Pages

Sunday, December 05, 2010

SIAPALAH AKU

Salam semua......



sekadar gambar hiasan (sumber)


Masalah keluarga adalah sesuatu yang AMAT aib untuk diperkatakan secara terbuka.


Mungkin,…

lebih mudah membuka cerita lama tentang kekasih hati yang tidak pernah bertemu dihadapan mereka yang tidak mempercayai cinta jarak jauh.


Mungkin,…

lebih mudah seorang seorang gadis menceritakan tentang kehilangan dara pada malam pertama dihadapan lelaki yang dianggap sempurna yang mungkin akan meninggalkan dia pada malam itu juga.


Mungkin,…

lebih mudah untuk memilih pakaian yang seksi walau berkali-kali telah diingatkan tentang hukum mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi.


Awak tak kongsi tinggal dengan guru lain?

Tak, saya nak bawa mak dan adik tinggal sekali.

Anak mak la ni.

Memang la. Aku bukan anak pungut tepi longkang. (sekadar dalam hati)


Ayah kau kahwin dua?

Tak

Habis tu?

Kita cerita benda lain boleh?


- Aku rimas. Boleh tak kita tak bercakap soal keluarga aku.


Andai kata masalah keluarga aku dapat diselesaikan ¾ kesedihanku dapat dilenyapkan. Mungkin akulah manusia yang paling bahagia di muka bumi ini. Barulah aku bersedia untuk perhubungan yang lebih serius. Aku tak boleh bersikap lepas tangan.


Ikhlaskanlah hatiku kerana yang aku risaukan dugaan akan menanbah dosa bukannya pahala. Bila geram aku............ Argh. 360 darjah aku berubah bila berada di rumah. Tidak seperti apa yang kau kenal sekarang.


Kadang-kala aku tertunduk malu. Rezeki aku murah, result aku baik, aku dikelilingi kawan-kawan yang selalu mendukung aku sedang aku tak menjalankan kewajipan sebagai hambaNYA dengan baik. Sekejap elok sekejap aku ulangi kesilapan lagi.





* Maaf, Seri gunakan kata ganti diri AKU pada entry kali ini

10 comments:

MR. SYAH said...

xpe seri.. luahkanlah...

biasalah klu jenis org yg suka jaga tepi kain org ni... diam lebih baik rasanya..

Pencacai Alim said...

lama tk singgah sini..byk miss entri..bru balek dr kursus seminggu..apa habaq?

Unknown said...

sy pun kdg2 tension jgk org tanya hal peribadi tambah2 hal keluarga,,

Seri said...

mR.sYaH->
blog dah jadi tempat meluahkan perasaan pula

Pencacai Alim->
Habaq baik

NICK IRFAN->
benda lain boleh tanya. hal keluarga agak peribadi untuk dibualkan

Un Phat Lee said...

kalau ade orang tanye lu buat2 je pengsan.da...senang.

Unknown said...

hal peribadi ni kadang2 terlalu personal untuk kita kongsi...

Seri said...

Un Phat Lee->
idea yang baik. sekali dua buat2 pengsan apa salahnya

E.d.Y->
betul tu

fatim M said...

terkadang..masalah akn mdewasakan kita..dan t'kadang masalah itu x perlu diselesaikan...biarkan saja doa pada-Nya yang menenangkan hati...

Anonymous said...

luahkan apa yang terpendam... simpan2 nanti menyakitkan diri sendiri...

salam berkenalan... jemput singgah blog saya

Seri said...

fatim M->
tak perlu diselesaikan? biarkan saja...

rizwan's sweetheart->
simpan dalam hati boleh jadi tak keruan jadinya. salam perkenalan dari Seri

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator