Pages

Wednesday, August 25, 2010

LAMBAT UPDATE

Salam semua.....


sumber


Dah lama tak update blog, rindu pula rasanya. Tak masuk dek akal pula jika Seri yang mengganggur ini memberi alasan sibuk sehingga blog terabai. Lagi pula kelas tuisyen tiada sepanjang bulan Ramadan. Bagi peluang budak-budak berehat. Yelah, pagi sekolah, petang sokolah agama, malam mengaji. Waktu tak puasa pun mengadu penat inikan pula kalau puasa. Kadang kasihan pula tengok. Tapi apakan daya. Besar harapan mak ayah. Sebenarnya mereka ini beruntung baru darjah 3, 4 dah dihantar tuisyen bagai. Peluang yang Seri sendiri tak dapat masa seusia mereka.


Seri tak buat apa pun di rumah. Maksud di sini tiada pekerjaan yang memerlukan komitmen yang tinggi seperti seorang pekerja atau pelajar. Setakat buat kerja rumah, siapkan bahan untuk juadan berbuka dan sahur. Alhamdulillah, tahun ini Seri dapat berpuasa di rumah, bukan lagi sebagai anak rantau. Dapat rasa air tangah mak setiap hari. Jika diikutkan juadan berbuka tahun-tahun lepas Seri lagi 'mewah'. Masa tu ada duit ptptn. Setiap hari ke bazar ramadan. Bas UTM ulang-alik dari kolej kediaman ke bazar memang banyak. Tapi kalau duduk kat rumah jangan diminta itu ini. Salah minta takut dapat yang lain pula. Malas nak cerita, semua itu tambah sakit hati pagi-pagi begini.


Alhamdulillah, rezeki itu datang dari Allah. Bukan si polan bin si polan yang tentukan. Janganlah diharap duit si polan itu. Biarkan dia. Seri dah penat nak bersedih. Bukan tak kenang budi atau nak derhaka. Tapi Seri dah memang tak boleh. Dah tak ada rasa kasih atau kasihan. (pembaca yang mengikuti blog Seri mungkin tahu siapa yang Seri maksudkan)


Untuk tahun ini mak ada juga terima tempahan jahit baju raya dan langsir. Cuma kali ini mak tak jual kuih. Mak dah siap cantum-cantum (jahit) kain. Sekarang giliran Seri yang kena selesaikan hingga jadi baju. Oleh itu, kemungkinan besar juga Seri makin jarang update blog sehingga suatu tempoh yang Seri sendiri belum pasti. Bergantung kepada kerajinan dan ketekunan Seri.


Part yang paling seronok bila tengok orang pakai baju yang kita jahit. Walaupun sebenarnya hasil kerja Seri tak sampai 30%.


gambar hiasan



p/s: Manikam kalbu, sungguh tinggi ilmu menjahit, ilmu fabrik, ilmu menutup auratnya.

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

buku ini sangat penting buat pelajar budaya seperti saya. banyak ilmu di dalamnya (^_^)

E.d.Y said...

wah..pandai jahit...susah nak cari anak muda pandai jahit skrg..hantar kedai suruh jahit ramai la..hehe

kudabesi said...

tak abis baca manikam kalbu haha, mungkin tak de kelapangan masa pinjam tu

paham sket2 je la

duit raya ada cikgu?

diba said...

wah..bgusnyr..xpndai ngat la jhit2 ni~

Seri said...

Shukri Mohd Ali->
memang banyak yang dapat dipelajari dalam buku tu. memang best

E.d.y.->
boleh la sikit-sikit. baju kurung boleh lagi. kalau yang lain2 angkat kaki

kudabesi->
nak duit raya kena datang rumah

diba->
banyak lagi yang Seri kena belajar. tahu sikit2 pun ok pe dari tak tahu langsung

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator