Pages

Monday, November 08, 2010

SELAGI ELOK

Salam semua.....


Ahad. 7 November 2010


Esok sekolah hari ini baru terhegeh-hegeh nak gam kasut. Padahal hari Rabu dah mula cuti Deepavali. Salahkan diri sendiri. Insaf, insaf tak nak buat macam ni lagi. Kalau dibuatnya terlupa memang pakai kasut ternganga pergi kerja.


Aktiviti di pagi hari.


terjelir-jelir


sah, memang ni gam untuk kasut


dibantu oleh mak


sapu-sapu gam



Sekali fikir.

Jimat. Kasut elok lagi.


Dua kali fikir.

Kedekut. Kasut pun tak boleh nak beli.


Konon-kononnya posting nanti baru nak ganti kasut. Kawan-kawan Seri yang posting Sabah dan Sarawak dah dapat surat. Seri belum dapat lagi. Agaknya Seri mengajar di Semanjung saja. Gembirakah? Terlepas peluang naik kapal terbang.


Harap gam yang Seri beli tahan dan kuat. Seri belajar dulu gam dihasilkan daripada protein binatang, pokok, susu, petroleum dll. Tapi gam kasut sama ke dengan gam kayu. Seri belajar hanya gam untuk kayu-kayan. Gam untuk perabot memang kuat cengkamannya.


Sampai sini saja. Entry pendek. Seri nak siap-siap pergi sekolah. Memang baru 4.43 pagi. Kena siap awal sekolah jauh.

17 comments:

Naz said...

jimat belanja beli kasut baru... boleh simpan dlm tabung...

Pencacai Alim said...

weh cari kat bundle je..hakhak

Seri said...

Naz->
simpan buat beli kasut lagi mahal. hehe

Pencacai Alim->
kat sini tak de kasut bundle

F. said...

wah tetibe term kedekut ader kat sini.. hehe

p/s: cikgu byk allowance kan.. aper lagi beb shoppg kasut laa pasnih HUHU

Naz said...

hahaha... matlamat jangkamasa sederhana... gud!

Pais Mais said...

pkai gam 3 second la, baru murah!

Seri said...

She is f.A.z.A->
cikgu ganti hanya ada gaji pokok tak ada elaun

Naz->
yup. buat sementara saja

Pais Chaos->
tak pernah tahu gam jenis tu

Unknown said...

eh..bukan org pompuan suka buat koleksi kasut ke??

Un Phat Lee said...

fulamak.respeklah same lu cikgu.(Tabik hormat) XD

Seri said...

E.d.Y->
bukan perempuan semua begitu. Seri pakai kasut sampai rosak/tak boleh guna. dah kerja tetap baru boleh kumpul koleksi kasut

Un Phat Lee->
tak biasa terima tabik hormat. tu cara askar. haha

Lia3003 said...

ahak ahak, kesiannya kasut awak , beli baru je

MR. SYAH said...

selagi boleh guna kita gunakan.. bkn kedekut.. heheheh..

Pencacai Alim said...

tak abih gam kasut lagi ke? hakhakh

Fantasy Bundle said...

Hai.jom singgah.ada blouse dan dress yang cantik,berkualiti dan murah serendah harga RM20 kat sini http://fantasybundle.blogspot.com

Seri said...

mR.sYaH->
kadang-kala rasa macam kedekut pula

Pencacai Alim->
dah habis dah. sibuk sikit

Fantasy Bundle->
wah, boleh jamu2 mata

Fnd Rocka said...

Giigh nye...selalunya pompuan asik nak beli kasut baru je

Seri said...

Lia3003->
lagi kesian duit Seri. hehe

fndrocka->
tak semua perempuan begitu

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator