Pages

Saturday, November 06, 2010

MEMBUKA TIN, TIN DIBUKA

Salam semua.....


Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.



gambar hiasan



Kalau tak dapat buka tin sardin bagaimana nak makan sardin. Waaa, tak ada lauk lain. Sardin ini satu-satunya harapan. Housemate balik kampung. Kedai jauh. Nak makan nasi juga tapi tak nak makan nasi kosong.


Cari punya cari tak jumpa juga pembuka tin. Yang ada cuma pisau. Tak sampai seminggu Seri pindah sini. Tinggal berdua dengan cikgu tetap satu sekolah dengan Seri. Tak tahu dimana pembuka tin. Nombor telefon housemate pun lupa nak ambil.


'mak tolong'......... Kalau menjerit pun bukan mak Seri boleh dengar.


Masa ni nak ketawakan diri sendiri pun ada. Cikgu KEMAHIRAN HIDUP buka tin pun tak tahu. Masalahnya bukan kata jarang, tak pernah buka tin guna pisau. (helah bela diri projeksi)


Kalau dapat buka tin sardin macam gambar di bawah kira bernasib baik. Dapat keluarkan ikan dengan rupa ikan.

gambar hiasan (sumber: sixthseal.com)



Dah tak tahu nak buat macam mana. Dapat buka hujung tin sikit saja. Tak boleh nak keluarkan ikan. Ikhtiar terakhir Seri masukkan hujung sudu dalam lubang tin dan korek isi ikan. Memang terpaksa hancurkan ikan baru boleh keluarkan. Lubang kecil sangat.


Huh, dapat pun.

Mulanya nak masak sambal sardin tapi rupa sardin dah macam inti nak buat sandwich. Apa pun Seri tetap teruskan niat.


Alhamdulillah kenyang pun.

Sardin saiz paling kecil tak ada penutup seperti gambar di bawah. Kalau ada lebih mudah untuk buka.


gambar hiasan (sumber)



Tak terfikir nak bawa pembuka tin. Kat kampus mana ada Seri main masak-memasak.


demostrasi membuka tin



Pengalaman sewaktu latihan mengajar

Lokasi: Rumah guru Daerah Segamat

Pertengahan tahun 2008

8 comments:

Tina Farhana said...

HAHA..lawak jugak baca ni, teringat kisah tina dulu. pindah rumah baru after kawen aritu, kitorang bukak dengan pisau jgk. xpe seri, asalkan dapat makan tu kire ok la kan. hee

She is f.A.z.A said...

seri wehhhh.. faza pon pernah experience.. siap guna pisau dan penumbuk lesung batu lagi nak pecahkan pembuka tin tu :D

wanjb84 said...

nape seri x gigit je tin tu..hehehe..

Seri said...

Tna Farhana->
tu la. mujar tak kempunan nak makan sardin

She is f.A.z.A->
tak terfikir lak Seri nak guna penumbuk lesung batu. mesti lagi kuat daya yang ada bila ketuk pisau tu

wanjb84->
nanti tin tak terbuka gusi yang berdarah

FaizalSulaiman said...

hahahahahahaha..lawakk la seri neh

faizal plak tebalik.
tak pandai guna pembuka tin tu.guna pisau pandai!haha

seyesh:)

Azuan said...

aku fail bab3 buka tin ni...hihi

Seri said...

FaizalSulaiman->
ni betul2 dah terbalik

Azuan->
kena belajar ni

faizul badri said...

Boleh guna pembuka tin ajaib....
Just letak kat tin sardin tu, tekan, dia pun pusing sendiri untuk buka tin...
http://www.muslimchoices.com/?p=pembuka_tin_ajaib&s

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator