Pages

Thursday, January 27, 2011

KESIAN JUGA

Salam semua.....


Ainin, kau nak pergi mana tu? Aku nak pergi mahkamah untuk angkat sumpah. Kat situ mahkamah syariah.


Ainin, kau jangan belanja lebih dari RM200. Pandai-pandailah kau fikir macam mana nak kasi cukup. Kalau ada program sekolah tak kan kau tak teringin nak pergi.


Ainin, kau bayar balik barang kau ni.


Ainin, kalau kau buat hal aku hantar kau balik. Biar kau tinggal dengan ayah.


Ainin, kalau kau setakat balik nak tidur baik kau tak payah balik. Duduk kat asrama.



gambar hiasan


Kadang-kadang kesian juga.


Dia hanya tahu mahkamah syariah sebab mak dulu selalu ke sana.


Terkulat-kulat dia tenung 4 not duit RM50. Cukup ke ni? Mak memang bagi kebebasan kat dia nak guna 'nafkah anak' yang diterima setiap bulan.


Bukan Seri nak berkira. Tapi Seri tak nak ada yang lepas tangan. Tak nak dia rasa selesa.


Nak tinggal dengan Seri ada peraturannya. Dia tahu apa yang Seri boleh dan sanggup buat.


Elok la tu dia tinggal kat asrama. Tapi balik rumah janganlah asyik-asyik tidur.



* Sebagaimana Angah memainkan peranannya. Aku mahu kau melakukan hal yang sama. Apa yang berlaku antara mak dan ayah tak perlu kita persoalkan. Bantu aku. Jangan biarkan aku pikulnya sendirian. Maaf, aku bukan kakak yang baik untuk kau.

5 comments:

Faizal Sulaiman said...

sedih..

tapi itulah kehidupan

Seri said...

yang pahit tetap kena telan

zirconia said...

sabar, kunci kekuatan :D

Un Phat Lee said...

sob sob..

Seri said...

zirconia->
tu la, kadang2 jadi tak sabar

Un Phat Lee->
dah tak sedih pun

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator