Pages

Saturday, April 09, 2011

MEREKA BERBEZA

Salam semua......



Assalamualaikum.....




Buat Seri terpaku seketika…


1) Cikgu bagi anak saya lari. Kalau jadi apa-apa saya akan bertanggungjawab. -kaki anak dia cedera ni. Semasa kejohanan olahraga MSSD.


2) Setiap kali ada pertandingan mesti ada ibu bapa yang datang menonton sekali, memberi sokongan kepada anak mereka. Siap bawa buah tangan buat wakil sekolah yang lain. –biasanya minuman isotonik


3) Pada pendapat cikgu, bagaimanakah cara untuk meningkatkan prestasi sukan pelajar? –soalan salah seorang bapa semasa mesyuarat PIBG- Termenung Seri. Bukannya tanya ‘bagaimana nak tingkatkan prestasi akademik tapi SUKAN’


4) Tak boleh cikgu. Pelajar yang tak terlibat dengan sukan kena bagi sokongan kepada atlit sekolah. –pertandingan dilakukan semasa hari persekolahan. Pelajar yang tak terlibat dengan pertandingan belajar seperti biasa dalam kelas.


Lain betul pemikiran ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah sukan. Kalau dulu semasa Seri bertugas di sekolah harian biasa ada ibu bapa yang complain ‘katanya lepas PMR cikgu tak mengajar’


Bukannya kami tak mengajar. Tapi tumpuan kami lebih ke arah aktiviti yang memperkembangkan potensi individu dari segi emosi dan jasmani mereka dengan menganjurkan pertandingan sukan antara kelas misalnya. Dengan itu mereka belajar bagaimana menerima kekalahan, menghargai kemenangan, bekerjasama sebagai satu pasukan. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar mengawal emosi kerana kalau silap hari bulan ada pelajar yang bertumbuk disebabkan rasa tidak puas hati. Banyak juga carutan di padang. –gagal kawal emosi gamaknya-


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


p/s: Seri, guru akademik yang mengajar di sekolah sukan negeri.

10 comments:

Shukri Mohd Ali said...

hehehe.

selamat maju jaya, cikgu! ^^

Seri said...

terima kasih Shukri

Faizal Sulaiman said...

bersungguh cikgu seri kita!cahiyok chaiyok!!

Seri said...

yeah
semangat ni boleh turun naik
nak istiqomah bukan mudah

MR. SYAH said...

teruskan usaha cikgu.. walau apa2pun dugaaan teruskan dengan lebih bersemangat.. semoga berjaya..

Unknown said...

sukan 2 bes...hehe

bila cikgu citer pasal sukan sekolah ni indu plak kt sekola masa dulu2..

Seri said...

MR.SYAH->
guru sebagai pemudah cara. usaha yang selebihnya bergantung kepada pelajar. yang bulat tak datang bergolek, yang pilih yang datang melayang

azana->
azana ni kiranya minat sukan la ya. bagus...
bila badan sihat otak cergas
nak sihat badan kena jaga makan, jaga stamina. tapi bukan semua orang minat sukan ni

Lan Bingka said...

bagusnya diorang..

Seri said...

memang peminat dan penyokong bidang sukan

xhosysueckert said...

Best Casinos in Las Vegas, NV - MapYRO
Top Casinos in Las Vegas, NV · Top Casino 고양 출장샵 Hotels & Resorts · Best 의정부 출장샵 Gambling 여주 출장샵 Cities · Best Casinos and Bars in Las Vegas · 구미 출장마사지 Top Gambling Cities 청주 출장안마 in America

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator