Pages

Thursday, August 12, 2010

RATU HATIKU

Salam semua.....

Entri ni patut dipos semalam.


Seri dan mak. Masa ni umur mak 21 tahun.


Bila dipaksa susah nak menjadi. Niatnya nak pos entri sempena hari lahir mak. Tapi tak tahu nak taip apa. Dari semalam fikir. Bila dah taip pula asyik tekan backspace. Perlakuan ini berulang banyak kali juga. Cuma ayat yang masih kekal tak berusik 'SERI SAYANG MAK, TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA'


Seri memang tak reti nak buat ucapan. Nak tulis pantun, syair, gurindam lagi hancur. Nak susun kata-kata tak menjadi pula. Habis semua terabur.


Buktinya,.... ucapan yang dulu pernah Seri buat

Klik -> Hari lahir mak yang tahun lepas

Klik -> Hari lahir adik

Dan beberapa ucapan yang lain dalam blog ni sebagai bukti.


Teringat pula lirik lagu Simbiosis nyanyian Ella

Aku tak pandai mengarang puisi

Tidak ku pandai bermadah berseni

Satu kalimah yang ku seikhlas tahu

Hanyalah ku cinta padamu


Selamat Hari Lahir Mak

Love U, muahhh


Ni kek dari google. Seri nak buat kek untuk mak tapi oven kita dah rosak.


sekadar gambar hiasan

9 comments:

ajim said...

very da sweet...mak seri tau guna internet x??<--bleh plak tanya cmni..keh3..x perlu kata b'madah or pnjg2 tuk tnjuk kasih kita kpd org t'syg kn?

Seri said...

mak tak tahu guna. tapi saja nak letak kat sini. adik tahu guna kejap lagi dia gi report kat mak

yup, betul juga. tapi kadang-kala dirasakan perlu. buat lain daripada biasa. sekali-sekala bermadah pujangga orait juga

Encik Ariff O said...

Selamat panjang umur, murah rezeki.

nas said...

selamat ary jadi buat mak seri...
cantik mak ko dulu2 eh...:)
kek ape tuh???
kek 'maya' nie xleh dinikmati..hehehe

Sharinginfoz said...

selamat hari lahir untuk mak tersayang

Pelajar IPT Above 30 Tak Boleh Masuk?

CIKGU ZAM said...

salam seri,
selamat hari lahir jua buat mak seri,
Ohya, permintaan saudari pada blog saya tempoh hari sudah saya tunaikan, sila lah jemput ke laman saya. Terima kasih banyak-banyak cadangan yang diilhamkan, saya sangat menghargainya

Seri said...

Encik Ariff O, nas, Sharinginfoz, CIKGU ZAM-> terima kasih untuk ucapan bagi pihak mak seri

Pencacai Alim said...

hepi besday kat mak seri..semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa mndapat rahmat Allah..Amin..

mau itu kek 3 4 potong....

Seri said...

amin. terima kasih Pencacai Alim.

bukan kata 3 4 potong, nak ambil sebiji kek pun boleh. kek maya makan tak luak

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator