Kenapa awak mencuri?
Saya tak tahu. Tiba-tiba saya macam dirasuk. Ada suara yang suruh saya ambil.
Gila!
Awak dah buat saya kecewa. Awak dah buat semua cikgu kat sini kecewa. Awak exco asrama. Patutnya awak tunjukkan contoh yang baik.
Apa yang bermain dalam fikiran dia?
Curi gel rambut yang harga tak sampai RM10. Pemegang biasiswa Persekutuan. Rambut pendek dan jarang-jarang. Tak perlu pakai gel rambut pun.
Mujur pengurus pasaraya kenal dengan GPK Hem. Selesai cara baik. Kalaulah pengurus buat laporan polis. Memang kenalah dia. Boleh hancur masa depan. Lagi hancur hati mak ayah. Umur dah 19 tahun. Bukan lagi disabit sebagai pesalah juvana. Tahun ni ambil STPM. Tahun depan kalau ada rezeki boleh masuk universiti.
Kami di sini semua sayangkan dia. Kenapa dia tak sayangkan diri sendiri?
10 comments:
itulah.. mereka tak fikir panjang dengan perkara yg cuba mereka lakukan.. klu xmampu tanggung sendiri.. carilah mereka yg boleh membantu..
msh darah muda mungkin.. kalau tersedar mungkin akn jd org yg berjaya nti
mR.sYaH->
budaknya nampak baik. sebabkan 1 kesalahan orang lain dah pandang serong
khaifaiz->
harap dia insaf
eh.. citer betol ker? sebab amik benda tu jer? aigooo..aigooo..
cerita betul
mesti ada sbb yg dia xnak kongsi tu..kene slow talk la
kena korek rahsia ni
laaa nape amek gel jer...
ada sebab kot..mungkin ada masalah..huhu
Qamarul Sahid->
lain kali rompak bank ke, kedai emas ke baru berbaloi kalau kena tangkap
Azuan->
mungkin...
Post a Comment