam perang Mu’tah panji umat Islam dipegang oleh Jaafar bin Abi Talib. Dia terus bertahan dengan kudratnya semakin lemah akibat kecederaan dari serangan musuh. Dipegang panji menggunakan tangan kanannya. Apabila tangan kanannya dipotong musuh. Kemudian dia memegang dengan tangan kirinya. Dan apabila tangan kirinya turut dipotong musuh. Dia kemudiannya merapatkan panji ke dadanya dan menggunakan sedikit lengan yang ada untuk masih mengibarkan panji tersebut. Melihat keadaan itu, musih terus membunuhnya. Badan Jaafar ditetak hingga terbelah dua. Panji yang dipegang terlepas dari dakapannya.
Sahabat yang melihat kejadian itu terus membunuh musuh tersebut, manakala yang lain berebut-rebut untuk menyambut panji yang terlepas dari dapakan sahabat yang syahid tadi.
Bayangkan.......
Inilah syiar kemenangan. Takkan dibiarkan panji ini jatuh biarpun kedua-dua tangan dan kaki kami dipotong! Akan kami gunakan gigi mahupun leher kami sebaik mungkin untuk terus memastikan panji ini tegak berdiri.
.................Copy & paste terhenti di sini...........
Renung kembali. Cuba perhatikan di luar rumah. Ada benderakah yang tergantung. Cuba kira berapa banyak bendera yang ada sekitar kampung/ flat/ taman perumahan anda.
Orang dah bagi bendera percuma pula dibuang-buang. Sampai ada yang secara sedar atau tidak telah memijak bendera! Padahal dalam perang Mu’tah panji tidak dibiarkan jatuh ke bumi.
3 comments:
benar kata seri.bendera itu sebuah maruah yang tiada tolok bandingan..
btol gak, alangkan anak pun leh dibuang ini pulak bendera
haha
ketamadunan yang meruntuh, yg membangun cuma konkrit
sebagai rakyat Malaysia marilah kita kibarkan jalur gemilang. Bukan hanya sewaktu nak menyambut hari kemerdekaan saja
Post a Comment