Pages

Friday, November 12, 2010

JUMAAT SUDAH

Salam semua.....


Tahniah kepada calon-calon UPSR 2010 yang telah berjaya. Kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa.


Terasa betul. Masa belajar lepas exam boleh enjoy. Girang gembira menanti result. Apa saja yang tercatat dalam slip keputusan menjadi perkara kedua.



Buktinya......

Buku rekod Seri semasa tingkatan 4



Tamakkan. Semua Seri kutip. A saja yang tercicir. Masa tu tak risau apa-apa. Agak-agaknya SPM Seri dapat berapa?


Tapi bila dah jadi guru, lepas exam merupakan masa-masa kritikal. Tugasan besar menanti. Tambah-tambah bila dah akhir tahun. Ini pengalaman Seri yang pertama. Tak sangka pula. Sebanyak ini. Bila dah jadi guru baru rasa sedih lihat keputusan murid yang agak mengecewakan walaupun Seri hanya sekejap mengajar di sana. (2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun)


Terasa banyak pabila:

1) nak buang air pun berkira-kira. Nantilah.

2) tak tahu nak buat kerja yang mana satu.

3) kerja bawa balik rumah untuk disiapkan.

4) loceng terakhir berbunyi (balik) tak diendahkan.

5) terasa berlalu terlalu pantas (rasanya baru balik dari sekolah tadi, ni dah nak pergi lagi)

6) ada kawan Seri 3 hari tak makan (tak ke kantin) sebab nak siapkan kerja


Mujur tak ada balak. Kalau tak mesti dia dah merajuk. Tak sempat nak keluar dating, balas mesej. Haha


Mesti ada yang tak percaya bila Seri kata tak ada balak. Pada andaian mereka Seri sudah ada yang punya agaknya. Perlu ke Seri katakan "dulu masa belajar adalah, sekarang dah tak ada". Tapi memang patut pun mereka fikir begitu. Tahun ni 23 tahun, tahun depan 24 tahun. Kalau pun tak kahwin dalam masa terdekat mesti dah ada calon.


Entah lah. Nak tumpu pada kerja dulu. Bukan mudah buat Seri bila lihat rumahtangga ibu bapa sendiri di ambang kehancuran. Semuanya berlaku di depan mata. Hampir membuatkan Seri gila. Bila sibuk ada baiknya, Seri tak terlalu memikirkan semua masalah itu.


Masalah keluarga sesuatu yang mengaibkan untuk diceritakan secara terbuka. Ramai blogger menceritakan mengenai kisah cinta duka, tekanan belajar, konflik kerja tetapi terlalu sedikit yang menceritakan (setakat ni Seri cuma jumpa 2) masalah keluarga mereka. Yang ada hanya cerita keluarga yang bahagia.



* balak = boyfriend/ teman lelaki istimewa

11 comments:

kudabesi said...

jangan risau sangat..mesti ada punya nanti

Seri said...

tak la. banyak benda lagi yang nak difikir, diselesaikan dulu

E.d.Y said...

wow..simpan lg buku rekod pelajar

She is f.A.z.A said...

when the rite time come.. and u dh well prepared.. u will find some1 :)

Seri said...

E.d.Y->
sayang nak buang. tinggal buku rekod sekolah menengah yang lain dah tak ada

She is f.A.z.A->
betul tu. biar masa yang menentukan

Pais Chaos said...

TERIMA KASIH.. upsr baru2 ni saya dapat 13A, 2B, 21C.. bagi hadiah cepat!!!

Pencacai Alim said...

boleh bt cth kat murid tu

Seri said...

Pais Chaos->
tahniah. haha

Pencacai Alim->
malu nak tunjuk kat murid. markah teruk. masa tu bawah 50% dikira gagal

NICK IRFAN said...

tetiba bila baca entry seri ni teringat zaman skola plak? hmm.. rindu...

Lia3003 said...

hm, penat kan jadi guru, nak wat cane..

Seri said...

NICK IRFAN->
zaman sekolah saat peling indah untuk dikenang

Lia3003->
yup, untuk menjalankan amanah yang telah diberikan

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator