Pages

Tuesday, January 04, 2011

PEMIKIRAN DAN KISAH SILAM

Salam semua.....


Entry pembukaan tahun baru. Agak lewat sedikit untuk memulakan. Tahun baru. Usia bakal menganjak 24 tahun tiga bulan lagi. Masih suka menonton cerita kartun.


Seri suka tengok cerita kartun SpongeBob SquarePants. Sangat menghiburkan. Tapi Seri agak geram dengan Mr. Crab yang mementingkan duit dari kebajikan pekerja. Semuanya, hanya duit, duit dan duit. Rasanya kartun itu boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk jadi mata duitan. Walaupun kartun direka tanpa logik akalnya 100% tetapi character ketam tidak hanya direka untuk mempelbagaikan personaliti watak pada cerita. Semasa zaman kanak-kanak Mr. Crab hidup susah, disisih dan dipinggirkan. Sebab itu dia sangat concern soal duit. Mr. Crab bukannya teruk sangat dalam kejar keuntungan dari Restoran Krispy Krab. Masih memikirkan kepuasan pelanggan. Ternyata pemikiran seseorang dipengaruhi kisah silam. Ya, kisah silam mempengaruhi pemikiran. Secara sedar atau tidak.


1) Seorang kanak-kanak beria mahu menjadi doktor bila sudah dewasa. Alasan yang cukup mudah. Ibunya meninggal akibat penyakit kronik tanpa sempat melakukan pembedahan. Dalam keadaan hidup yang susah dan tak berkeupayaan pada masa itu dia berjanji akan membantu mereka yang senasib bila telah dewasa.


2) Kumpulan penyokong pesakit kanser rata-rata terdiri daripada pesakit kanser itu sendiri, keluarga dan rakan pesakit. Orang luar mungkin akan bersimpati namun kesedarannya masih kurang melainkan mereka pernah melihat sendiri penderitaan yang perlu dilalui oleh pesakit kanser.


3) Ayah kepada Sazali dalam Drama Alwahyarham P.Ramlee, Anakku Sazali memberi sepenuh kasih sayang dan kemewahan kepada anaknya iaitu Sazali. Itu semua kerana dia tidak mahu nasib anaknya sama sepertinya suatu ketika dahulu yang hidup sebatang kara dalam kemiskinan.


4) Seorang murid yang merasa terseksa dalam kelas akibat guru yang terlalu garang. 40 minit berada dalam kegelisahan sehinggakan terasa jantung mengepam darah lebih cepat. Itu baru 1 masa. Jika kelas cikgu garang 3 masa maka murid terpaksa melalui 120 minit yang panjang dalam keadaan tidak menyenangkan. Bila murid tadi telah dewasa dan menjadi guru semestinya dia tak mahu anak muridnya melalui perasaan yang sama. Dia mahukan murid berasa seronok sepanjang kelas.


Cukuplah 4 contoh. Bye,... mahu bersiap ke sekolah. Sebelum itu nak tunjuk sikit alat bantu mengajar ABM hari ini untuk subjek Sains tingkatan 2. Rasa-rasanya Seri nak ajar apa?



Nak lukis sendiri tak kreatif. Tak print nak jimat ink. Akhirnya tekap kat skrin laptop untuk melukis. Warnakan sendiri guna crayon.

14 comments:

Faizal Sulaiman said...

ok, comel ok lukisan tu:P

Lan Bingka said...

kehidupan semasa kecil sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti kita apabila dewasa..:)

ajim said...

pengalamn leh mngajar kita dan t'pulg pada kita tuk manfaatkn.x smstinya apa yg kita rasa, kita nk org lain rasa gak.mgkin gak kita nak org lain rasa apa yg kita rasa.rasa2nya la apa yg student rasa bila tgk lukisan tu?haha.msti nk ajar psal traits kn?rmbut krinting,leh gulung lidah,tlnga b'cuping ke tak.haha.

Seri said...

FaizalSulaiman->
haha. kelakar je tengok lukisan tu. hodoh

Lan Bingka->
betul tu

ajim->
budak2 ni bantai gelak tengok lukisan tu. Ajim, kurang tepat. nak belajar pasal organ deria

Unknown said...

yup..betul tu...kisah silam banyak mempengaruhi kehidupan kita mendatang

fatim M said...

selamat mmulakan sesi psekolahan 2011..moga kita terus bsabar dlm mdidik jiwa2 kecil itu...

Seri said...

E.d.Y->
pengalaman masa lalu banyak mengajar kita untuk jadi lebih matang dalam membuat keputusan

fatim M->
terima kasih fatim

Pencacai Alim said...

aku suke tgk futurama..tp dh takde katun tuh

budak kecik said...

betul2...kartun akan beri impak yg bsr kpd bdk2.

contohnya ak yg terpengaruh dgn mesin masa doraemon.tyme kecik la...hehe

Un Phat Lee said...

wah pandai lu menekap.ni boleh untuk jadi pengusaha kilang batik ni.ehe..

Seri said...

Pencacai Alim->
banyak kartun dah tak ada. Usop Santorian, Sailormoon dll

buDAK keCIK->
kalaulah mesin masa benar2 wujud apalah yang akan jadi

Phat Lee->
haha. betul juga

apdm said...

salam

naruto?

heheh...

Semarak Api said...

part ckgu garang tu tringt zmn sek ren dlu..tiap kali wktu b.inggeris sll doa bia ckgu xmsuk kls..sll kecut perut bl ade sbjek tu..blaja dlm takut sgt2 x best.huhu..
sll ckgu yg baek dgn student akn jd guru kesayangn kn..

jejln cni jgk :)

Seri said...

sissyira->
mesti sis minat kartun naruto ni

Semarak Api->
garang tu perlu tapi tak la sampai mengeletar lutut bila nampak cikgu.
terima kasih singgah

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator