Pages

Monday, April 11, 2011

TUGASAN LAIN

Assalamualaikum......


3.15 pm

Loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu persekolahan

Seri tunggu semua kerusi dinaikkan, papan hitam dah dibersih, tingkat ditutup

Seri terpacak di pintu supaya tak ada pelajar yang lolos keluar makmal

Dah puas hati Seri bagi isyarat pada ketua kelas

(Terima kasih cikgu)

Bersalaman dengan pelajar perempuan

Berjalan ke bilik guru. Banyak pula tangga.


3.30 pm

Baru melepasi pintu pagar sekolah

Mujur jalan raya tak sesak

Parking motor

Naik tangga (rumah tingkat tiga)


3.35 pm

Sampai rumah

Dilemma sama ada nak mandi atau makan dulu.

Tak elok mandi lepas makan.

Tak elok mandi waktu panas

Makanlah dulu, tengah lapar ni.


3.40 pm

Baru selesai makan

Arghhh,…

Dah tak sempat nak mandi. Mujur sebelum masuk kelas tadi Seri dah solat kat sekolah. Janji dengan budak-budak ni nak berlatih kawad 3.45. Kalau kerbau dicucuk pada hitungnya, manusia dipegang pada janjinya. Nanti dikatakan Seri tak mengamalkan Dasar Pembangunan Negara- kepimpinan melalui tauladan pula. Kena tunjukkan tingkah laku yang elok depan budak-budak.

Tukar baju terus capai kunci motor. Sarungkan selipar kat kaki. Kat sekolah boleh pakai kasut.


* Seri tak target apa-apa pun untuk pertandingan kawad kaki kali ni.

Asalkan tak memalukan sekolah.

Kalaulah kawad berterabur nanti dikatakan cikgu tak buat kerja.

Namun secara jujur Seri tak dapat memberi sepenuh perhatian kepada pertandingan kawad kaki. Seri terlibat juga dengan tugas-tugas lain (kursus, perkhemahan, pengurus pasukan, AJK untuk beberapa program dalam sela masa sebulan ini)


Ya Allah ikhlaskan hatiku.

HambaMu ini mengharap keikhlasan sentiasa hadir dalam diri dan akan selalu menemani.

8 comments:

FaizalSulaiman said...

ya Allah bizinya seri..

kuatkan semngat, seri.

InsyaAllah pasti berjaya!

Sam said...

Semoga Seri kuat lalui semua ni :)

Lan Bingka said...

lepas 3.35 bukan ke 3.40..;p

MR. SYAH said...

cukuplah buat dgn terbaik cikgu...

Seri said...

FaizalSulaiman->
terima kasih atas kata-kata semangat
kadang-kadang boleh terkulai juga

Sam->
amin. mudah-mudahan

Lan Bingka->
silap taip. terima kasih tegur

MR. SYAH->
harapnya begitulah

Adlan said...

busy nyer anda..;p
takpe..step by step..insyaAllah.. all is well..

azana said...

wah... itu satu cabaran cikgu... chaiyok!!!

kudabesi said...

biasa lah tu cikgu seri

when we call it as a profession, it doesn't come cheap

berdoalah supaya cikgu2 baru cam saya tak cepat burn out

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator