Pages

Sunday, January 23, 2011

KEPUASAN DALAM KEPAYAHAN

Salam semua.....



Sebiji macam Yamaha LC135 (bahagian luar)


Along, parking motor kat depan Kedai Fotoria.

Along, jangan keluar malam naik motor

Along, jangan lupa kunci motor. 3 tau.

Along, simpan motor bawah tangga.


Arghhh, susah betul la. Tapi apa boleh buat motor pinjam. Kalau hilang puas juga nak menggantikannya. Alamat makan pasirlah Seri untuk beberapa bulan. Dulu Seri memang suka tengok perempuan yang menunggang motor Yamaha LC. Mesti terasa cool. Bukan semua orang mampu memiliki. Yang lelaki pun ramai yang teringin. Tapi hakikatnya sebenarnya tak seseronok mana pun.


Yang Seri risaukan:


(1) Soal keselamatan. Nak parking motor pun nak kena pilih kawasan mana yang kurang berisiko berlakunya kecurian.


(2) Setiap kali nak tinggalkan motor perlu gunakan 3 kunci. Walaupun dalam kawasan sekolah Seri masih ragu-ragu.


(3) Tak terasa cool pun menunggang motor LC. Selalu fikir kena himpit, orang bawa lari motor. Seri memang elak menunggang motor seorang diri.


Amanah orang perlu dijaga. Berhempas pulas adik Seri keluar keringat untuk beli motor idaman dia. Kalau ikut Seri beli motor second hand pun tak apa. Dapat motor Demak pun dah bersyukur. Biarkan orang kutuk asalkan hati gembira dan bahagia.


Motor Demak tahan lama wooooo. (Tahan dari kecurian, haha) –ada apek bagitahu-



* Along = panggilan Seri di rumah

12 comments:

FaizalSulaiman said...

barang pinjam kenala jaga lek lok kan.seksa nak kena ganti kalau ilang.warghh

Seri said...

betul tu. motor sendiri pun tak ada

Jiraiya said...

Org skrg takut Hantu lebih dari takut Tuhan ; so, ade satu idea . Letak sticker kat motor tu ; " AWAS ! Motor ini telah di 'BOMOH' kan. siap curi akan di SANTAU.

Seri said...

haha. mungkin ada betulnya. kalau semua orang takut buat dosa mesti kita tak risau soal keselamatan. kena curi, kena rogol, kena fitnah

fatim M said...

wah...leh tumpang naik moto...

Seri said...

boleh...boleh

Lan Bingka said...

motor cantik memang susah nak jaga, nak2 kalau duk apartment/flat..

kudabesi said...

LC mmg market tu yg amik lagenda tu walau pun tak laju kui2

Seri said...

Lan Bingka->
ni pun mujur kuarters dalam asrama sekolah tu yang ada jaga

kudabesi->
lagenda pun ok

She is f.A.z.A said...

seri,
gunalah ajer aper yg ader ..
nnti faza g sana bleh tumpang bonceng blkg :P

Pais Mais said...

stailo2!!

Seri said...

She is f.A.z.A->
boleh faza (^_^)

Pais Mais->
tak ada maknanya. janji boleh guna

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator