Sekadar entry ringan di hujung minggu. Renung-renungkan......
Bagi Seri anak-anak murid adalah sama. Tak kiralah anak dato’, anak menteri, anak pegawai, anak ahli perniagaan, anak penjaja atau apa sahaja latar belakang keluarga mereka.
Walau mereka datang dari keluarga yang berpengaruh atau datang dari kalangan keluarga yang kurang bernasib baik, bahkan anak penagih, anak penjenayah atau tidak sah taraf pun mereka tetap sama di mata Seri.
Tidak seharusnya mereka ‘dihukum’ hanya kerana kesilapan yang dilakukan ibu bapa mereka. Tidak adil sekiranya mereka yang datang dari keluarga yang berpengaruh atau berada mendapat layanan istimewa.
“Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya” (Aristotle)
Mungkin ada yang muak dengan teori atau kata-kata ahli falsafah barat atau yunani yang terlalu diagung-agungkan. Renungkan pula ayat Al-Quran.
Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 13
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Tidakkah kamu lupa nenek moyang kita adalah sama iaitu dari Adam a.s. dan Hawa. Darah kita tetap sama merah warnanya. Mengapa dibezakan antara mereka.
Jangan menghukum seseorang hanya disebabkan kesalahan generasi terdahulu.
7 comments:
Kata2 Cikgu Seri itu benar belaka.
Tugas guru ialah memanusiakan manusia. Tak kira siapa mereka.
Kasihanilah mereka orang orang yang tidak bernasib baik..
Anjing Berbulu Panda
MAT SOM->
tapi adat manusia, ada yang masih nak pilih bulu. huhu
Miecyber->
Cukuplah dugaan dan ujian yang mereka harus terima. jangan ditambah lagi beban itu. semoga mereka terus tabah menghadapinya
Betul Seri, disisi Tuhan kita semua sama.... mungkin mereka lebih mulia dr kita,
T/kasih sudi ziarah blog akak... nnti dtg lagi, yer... I folo U..
sama2
Insyaallah, nanti Seri singgah lagi.... (^_^)
terima kasih akak sudi singgah
setuju sngt2.. darah sama merah rambut sama hitam. :)
Naz->
zaman sekarang rambut dah macam2 warna. haha
Post a Comment