Pages

Thursday, January 06, 2011

MEMASAK ITU SATU PILIHAN

Salam semua.....


Best la orang tu balik kerja makanan dah tersedia. Boleh terus makan. Tak perlu susah-susah.


Adeh. Seri selalu juga kena sakat dengan rakan sekerja. Mungkin ini untungnya tinggal dengan mak. Tapi ada juga yang tak eloknya. Kalau setiap hati begini boleh berkarat ilmu dan kemahiran (yang tak seberapa) masak-memasak. Boleh canggung jadinya nanti.


Memasak. Adakah satu keperluan, keterpaksaan atau keseronokkan bagi seorang wanita yang bekerluarga, seorang pelajar, seorang tukang masak dan pihak keempat?


Ada yang masak sebab keperluan.

(1) Wanita yang fikirkan suami dan anak-anak. Atas dasar tanggungjawab dia memasak supaya suami dan anak-anak tidak kelaparan.


(2) Tukang masak yang memasak kerana itu memang kerjaya. Memasak untuk mendapakan duit. Selesa dengan kerja tapi tidak berasa seronok melainkan bila tiba hujung bulan.


(3) Pelajar yang mengikuti kelas amali masakkan untuk mendapatkan gred yang baik. Memberi komitmen 100% tanpa rasa seronok.


Ada yang masak kerana terpaksa.

(1) Wanita yang tak mahu suaminya bising bila tiada makanan atau anaknya menangis kerana kelaparan.


(2) Tukang masak yang tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi tukang masak. Bekerja untuk mendapatkan gaji dan sentiasa berada dalam tekanan.


(3) Pelajar yang mengikuti kelas amali memasak kerana terpaksa. Selalu juga ponteng tetapi sekali-sekali perlu juga tunjukkan diri. Nanti kantoi pula. Bukan mengejar markah apatah lagi untuk mendapatkan keseronokkan. Cukup sekadar lulus.


(4) Golongan keempat pula, penghuni rumah sewa yang terpaksa masak bila tiba giliran dia untuk memasak. Ala kadar sahaja melakukannya.


Ada yang masak untuk mendapatkan keseronokkan.

(1) Wanita yang fikirkan suami dan anak-anak. Dengan rela hati dia memasak. Suami dan anak-anak bukan sahaja kenyang tetapi dia juga berasa seronok.


(2) Tukang masak yang seronok dengan kerjaya. Walaupun penat bekerja dia rasa gembira. Bekerja dengan kesoronokkan lain rasanya.


(3) Pelajar yang seronok mengikutu kelas amali memasak. Dia belajar dalam keseronokkan. Memberi 100% usaha bukan sahaja untuk mendapatkan markah amali tetapi juga kepuasan diri.


(4) Golongan keempat pula, seseorang yang minat memasak. Tanpa paksaan atau dorongan luar dia memasak.

* Hasil tinjauan dan andaian Seri.



Dua situasi yang berbeza.......

Bila adik bising suruh buat muruku dan tepung muruku dah tersedia.


Bila penggemar karipap melihat keledek dan kentang ada dirumah.


Bila disuruh (permintaan orang) dan penggemar (diri sendiri yang nak makan) lain perasaan bila memasaknya.

7 comments:

ajim said...

ini luahan hati seorg pemasak ke?cewah..

Adinda Amy Sensei said...

waahh...nampak menarik karipap tuu..hehe

ZR said...

mmasak sebab nak makan sedap...

F. said...

saya suker karipap seri.. tp x pandai buat :P

Seri said...

ajim->
ini cuma hipotesis. andaian semata-mata

Adinda Amy Sensei->
sedap juga tau. hehe. masuk bakul angkat sendiri

Kazaztan Team->
boleh jadi sedap jika ikut selera sendiri

She is f.A.z.A->
kalau nak makan karipap free boleh datang rumah Seri. tak perlu buat atau beli

Azuan said...

pernah buat karipap << tlog akak.hehe

Seri said...

bagus2. adik yang baik

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator