Janganlah ditanya bila Seri nak kahwin kerana Seri pun tak ada jawapan untuk itu.
Dua alasan standard yang Seri beri:
1) nak kerja dulu
2) banyak komitmen
Rasanya Seri kena fikir alasan yang lebih bernas untuk patahlah hujah.
............bukan ke sekarang dah kerja
............kalau fikirkan komitmen sampai mati pun tak habis
Mungkin sekarang sudah tiba masanya Seri fikirkan tentang perhubungan yang lebih serius. Umur pun bukan lagi boleh dikategorikan sebagai remaja.
Dulu Seri pernah kata yang nak tunggu masalah mak dan ayah selesai. Sekarang kata sepakat dah ada. Mereka mahu meneruskan hidup dengan cara sendiri. Sebagai anak Seri hanya boleh doakan kebahagiaan mereka dengan kehidupan masing-masing. Seri harap orang sekarang lebih berfikiran terbuka kerana lahirnya Seri dalam keluarga yang berpecah belah (suatu ketika dulu). Semoga Seri dan keluarga tidak dipandang rendah terutamanya mak Seri. Itu sahaja yang Seri minta dari pihak yang satu lagi. Seri agak kurang selesa jika ada yang bertanya kisah keluarga bukan kerana malu tetapi lebih kepada kelukaan dan kesakitan dalam hati.
Lama juga Seri fikir soal berkeluarga ni. Mak tak pernah halang. Seri mahu kahwin atau tidak itu pilihan Seri katanya. Tapi nak minta mak carikan memang 'tak lah jawabnya'. Mak suruh cari sendiri.
Rasanya Seri dah bersedia menerima lelaki dalam hidup. Tak la demand sangat, kena ukur baju di badan sendiri. –sekufu, mungkin itu jawapan ringkas dan bermakna sebagai gambaran lelaki idaman. Mungkin juga Seri sudah jumpa, mungkin juga tidak.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)
3 comments:
moga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik :)
smg berjumpa... hihi
Shukri Mohd Ali->
amin
Azuan->
inysa-Allah
Post a Comment