Seri tak nak hampakan permintaan orang. Tapi Seri juga tak nak beri harapan palsu pada orang. Nanti lagi kecewa orang tu kalau Seri cancel pada saat-saat akhir. Dah berlaku dulu. Kalau boleh tak nak pisang berbuah dua kali.
Dulu, laju saja cakap 'boleh, tak ada masalah'
Sekarang ni kenalah fikir dengan lebih rasional sikit. Kena jaga juga kepentingan sendiri. Bukan nak zalim sebab ada lagi pilihan lain. Kenapa tak bertanya dengan orang tu? Dia, dia, dia kan ada? Kadang-kala pelik juga.
Orang nak kata apa pun katalah. Buat apa nak bebankan diri sendiri. Takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Tak teringin pun nak jadi hero.
Nabi Muhammad saw bersabda :
(HR Bukhari-Muslim-dari Abu Hurairah)
Maaf, dari Seri yang keras kepala.
9 comments:
time kasih cikgu kerna mengingatkan :)
sama2 lah kita saling mengingatkan. hehe
kalu "janji Rock" bole x ? ngeh..ngeh..ngeh..
'janji rock' masuk dalam kategori lain. haha
yer..saya setuju..tapi jangan "janji melayu" sudah!;p
'janji melayu' - lambat selalu
perlu diubah tu
biasala...janji melayu
btul2. sy pn slalu xsuka nk bjnji sgt. :)
Edy Zaidi->
asyik2 janji melayu je. hehe
Coco->
sependapatla kita ni Coco
Post a Comment