Pages

Sunday, February 06, 2011

OPS KUTU

Salam semua.....


Alhamdulillah sebahagian besar dari 11000 rakyat Malaysia yang berada di Mesir telah selamat tiba di tanah air. Ada perasan juga ada anggota wanita TUDM yang terlibat dalam operasi Piramid yang ditugaskan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir. Wah, rasa kagun seketika. Kalaulah ada peluang nak juga pergi tapi Seri cikgu bukannya askar. Tempat Seri bukan di sana.


Tempat Seri di sini. Di sini juga ada operasi. Tak sehebat operasi Piramid. Tak mendapat apa-apa liputan dari media cetak atau elektronik. Mungkin tak ramai yang mengetahui.


Setelah melihat exco-exco asrama telah bersiap-sedia operasi di mulakan.


Assalamuaikum warga aspuri sekalian. Hari ini cikgu akan mengadakan ops kutu. Tolong beri kerjasama. Dengar baik-baik arahan cikgu.

(1) Beratur mengikut dorm masing-masing

(2) Seorang demi seorang pergi ke exco yang barada di depan ni.

(3) Pusing mengadap kawan anda dan buka tudung.

(4) Setelah exco periksa rambut anda sila beratur semula seperti tadi.


Alhamdulillah. Nampaknya misi pertama kita telah berjaya. Cikgu ingin mengingatkan sekali lagi. Kepada mereka yang berkenaan tolong beli ubat kutu dan gunakan. Sekiranya masih ada aduan mengenai kutu lagi cikgu sendiri yang akan bancuhkan ramuan untuk bunuh kutu-kutu tu.


Haha. Siaplah mereka yang tak menurut kata. Ubat kutu percuma dari Cikgu Seri. Ramuan tradisi penghapus kutu ubat gegat/ naphthalene + minyak masak



Tak adanya cikgu nak buang masa minta exco asrama carikan kutu sekor sekor (sumber gambar)



* Seri bukan warden asrama.

9 comments:

Anonymous said...

penternak kutu berleluasa ke kt skolah? ;D

ZR said...

salam,

rasanya mission nie lg perlu...bahaya pd kesihatan...& komuniti

Seri said...

Coco->
ada yang mengadu agaknya. benda ni berlalu kat sekolah lain

Kazaztan Team->
w'salam. tu la. andai dibiarkan timbul masalah. asyik garu kepala je budak2 ni nanti

Faizal Sulaiman said...

wah disaster kutu menyerang sekolah

leh wat citer neh.hahahahaha

Seri said...

kalau tak banteras boleh tersebar kutu satu aspuri

Seri buat karangan masa spm bolehlah

Unknown said...

haha...ops kutu mmg menakutkan...dan juga memalukan..haha

Seri said...

kalau malu lebih ramai yang akan jadi mangsa. ini untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka juga

Lan Bingka said...

anak jiran sebelah rumah saya bawa balik kutu dari asrama..haishh

Seri said...

jiran yang prihatin ni, sampaikan boleh tahu anak jiran bawa balik kutu. ishh

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator