Pages

Sunday, August 15, 2010

TAHUN-TAHUN LEPAS BERBEZA

Salam semua.....


SPM 2004


Terima kasih kawan. Kalau kau tak mencabarku tak mungkin aku tak pernah terdetik untuk tinggal di asrama. Aku sedar, aku tak layak masuk ke MRSM, asrama penuh. Jadinya aku mohon ke sekolah teknik yang sememang tiada sekolah teknik di daerah kita dan memaksa aku untuk tinggal di asrama.


Mungkin ini juga sudah ketentuan-NYA.

7 tahun lalu....


Rugi kalau tak turun sahur. Mak cik dewan makan dah siap masak. Kalau tak makan membazir namanya. Sehari hanya perlu bayar seringgit yang lain ditampung subsidi kerajaan.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: " Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad )


Sedap juga makan nasi goreng waktu sahur. Masih panas. Ada pelbagai rencah. Nasi goreng rencah isi ikan (bukan ikan bilis tapi ikan jaket), ada ayam, sayur kangkung. Meriah gitu. Cukup segala nutrien untuk keperluan seharian berpuasa. Kalau tak sahur nanti pedih perut, tak larat sampai waktu berbuka puasa. Kalau sampai itu terjadi macam mana nak fokus belajar, mana nak larat keluar outing ke bazar ramadan Ampangan. Sedangkan perkara yang paling best masa bulan puasa hari-hari boleh outing. Setiap petang boleh ke bazar. Konvoi ramai-ramai jalan kaki. Boleh singgah ke giant yang terletak di Plaza Ampangan. Untung-untung dapat kurma free.


Melewati 6.30 petang masing-masing dah ada kat dewan makan. Kalau lambat datang kena beratur panjang untuk ambil makanan. Kalau cepat sampai lama pula kena mengadap makanan menanti waktu berbuka. Sepanjang bulan ramadan ada menu istimewa setiap kali waktu berbuka. Biasanya murtabak atau burger.


bersambung.....

p/s: Seri masih ingat bulan puasa jawab kertas matematik tambahan SPM.

7 comments:

mR.sYaH said...

samalah kita blaja kt teknik.. hahah.. kurg sket sahur kt dewan makan.. memilih skit.. tp berbuka wajib pergi.. hehe..

kudabesi said...

pada yg duk hostel tu, pegi la bersahur..sian mak cik tu masak

dorang datang pagi dlm pukul 2 mmg da ada kat skolah, nak siapkan barang2 lagi. tinggalkan anak-anak kat rumah

kalau sempat, dapat la sahur ngan anak-anak

yg benar,
anak mak cik cook hoho

ajim said...

wah pngalman yg sgt2 b'harge..time aku pose kat skola dlu,asyik hidang aym jer.smpai naik muak<--riaknye..haha.time buke ade xtra food cam bubur,pengat,sagun yg sgt best..rugi kalu x mkn..

Seri said...

mR.sYaH-> kalau Seri 'sebat' je. seronok makan ramai-ramai. lepas bersahur terus bersiap-siap ke sekolah. tapi sempat je nak tidur lepas subuh sebab kelas dekat

kudabesi-> betul tu. mak cik tu tinggalkan keluarga mereka untuk sediakan juadah sahur & berbuka untuk budak asrama. ni nak suruh makan pun susah

ajim-> lagi special sekolah ko. siap ada pengat. sedap tu

atie said...

salam seri...

akak pun dok asrama.... time berbuka best ramai2 kat dewan makan..... time sahur kena kejut satu hostel nak tak nak kena bangun..he... tapi memang best zaman sekolah...

Kimie Hashim said...

akak seri orang kampung saya !

Seri said...

kak atie->
w'salam kak atie. nampaknya ramai yang terkenang masa berpuasa di sekolah dulu. memang best masa tu

kimie hashim->
raya nanti jemput datang rumah. dokek jo

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator