Pages

Monday, March 14, 2011

JANGAN MUDAH BERJANJI

Salam semua.....

sekadar gambar hiasan


Seri tak nak hampakan permintaan orang. Tapi Seri juga tak nak beri harapan palsu pada orang. Nanti lagi kecewa orang tu kalau Seri cancel pada saat-saat akhir. Dah berlaku dulu. Kalau boleh tak nak pisang berbuah dua kali.


Dulu, laju saja cakap 'boleh, tak ada masalah'


Sekarang ni kenalah fikir dengan lebih rasional sikit. Kena jaga juga kepentingan sendiri. Bukan nak zalim sebab ada lagi pilihan lain. Kenapa tak bertanya dengan orang tu? Dia, dia, dia kan ada? Kadang-kala pelik juga.

Orang nak kata apa pun katalah. Buat apa nak bebankan diri sendiri. Takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Tak teringin pun nak jadi hero.


Nabi Muhammad saw bersabda :

Tsalaatsun man kunna fiihi fa huwa munaafiqun wa in shaama wa shallaa wa zaama annahu muslimun:idzaa haddatsa kadzaba wa idzaa waada akhlafa wa idzatumina khaana

Ertinya : Tiga perkara, barangsiapa ada pada tiga perkara itu, maka dia itu orang munafiq, walaupun ia berpuasa, mengerjakan sholat dan mendakwakan bahwa ia muslim. Iaitu : apabila berbicara, ia berdusta, apabila berjanji, ia menyalahi janji dan apabila dipercayai, ia berkhianat

(HR Bukhari-Muslim-dari Abu Hurairah)



Maaf, dari Seri yang keras kepala.

9 comments:

F. said...

time kasih cikgu kerna mengingatkan :)

Seri said...

sama2 lah kita saling mengingatkan. hehe

Jiraiya said...

kalu "janji Rock" bole x ? ngeh..ngeh..ngeh..

Seri said...

'janji rock' masuk dalam kategori lain. haha

Adlan said...

yer..saya setuju..tapi jangan "janji melayu" sudah!;p

Seri said...

'janji melayu' - lambat selalu
perlu diubah tu

Unknown said...

biasala...janji melayu

Unknown said...

btul2. sy pn slalu xsuka nk bjnji sgt. :)

Seri said...

Edy Zaidi->
asyik2 janji melayu je. hehe

Coco->
sependapatla kita ni Coco

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator