Pages

Friday, December 31, 2010

ENTRY TERAKHIR

Salam semua.....


Hari ni dah hari terakhir 2010. Esok masuk tahun baru 2011. Jangan tersilap tulis tahun 2010 sudah. Tahun-tahun lepas selalunya Seri akan tersilap. Hehe


Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menang Piala Suzuki. Alhamdulillah, hari ini dapat cuti. Syukur juga sebab semua mesyuarat dan urusan sebelum buka sekolah dah selesai. Pendaftaran murid hari Isnin Insya-Allah dapat berjalan seperti yang dirancang. Seri dengar ada sekolah yang buat pendaftaran murid hari ini. Jadi ke tidak agaknya.


Plan nak bayar itu ini, selesaikan urusan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta dah tak jadi. Sabar sajalah. Bukan semua gembira bila dapat cuti. Ala, macam juga hujan. Ada yang gembira bila hujan turun waktu pagi tersenyum sendiri dalam selimut. Tapi bagi penoreh getah berlainan pula. Seri pun risau wooo, hujan waktu pagi. Seri pergi kerja naik motor. Sebelum jam 7.20 kena punch card. Boleh terlupa rahmatnya hujan bila tak mampu kawal diri. Astaghfirullah. Bagaimana nak kawal murid kalau tak mampu kawal diri.


Bila dah penghujung tahun seronok pula baca entry blogger yang review 2010. Ternyata banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh setahun. Betul juga, sedangkan sekali bah pantai boleh berubah inikah pula sepanjang 365 hari. Walaupun sebenarnya setahun bukan satu tempoh yang panjang sebab tu orang kata ‘baru setahun jagung’.

Dalam banyak perkara yang berlaku sepanjang 2010 Seri paling tak boleh lupa yang satu ini.


Hari konvokesyen,..



UTM juga dikenali sebagai universiti tendang-menendang



Dulu bila murid menangis dah gelabah.



dan pengalaman menjadi guru sekolah rendah. (guru ganti) Peluang yang tak mungkin Seri peroleh lagi. Kalau nak konvo kena sambung belajar dan Seri terikat dengan unit sekolah menengah.


Selamat datang 2011. Ku nanti dengan senyuman. Persetankan semua kesedihan. Mahu mulakan hidup baru. Tahun memperkukuhkan Iman dan ekonomi. Terima kasih kamu, kamu, kamu semua. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang membantu dan menyayangi Seri dengan ikhlas.


Ya, kamu la yang bantu menyerikan blog Seri. Tanpa komen kurang serinya. Terima kasih juga kepada kamu yang menjenguk tanpa beri salam. Tertinjau-tinjau. Malu agaknya.

8 comments:

MR. SYAH said...

dah nak masuk tahun baru dah.. mmg bermacam2 kejadian yg berlaku..

Azuan said...

kdg3 tak mmapu kawla diri kan..hehe

Seri said...

mR.sYaH->
yup. harap hidup pun akan berubah kepada yang lebih baik

Azuan->
awas, takut kadang2 tu boleh jadi selalu. hehe

Faizal Sulaiman said...

Selamat Tahun Baru, Seri!:)

Semoga Tahun Baru ni membawa seribu pengertian dan kebahagiaan utk Seri.

ps: cek nama di entry harini:)

Pencacai Alim said...

aku pn nk wish hepi new year kt ko!!!

Seri said...

FaizalSulaiman->
selamat tahun baru. wah, ada nama kat sana. terima kasih Faizal

Pencacai Alim->
terima kasih. selamat tahun baru masihi

Fasihah Supian said...

Seri, terima kasih berkunjung ke blog :)

Selamat tahun baru :)

Umur Baru 8 Tahun Tapi Pencapaian Dia Tahap Dunia. Dia Bukan Orang Kulit Putih, Tapi Dia Dari India, Siapa Kata India Tak Hebat?

Seri said...

sama-sama Fasihah. kunjung-menunjung amalan yang mulia. hehe

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator