Pages

Tuesday, June 28, 2011

PENUH KEJUTAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Hidup ni kadang-kala penuh dengan kejutan.


Panggilan jam 1.20 tengah hari.

Hello, Assalamualaikum cikgu. Saya baru dapat surat. Cikgu diminta menghadiri kursus 3 hari bersama dengan 5 orang pelajar kelab usahawan. Cikgu boleh balik sekarang. Bersiap, van sekolah akan ambil cikgu jam 3 petang ni.


Perbualan dengan rakan sekerja jam 2.30 petang. Lagi 10 minit sebelum balik.

Cikgu, ni ada surat pergi camping. Cikgu je la yang pergi. Saya dah carikan budak yang akan ikut sekali dengan cikgu. Esok cikgu siap-siap bawa beg sekali. Bertolak jam 8 pagi.


Lagi 15 minit kelas bermula.

Cikgu, ada orang PPD datang nak tengok (pencerapan) cikgu mengajar kejap lagi. Akak pun tak sangka PPD nak datang.


Berbual kosong sambil hias meja untuk majlis hari anugerah petang ni.

Petang ni cikgu je la yang layan VIP. Elok kalau anak dara yang layan.

Errrr........




Persiapan untuk majlis hari anugerah


Itu belum lagi kalau ada pihak atasan yang datang menantau. Pihak KPM, nazir, juruaudit.


* PPD- pejabat pendidikan daerah


p/s: Sampai di sini dulu entry kali ni. Seri nak bersiap dulu. 1.45 tengah hari kena pergi sekolah semula ada majlis anugerah. Tadi dapat pelepasan balik awal.

5 comments:

FaizalSulaiman said...

suka kalau anak dara saja yg layan.nampak kesopanannya:)

FasiHaH SupiaN said...

wahhh banyaknya tanggungjawab.........

Seri said...

FaizalSulaiman->
akhirnya suruh anak murid je yang layan. hehe

FasiHaH SupiaN->
tanggungjawab dan manusia kan tak dapat dipisahkan. hihi

Faza Aloha said...

hehe.. biase laa beb,dorang nk lepaskan tanggung jwb..mcm2 reason doarng bg..

anyway, gud for u.bleh tmbah experience sbg guru :))

Seri said...

yup. anggap tu peluang untuk timba ilmu tambah pengalaman tingkatkan kemampuan

fikir yang positif je

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator