Kos sara hidup yang tinggi di
Masih kecil sudah dilatih berdikari. Boleh buang air, pakai baju, minum makan sendiri itu sudah cukup melegakan ibu bapa pada usia anak 3 -4 tahun. Permulaan yang baik. Seri berani katakana anak yang ibu bapa bekerja adalah lebih berdikari berbanding anak yang ibunya menjadi suri rumah sepenuh masa kecuali yang ada pembantu rumah.
Bila emak ayah keluar bekerja anak memainkan peranan menguruskan rumah dan diri sendiri. Tak perlu memekik ‘dimana stoking lagi sebelah’. Bila cuti sekolah lagi ringan beban si ibu. Rasa penat bekerja boleh hilang bila balik rumah dah bersih, anak-anak dah wangi. Si kakak/ abang boleh diharap menjaga adik-adik dan rumah. Kalau rasa tak yakin tak perlu nak suruh anak masak pula.
Ooo, mentang-mentang mak Seri bekerja sebab itu dia keluar statement begitu. Konon-kononnya anak yang ibu bapa mereka bekerja lebih berdikari. Dia tu pandai ke urus rumah? Masak? Haha...... gelakkan diri sendiri. Mengemas boleh menghias rumah gagal. Kalau masak boleh buat orang habis sepinggan nasi tapi tak mampu buat orang tambah lagi sepinggan.
Dalam kes Seri lain. Kakak lagi untung dari adik. Tapi tak lah sampai tahap adik jaga kakak.
Aksi adik menyiang ikan. (Ainin Sofiya- 13 tahun)
Seri puji kerajinan dia. Mulut macam mak nenek tapi kerja jalan. Nasib la kau Ainin dapat kakak macam Seri. Tak berpeluang nak manja lebih-lebih. Mak kerja jadinya Seri yang latih adik buat kerja rumah. Mulanya dia liat tapi lama-lama dia dah biasa. Macam tahu tahu saja dia. Bila cuti sekolah kena sapu sampah, basuh pinggan, masak nasi, basuh baju, sidai baju sampai ke lipat baju. Dia buat tanpa disuruh. Tak perlu jadi seperti kakak tiri dalam cerita
p/s: Salam Maal Hijrah
13 comments:
my mom dulu bekerja juga...dari sy umur 8 tahun..
balik sekolah..masak nasi sendiri..then baru makan...bila naik sekolah menengah...kena masak la pulak...
adik sy lak bila sek .menegah..dh lari masuk asrama..jadi sy la kena buat semuanya...
adik sy yg last paling best...dia kena hantar ke rumah baby sitter sampai umur dia 7 tahun jer..
lepas tu my mom berhenti kerja...puas la dia bermanja..semua my mom sediakan..tk macam kakak2 dia dulu..huhuh...
jom ke APA KATA HATI pulak,
AKU TAK BODOH
kalau lelaki xboleh diharap jugak..hehe
lalala... menarik2.. hahaha
nabilah_2908->
ringan sikit kerja mak kan. semua nabilah boleh buat sendiri
E.d.Y->
ada juga anak lelaki yang boleh diharap. boleh kemas rumah, siap boleh buat kuih lagi. (kawan kepada adik lelaki Seri)Seb baik dia lebih muda dari Seri. kalau tak...
SyahmiFikri->
tq
mak gua keja kat dapor asrama skolah
keja ikut syif, tp dia dah masak sebelum pg keja
mungkin masa tu anak2 kecik lagi sebab tu dia masak dulu sebelum pergi kerja atau mungkin anak2nya lelaki maka tugas masak-memasak tak diserahkan pada anak
kalau tak??hehehe...
zaman ni bukan macam dulu. ramai pompuan sekarang lepas kahwin baru pandai mengemas, masak etc. tapi tak juga semua, ada jugak yang pandai even masih anak dara. maybe sebab didikan or kesedaran sendiri. betul tak?
budak2 msia la ni mnja sgt
hahah... nasib baik ada 3 org kakak... xyah risau ttg rumah.,. bila lapar mintak jer.. heheh...
E.d.Y->
kalau tak Seri dah ngorat dia. hehe
kerol->
tak sempat nak belajar agaknya. maklumlah masa sekolah tinggal asrama, sambung masuk ipt, lepas tu kerja pula. bila dah kahwin nak atau tak terpaksa buat
Pencacai Alim->
terlampau sayangkan anak. akhirnya memakan diri
mR.sYaH->
bila kakak2 Syah dah berkeluarga giliran Syah pula kena buat semua tu
waaa nak bekenalan laa ngn ainin.. :P
boleh boleh
Post a Comment