Dia: Apa pendapat kau? Perlu ke aku lapor kat sekolah ada pelajar skodeng aku mandi.
Seri: Kau tahu ke budak yang mana.
Dia: Tahu. Dia dah terkankoi.
Seri: Geramnya aku. Macam melepaskan anjing tersepit. Kita jaga dia kat sini. Tapi dia pulak tergamak buat benda-benda ni. Kalau tak lapor nanti dia buat lagi. Nampak macam kita ambil ringin perkara ni.
Dia: Tapi aku takut kalau dia berdendam. Mak aku kata pun tak payah lapor. Bagi amaran je kat budak tu.
Seri: Amboi, dah buat salah kita pula yang perlu rasa takut. Aku rasa nak lempang je budak tu.
Dia: Ada orang dah tolong lempangkan. Lebih dari tu dia dapat. Esoknya, lepas dia skodeng aku perasan pipi budak tu lebam.
Siapa yang belasah budak tu?
...............tet tet tet............................... (biarkan kami sahaja yang tahu)
* Dia - kawan Seri, warden, cikgu sekolah berhampiran Seri
Pesan pengetua tempat Seri bekerja. “Didik murid hingga layak jadi menantu”
Buktinya
Buku rekod mengajar Seri.
Tu pengetua ada tulis pada baris kedua. -Didik murid hingga layak jadi menantu-
Kalau dah skodeng cikgu mandi memang nama kena blacklist. Ini hantu bukannya calon menantu.
Pesan yang penuh makna.
12 comments:
salam,
sampai gitu sekali...keep it up..
perrghhh
betol tu.bukan menantu, tapi hantu!
uish, orang mcm tuh patut dibelasah ramai ramai..
Kazaztan Team->
budak tengah naik macam2 benda dia nak cuba. mungkin juga ada pengaruh luar
FaizalSulaiman->
siapa nak sanggup dapat menantu macam tu. tapi tak tahu juga mungkin suatu hari nanti dia betul2 dah berubah
Hazari->
tak boleh juga jatuhkan hukuman sendiri. nanti tak pasal2 kena tangkap
hai budak2 sekarang cikgu pun jadi mangsa
lorrrr cm tu skali... haih bdk2 skrg.*sigh
atie->
sian kat cikgu. memalukan
She is f.A.z.A->
budak2 sekarang lain sikit macam kita dulu
haha..bagus la pengetua..bagi nasihat makan dalam
sangat berguna nasihat pengetua
itu memang hantu tahap hantu betul tuh!
rajin betul pgetua skolh seri beri komen kat buku rekod...hehheehee
Shukri Mohd Ali->
budak2 baru nak naik
fatim M->
sekolah kecil tak ramai guru
Post a Comment