Seri ada terbaca satu artikel dari sebuah majalah. Bagi Seri sangat menarik dan memberi pengajaran.
Tajuk artikel: Kisah Salman al-Farisi dan Abu Darda
Salman al-Farisi dan Abu Darda adalah sahabat kesayangan Nabi. Suatu hari, Salman meminta Abu Darda untuk berjumpa ayah seorang wanita dan meminang wanita tersebut bagi pihaknya. Sebaliknya Abu Darda pula ‘terkahwin’ dengan wanita itu atas desakan dan permintaan bersungguh-sunggug daripada ayah wanita tersebut. Abu Darda dengan rasa bersalah telah meninta maaf dari Salman. Salman menjawab dengan penuh iman, “Wahai Abu Darda, akulah yang seharusnya meminta maaf darimu kerana aku bercita-cita mengahwini wanita yang Allah telah pilih dan tetapkan di Luh Mahfuz lagi sebagai isterimu! Maafkanlah aku!”
________________________________________
* ulasan Seri
Subhanallah
Maknanya tiada istilah perampas, kahwin paksa, kahwin sebab kena tangkap basah atau terlanjur, kahwin lari atau membatalkan perkahwinan di saat akhir dan seumpanya dengannya yang kurang enak didengar kerana pasangan hidup telah ditentukan Allah sejak dari azali lagi. Semua itu hanya ‘alasan’ yang membawa kepada suatu ikatan perkahwinan atau tak jadinya perkahwinan yang telah dirancang.
Namun sebagai manusia kita perlu berusaha dan berdoa supaya mendapat jodoh yang diredhai Allah. Tak elok mempermainkan perasaan orang kalau tidak bersungguh-sungguh ke arah perkahwinan. Berdosa pula mencela sebuah perkahwinan, penceraian atau yang belum ketemu jodoh walau sudah lanjut usia kerana jodoh itu rahsia Allah.
Tak syok la pula kahwin disebabkan kena paksa, tangkap basah atau terlanjur, kahwin lari atau kahwin tanpa restu keluarga. Doakanlah yang baik-baik.
Ya Allah andai dia bukan jodohku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.
0 comments:
Post a Comment