Pages

Tuesday, August 17, 2010

TAHUN-TAHUN YANG SUDAH

Salam semua.....

sambungan entri 2 hari lalu


Rindunya nak makan dalam dulang/talam


Ibubapa mana yang tak risau bila anaknya jauh dari mereka. Tambahan pula jika itu merupakan perpisahan kali bertama. Selalu memikirkan keadaan anaknya, keselamatan anaknya, kebajikan anaknya. Memang berat untuk melepaskan anaknya pergi.


Dari sehari kesehari. Setelah berbulan-bulan dan tahun berganti kerisauan itu semakin berkurang. Anak yang tadinya yang tinggal di asrama telah ke matrikulasi, seterusnya ke universiti. Menyambut ramadan jauh dari keluarga sudah menjadi perkara biasa. Ibubapa boleh menarik nafas lega anaknya kini mampu berdikari. Walau apa pun bulan yang melewati, walau apa masalah yang dihadapi anaknya mampu untuk menghadapi.


Tapi ketahuilah bahawasanya tinggal di asrama sekolah aku merasakan diri, ibadatku, pergaulanku lebih terjaga. Bukan semata-mata mengejar cita-cita. Bangunan yang gah ini tidak memberi erti apa-apa. Nama yang hebat ini belum mampu mengajar apa itu erti dewasa.


Di sana............

Solatnya tidak dilewatkan

Solat tidak bersendirian

Terawih tidak diabaikan

Tadarus Al-Quran tidak ditinggalkan

Ramadan terus terisi


Di sini.............

Sungguh terasa kelainannya



p/s: Sebenarnya pokok pangkal diri sendiri. Masjid tersergam indah mampu menampung ramai jemaah. Program sentiasa ada bukti PMI tak pernah mati.

3 comments:

DiNa-DiaNa said...

dina pun rindu nak makan dlm dulang..kalo ada smbutan maulidul rasul baru mkn dlm dulang..

hehehhehe...

Pencacai Alim said...

mmg best oo mkn dalam talam..sunnah nabi SAW..

member aku dulu masa 1st time duk jauh dgn family, demam ooo...hikhik

Seri said...

Dina-Diana->
kalau terasa nak makan dalam dulang pakat makan ramai2 pun boleh juga. tak banyak pinggan yang kena basuh. hehe

Pencacai Alim->
memang best & seronok makan dalam talam. makin berselera

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator