Pages

Friday, January 07, 2011

SEMINGGU DALAM TAHUN PERTAMA

Salam semua.....



(1) Ketika peniaga/ suri rumah risaukan masalah kekurangan bekalan minyak masak kami di sini risaukan krisis kekurangan murid. 4 kelas terpaksa ditutup. 12 orang guru bakal ditukarkan. Siapalah nama-nama yang bertuah. Tunggu dan lihat. Harap-harap bukan Seri yang kena. Baru sahaja posting, masih dalam proses menyesuaikan diri. Proses nak pindah bukan mudah. Duit pun dah banyak keluar ni gaji belum masuk lagi.


(2) Seri mula memahami lalu lintas keluar jalan keluar masuk sekolah. Bagi nak elak kesesakkan keluar rumah selepas jam 7 pagi dan balik sekolah selepas jam 3 petang. Hari Jumaat waktu balik yang paling sesak. Yalah ada 4 buah sekolah yang 'berjiran' sebelah-menyebelah.


(3) Mula mengajar Sains, subjek bukan opsyen Seri. Dibantainya Seri ajar dalam Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk istilahnya sekali. Dalam mesyuarat Ketua Bidang mengingatkan guru-guru Sains dan Matematik mengenai PPSMI yang masih berjalan. Lepas ini kena ajar dalam dwibahasa selagi PPSMI belum dimansuhkan sepenuhnya.


(4) Ekoran penutupan 4 kelas waktu mengajar Seri jadi 14 masa sahaja. Macam guru praktikal pula. Biasanya guru ambil 25-26 waktu seminggu. 1 waktu/masa = 40 minit. Bahagia dalam bahaya. Bahagia sebab sikit waktu mengajar tapi dalam masa yang sama berdepan dengan kemungkinan akan ditukarkan.


(5) Kelas bermula jam 8.50 pagi bagi memberi laluan murid menguruskan diri. Budak-budak ni dari 6.30 hingga 7.30 pagi perlu berlari untuk tingkatkan stamina. Nama pun sekolah sukan. Waktu pagi memang nampak budak-budak ni kat padang sekolah.


(6) Yes, nama Seri ada dalam pengurusan perpustakaan sekolah. Mudah sikit nak pinjam sebarang bahan bacaan. Tadi Seri tengok banyak buku-buku baru cuma keadaan perpustakaan agak kucar-kacir. Masa untuk trasnformasi telah tiba.


(7) Buat eksperimen hari Selasa, pakai baju kebaya dan kasut tumit tinggi menunggang motosikal. Alhamdulillah lepas tapi susah sikit masa nak turunkan dari gear tinggi ke gear rendah pada mulanya.


(8) Murid tak ramai tapi sekolah tersangatlah besar. Bentuk muka bumi yang berbukit buat kawasan nampak luas dek tangga dan cerun bukit. Jauh juga nak menapak dari satu blok ke blok yang lain.


(9) Guru lelaki lebih ramai dari guru perempuan. Biasanya guru lelaki hanya 10% dari jumlah guru yang ada di sesebuah sekolah. Mungkin juga atas faktor status sekolah sukan negeri.



Cukuplah s-e-m-b-i-l-a-n sebagai kenangan guru baru posting pada minggu pertama persekolahan.


Jumaat, gotong-royong di perpustakaan.






Huh, banyak juga yang kena buat. Mana sempat nak kemas hanya setengah hari. kurang-kurangnya kena berkampung 3 hari 2 malam dalam perpustakaan baru siap.


Jangan biarka buku Nilam kosong. Buku kat perpustakaan bukan main banyak.

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca.



Selamat berhujung minggu.

11 comments:

ajim said...

kadar tindak balas berkadar terus dgn keadaan sekeliling.ok,aku pun x paham.TK.

Azuan said...

nilam...ade lagi ke program tue..hehe

Lan Bingka said...

no.7...like..;p

diba said...

wah..nmpk rjin dh brsmgat..bgus;)

Seri said...

ajim->
errr, apa tu. aku tak faham

Azuan->
program nilam masih berjalan hingga sekarang

Lan Bingka->
hehe

diba->
yeah, kita sedut tenaga budak2 ni. suruh mereka buat kerja

Shukri Mohd Ali said...

yeah! bersemangat! ;D

Seri said...

semangat buat kita rasa seronok

E.d.Y said...

xcukup murid?kemana budak2 kat sana?

Seri said...

entah mana menghilang. kadar kelahiran kanak-kanak di Malaysia semakin menurun atau ramai yang berhijrah ke tempat lain

mR.sYaH said...

teringat plak masa sekolah dulu.. buku nilam kosong stiap tahun.. hehe...

Seri said...

sekarang ni nilam termasuk dalam 10% markah kukurikum. penting nak masuk ipta nanti sebab tu cikgu selalu ingatkan murid2 penuhkan buku nilam

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator